Wednesday, September 21, 2016

Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema

Wednesday, September 21, 2016 0
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema | Bila anak-anak tak sihat, memang mak ayah tak senang duduk. Kalau boleh, nak sahaja minta sakit tu berpindah pada diri sendiri. Risau tu sangat cakaplah kan. Liez sejak Qaseh lahir, kalau dia tak sihat ke memang Liez usahakan cara natural remedi. Tetap ke klinik tetapi untuk hanya untuk dapat tahu kondisi sebenarnya. Balik je rumah, memang Liez layankan natural remedi.
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Tapi bila batuk selsema anak-anak tak baik-baik, Liez terus mencari lebih info untuk dapatkan rawatan lain selain makan ubat. Akhirnya Liez jumpa satu rawatan alternatif yang boleh membantu merawat batuk dan selsema anak-anak Liez iaitu dengan Rawatan Sonotron.

Apakah rawatan Sonotron?
Terapi Sonotron ialah salah satu kaedah yang cepat, selamat dan sangat berkesan, sama sekali bukan invasif/ pelengkap rawatan perubatan untuk pesakit dengan kesakitan kronik dan akut pada sendi dan tisu lembut, tanpa perlu menggunakan ubat-ubatan tidak memberi apa-apa kesan sampingan yang buruk.

Terapi Sonotron ini menggunakan pancaran discaj yang berkuasa rendah yang dikendali oleh juruterapi. Ia telah diamalkan sejak tahun 1987 dan tidak menggunakan sebarang ubatan. Yang lebih penting, rawatan Sonotron tidak menyakitkan kerana ia tidak melibatkan sentuhan. Selamat digunakan untuk anak-anak kecil.

Penyakit yang boleh dirawat dengan terapi Sonotron:
- Batuk/ Tention Cough
- Kahak/ Bronchiolitis
- Sakit tekak/ Sore throat
- Lelah/ Asthma
-Resdung/ Sinus
-Migrain/ Migraine
-Angin Ahmar/ Stroke
-Gastrik/ Gastric
-Ekzema/ Eczema
-Kudis kusta/ Sores Due To Leprosy
-Kayap/ Shingles
-Sakit Pinggang/ Lower Back Pain
-Sakit Belakang/ Upper Back Pain
-Sakit Pinggul/ Hip Pain
-Sakit Bahu/ Frozen Shoulder
-Sakit Sendi/ Arthritis
-Terseliuh/ Sprain
-Jari Lenguh/ Trigger Finger
-Sakit Pergelangan Tangan/ Carpal Tunnel Syndrome
-Kaki terseliuh/ Ankle sprain
-Terbakar/ Burns
-Luka/ Wounds
-Bengkak tisu/ Swelling of soft tissues

Pengalaman anak-anak Liez dengan rawatan Terapi Sonotron
Seminggu sebelum nak raya,  anak-anak dilanda batuk dan selsema hampir seminggu. Selalunya anak-anak batuk selsema ambuil masa 3-4 hari je tapi kali ni agak lama. Kisahnya Qaseh kena dulu lepas tue tak lama Niyaz dapat jangkitan. Mana tak nya, kakak kerja kiss je adiknya, memang mudahlah berjangkit. Nak halang pun tak boleh. Lagi dihalang, lagi dicium adiknya bertubi-tubi hihihi. Selalu memang Liez akan bawak jumpa anak-anak ke klinik Doktor Nadir dekat Wangsa Maju tetapi Liez ada terbaca pasal rawatan Sonotron ni dekat group FB  Natural remedi. Puas baca dan cari info lagi dan akhirnya Liez ajak encik suami ke sana.
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Bagi info serba sedikit pasal Sonotron dan dia pun setuju. Liez jumpa satu klinik yang memang dekat sangat dengan rumah dan juga satu jalan nak ke rumah Mak Ayah melalui Jalan Sungai Tua. Jadi Liez call terlebih dahulu untuk set appoinment. Sebabnya, rawatan tidak dibuat setiap hari dan ramai yang nak mendapatkan rawatan terapi Sonotron ni.
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Hari yang dijanjikan sampai dan kami sampai disana jam 2.30 petang. Sesampai disana, memang keadaan klinik mesra kanak-kanak. Dengan sudut untuk kanak-kanak bermain dan ruang menunggu yang selesa. Bilik juga ada 2 bilik rawatan. Masa menunggu tidak lama dan nama kami dipanggil.
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Qaseh yang pertama menerima rawatan ni. Pada awalnya dia agak takut disebabkan bunyi bising dari mesin Sonotron tu. Kena pula alatanya seperti pistol, mau cuak la kan. Bila ditenangkan, dia pun makin relax dan tersenyum je.
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Tiba turn Niyaz pun sama. Dia macam pelik dengan diaorang nie buat dekat dia. Niyaz senyap je tak menangis pun. Even pembantu perubatan pun peramah dan banyak bercakap dengan Niyaz. Setiap rawatan mengambil masa 30 minit.
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Sesambil dia menjalankan rawatan tu, diterangkan sekali tentang pantang larang lepas buat terapi sonotron. Pantang yang dimaksudkan adalah pantang pemakanan. Tidak dibenarkan makan coklat, kentang dan buah-buahan kerana makanan tersebut merupak agen pemekat kahak. Jadinya, Qaseh kena stop minum susu coklat dan untuk Niyaz, mama yang kena pantang sebab Liez fully breastfeed dia.

Rawatan nie akan menbantu memecahkan kahak-kahak dan akan dikeluarkan samada melalui muntah atau najis. Alhamdulillah both menunjukkan respon positif bila muntah dan melalui najis. Boleh nampak kahak-kahak dan lendir tau. Alhamdulillah dalam masa 2 hari, batuk dan selsema Qaseh dan Niyaz lenyap. Mama dan baba memang happy la sebab boleh balik beraya dengan tenang dan gembira.
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema

CAWANGAN SELAYANG BATU CAVES
Alamat: 
No 15A, Jalan 2A/1, Bbs Fasa2A, 
68100 Batu Caves, Selangor
Tel : 03-61870757

CAWANGAN SERI GOMBAK
Alamat:
No, 57 Jalan Sg 3/10 Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor
Tel: 03-61890757
Waktu operasi 8 pagi -10 malam. Boleh call untuk buat appointment

Thursday, September 15, 2016

JOM MAKAN : HELLO ELVIS IPOH

Thursday, September 15, 2016 0
First time dating ke Hello Elvis. Pemiliknya my Dearie punya kawan. So just nak dating lepak pekena ice cream.. Bosan kan time raya duk makan benda yang sama..hihihi

Suka interiornya yang simple and old school nie
Bila Qaseh excited dengan brownie Ice Cream







Apa nama menu pun tak ingat.. Tapi tahu ice cream
 berasap dengan Churros hihihi


Yang nie yang Deries punya..

Sesiapa dekat Ipoh, boleh la singgah pekena ice cream dan dessert yang sedap tue.. atau boleh google di FB Hello Elvis Ipoh

Tuesday, September 6, 2016

MINI BIRTHDAY PARTY BUAT QASEH

Tuesday, September 06, 2016 1
Semalam ada buat mini party untuk Qaseh, just jemput adik-adik je. Lagipun bila buat hari bekerja memang malas orang nak gerak keluar kan.. So yang ada hanyalah my 3rd bro and lil bro bersama wifenya. Mak dan ayah still ada lagi. Pagi tadi baru balik ke Gapi. Macam biasa menu nya pastilah ayam KFC dan kek. Kek sedap ni beli dekat AT Cupcakes.
Nothing much la sebab kami ni bukan jenis yang buat party sakan.. Just makan-makan dengan adik beradik..

KEK BIRTHDAY DIBELI DI AT CUPCAKES.SEDAP TAU

FAMILY POTRAIT ..HIHIHIHI

BIRTHDAY GIRL

Monday, September 5, 2016

SELAMAT ULANGTAHUN QASEH YANG KE 3

Monday, September 05, 2016 4
Syukur Alhamdulillah..
Anak mama dah berusia 3 tahun hari ni. Semoga Qaseh menjadi anak yang solehah, yang sentiasa mendoakan mama dan baba. Menjadi kakak pada adik-adik nanti. Walaupun sekarang kakak suka sangat buat perangai, mama marah tapi kakak tetap buah hati mama baba.
Mama dan baba mahu kakak menjadi insan yang berguna untuk agama dan Negara. Berlajar rajin-rajin. Mama dan baba akn berikan sebaik yang mungkin untuk kakak dan adik-adik..
 
Peluk cium mama buat kakak.. Sayang kakak hingga ke syurga sayang.
Nanti mama post picture kita celebrate birthday kakak ye..
 
Gambar semalam di Bagan Lalang...
 
 


Thursday, September 1, 2016

JOM MAKAN : PAK UDA KITCHEN AND GRILL

Thursday, September 01, 2016 0
Last sunday dinner di Pak Uda Kitchen and grill. Belanja mak dan ayah coz sanggup dating rumah jagakan Niyaz masa demam dr hari rabu hari tu. Duk fikir kat mana nak makan, last Dearie cakap ada café dekat Taman Samudera yang sedap jugak. Mengikut kata kawan ofisnya. So bergerak la kita ke sana.Masa sampai disana orang tak ramai lagi.
Specialnya menu denkat sini adalah menggunakan nama celebrity luar Negara. So interesting jugak la. Sementara menunggu  pesanan sampai, duk pandang orang sebelah punya makanan.. Memang tempting dan banyak jugak portion nya. Alhamdulillah, Niyaz dah ok. Badan pun maybe susut sikit la.. Dah tak tough baby boy mama nie..Food dia memang makan western,harga berpatutan jugak. Kalau nak dating makan western yang sedap dan murah, boleh la cuba Pak Uda Kitchen and Grill - 13-G, 13-1, Jalan PPS 1, Pusat Perdagangan Selaseh, 68100 Batu Caves, Selangor.
Reservations Call : 036-1782986











Nachos.. Dah lama tak makan nachos.. Ok not bad dan sedap..

Ayah makan Mariah Carey Grill Lamb Chop