Friday, October 28, 2016

Wednesday, October 26, 2016

SERONOKNYA KALAU DAPAT JADI MACAM CHE TA SEBAB.........

Wednesday, October 26, 2016 3
Kita mesti perasan Che Ta, Zain Saidin dan Aaisyah si comel gebu tue mesti memakai baju yang sedondon bila bersama terutama sekali bila bercuti ke luar negara.. Dia bawak 20 bagasi everytime dia bercuti.. Perrghhhhh banyak nya... dan larat pulak Che Ta mengemas ye.. Katanya Che Ta akan mengemas baju untuk suami dan anak-anaknya sendiri. Sebab dia yang akan susun atur semua mengikut color agar sedondon setiap hari.. Kisahnya 1 hari 1 bagasi..
Perrrrghhhhh lagiiiiiiiiii..... Rupanya 1 bagasi tu untuk pakaian 1 hari ikut tema sedondon...hmmmmm
Bernas tau Che Ta ni... senangkan klau buat macam tue sebab tak la bersepah satu bag nak cari baju yang sama...BRILIANT CHE TA !!!
Tapi memang Liez salute Che Ta ni sebab orang perkata macam mana pun tentang dia dan keluarga, dia tak ambil kisah pun. Contoh macam dia rajin bercuti diluar negara dan bawa juru gambar bersama, netizin duk la hemtam kata berlagak la macam-macam la.. Che Ta tak ambil port pun.. Lantak la kannn.. tua duit dia.. 
Ini cover pertama Che Ta dengan majalah Remaja
Sumber: Google
Liez suka tengok dia sebab di maintain cantik dan kurus.. Admire la tapi susah nawwwww untul Liez kembali kurus macam masa sebelum kahwin dulu..Aduhhhhhhh...

Ini Che Ta yang terbaruSumber: Google



Tuesday, October 18, 2016

FAME SOFT MATTE LIP CREAM DAN FAME BB CUSHION

Tuesday, October 18, 2016 0
Baru sebulan dua Liez terjebak dalam kancah perniagaan online secara kecil-kecilan ini. Saja suka-suka.Tapi alhamdulillah dapat jugak buat sales seminggu dalam 2pcs Lip cream...Tak tahu kenapa Liez boleh nak join buat bisnes Lip cream nie sebab kisahnya Liez memang tak pakai lipstick pun.. lips balm pun beli tapi tak pakai..


Code: Desire RM 29
Code: Fuschia RM 29


Code: Gossip RM 29

Code: Nude RM 29
Code: Party RM 29

Code: Candy RM 29

Code: Violet RM 29
   
2016 AUTUMN LIMITED EDITION
Topaz & Glam RM 70
But kali ni macam tertarik dengan warna yang ditawarkan oleh produk FAME ni..Liez ada la beli untuk diri sendiri konon tapi last-last bagi dekat mak..hahahhaha. Color dia pun kira up to date jugak la dengan warna-warna trend sekarang..

Kelebihan FAME SOFT MATTE LIP CREAM
- Pelbagai pilihan warna yang cantik
- Tahan lama
- Tidak mengeringkan bibir.
- Mudah untuk dipakai
- Tidak melekit dan rasa ringan di bibir
- MESRA SOLAT, mudah untuk dibersihkan
- Dengan kelulusan KKM



FAME BB CUSHION 
Code: Natural & Fair RM 55

Kebaikan Fame BB Cushion
✔️Pemutihan
✔️Perlindungan UV yang kuat dan formula anti peluh
✔️Mengandungi SPF untuk lindungi kulit dari pancaran matahari
✔️Memberi kesan pelembapan pada kulit
✔️Tona kulit sekata dan terus menyerap ke liang sebum
✔️Mengurangkan minyak pada kulit wajah
✔️Membolehkan solekan bertahan hingga 12 jam tanpa perlu touch up

✔️Menutup cela dan parut pada kulit wajah
✔️Mudah dibersihkan dan Mesra Wudhu


If sesiapa nak beli FAME Soft Matte cream atau FAME BB Cushion boleh la roger-roger Liez WA 012-2464170 /WA 012-2464170/ WA 012-2464170

Thursday, October 13, 2016

ALHAMDULILLAH.. DAPAT JUGA IBU SUSUAN BUAT NIYAZ

Thursday, October 13, 2016 0
Actually memang berat nak ambik keputusan nak cari ibu susuan untuk Niyaz. Sebab rasa nanti Niyaz akan ada 2 ibu.. so nanti mama jeles tauuuuuu. Tapi bila difikirkan mama nak juga fully bf Niyaz sampai 2 tahun..So Liez minta permission dari Dearie untuk cari ibu susuan Niyaz.
Alhamdulillah, My Dearie setuju. So Liez minta bantuan sahabat dari group #bfmember di FB untuk minta bantuan mencari ibu susuan untuk Niyaz. Alhamdulillah dalam masa 2 hari ada seorang hamba Allah yang sangat baik hati Whatsapp bertanyakan if dah dapat ke susu untuk Niyaz.
So Liez pun berbalas Whatsapp dan dia memang ada stock yang banyak dan dapat kebenaran husbandnya untuk cari anak susuan.. Alhamdulillah syukur sangat-sangat....
So Liez plan jumpa dia last friday. Dan kebetulan dia stay di Setiawangsa. So memang senang nak cari.. Alhamdulillah Niyaz pun ok je dengan Ibu susuan dia.. Dan family ibu susuan Niyaz sangat ramah.. Nenda pun ada sekali. Just adik susuan Niyaz tidur. Adik susuan Niyaz baru 4 bulan..
Syukur dapat juga susu untuk Niyaz. Actually Liez bukan selamanya nak Niyaz minum susu dari Ibu susuan.. Just nak cover stock susu Liez sendiri.. Sementara Liez nak kumpul balik stock susu Liez semula.
Walau macam mana pun, Liez akan terus menjaga silaturahim dengan family ibu susuan Niyaz.. 

Semoga ALLAH SWT sahaja yang dapat menbalas budi baik family Ibu susuan Niyaz...


P/S: Jangan terkejut tau ada je sorang anak ada 14 ibu susuan.. hihihi macam mana tue???

Monday, October 10, 2016

HAPPY 6TH YEARS ANNIVERSARY SAYANG

Monday, October 10, 2016 1
Pejam celik pejam celik dah 6 tahun usia perkahwinan Liez dan My Dearie..
Kejap je.. Rasa macam baru 3,4 tahun gitu.. ahakkkkk gedik kannn?? hahaha
Alhamdulillah Allah SWT memberi kesempatan untuk menikmati indahnya alam perkahwinan..Berbagai suka duka tangis tawa dan dilalui.. dari berdua tahun 2010, kemudian dengan kehadiran Puteri sulung kami pada tahun 2013 dan sekarang kehadiran ahli ke 4 pada tahun ini.
Memang tak dinafikan banyak sebenarnya dugaan bila dah berumahtangga.. Kena banyak sabar (Liez memang bukan penyabar orangnya, tapi Dearie penyabar kannnnnn), kena bertolak ansur (Liez jenis hmmmm xtau nak cakap, Dearie boleh tahan perangai Liez) dan macam - macam la kena lalui bila dah berkahwin dan dah ada anak nie..

Mini celebration dekat Jibby East, Dearie yang belanja (boleh baca entry belum ni).So kami berempat enjoy brunch dekat situ.. Nak makan apa pun tak tahu tapi belasah aje apa yang ada..



Sedap juga Sweet Potato fries nie

Jadi fav dia pulak. Tetiba buat hidung kembang kat mama



Gambar yang diambil oleh anak dara saya..
Buah hati mama baba

Tak boleh la mama ngan baba nak bergambar berdua huhuhu
ada je yang sibuk tauuuu
Dia suruh buat macam-macam memek muka

Untuk Cinta Hati saya, semoga hubungan kita akan kekal hingga ke Jannah

Friday, October 7, 2016

Thursday, October 6, 2016

TANGAN NIYAZ BENGKAK

Thursday, October 06, 2016 0
Gelabah jugak la Liez bila tengok tangan Niyaz membengkak nang gadang tuu..
Dah la memang tangan dia jenis kembung macam nak gigit je comel tu...
Tapi this time bengkak sebab kena gigit semut ke nyamuk.
Mula-mula memang nampak ada tanda bintat merah pada celah jari Niyaz. So Liez sapu la minyak angin..Tup-tup esok pagi bangun tengok...BANG!!!!! bengkak!!!

Gelabah la sebab rasa macam bersalah sapu ubat pulak padahal ubat tu ubat mujarab untuk sapu ketika batuk dan selsema..
Niyaz pulak takde la pulak merenggek atau tak boleh tidur if nak kata dia terjatuh tangan cedera ke, or sakit sebab kena gigit serangga berbisa ke.Yang pastu bukan la serangga yang heboh duk kata tu.. Charlie tue..Mintak simpang.. Dia relax je bila duk picit-picit bengkak tu..

Pagi semalam terus la ajak Dearie pergi Klinik Norliza dekat Melawati. Memang klinik yang selalu pergi dulu dari awal kahwin sampai sekarang. Ubatnya serasi dengan Liez dan Dearie. So jumpa doktor, doktor kata maybe alergic or kena gigit dengan serangga. Terpaksa makan ubat bengkak..
Hope tangan Niyaz cepatla surut bengkaknya.. Mama risauuuuuu !!!!!!


bertambah gebu tangan Niyaz

Macam comel jeeee...hihihi