Wednesday, November 29, 2017

BERGEMBIRA DENGAN ANAK-ANAK MENAIKI MRT

Wednesday, November 29, 2017 8

Dah lama konon nak merasa naik MRT masa mula-mula dibuka. Kan percuma sebulan tapi time tu banyak benda lain yang nak dibuat. Jadi tak merasa lanak naik percuma. Dengan jadual Liez dan Dearie yang sibuk, Liez dengan event dan urusan harian dan Dearie sibuk dengan urusan kerja.



Nak dijadikan cerita, Liez berjanji dengan Qaseh dan Niyaz nak bawa both of them naik tren. Memang excited la diaorg berdua, Niyaz memang fanatik dengan keretapi since our condo berhampiran dengan stesen KTM Batu Caves. So setiap kali keluar je mesti lalu tepi landasan keretapi dan dia nampak gerabak keretapi. Mula la dia menjerit panggil dan tunjuk keretapi. 



Finally, Liez dan Dearie planned naik MRT dari The Curve ke Muzium Negara untuk ke KL Sentral. Mak Liez dan adik bongsu Liez serta wifenya pun ikut sekali. Ayah Liez memang takkan ikut kalau kena jalan kaki sebab kondisi kaki dia tidak mengizinkan. 



Seronok betul 2 beradik tu dapat naik MRT, yang Qaseh bising bila tren berhenti di hentian. Yang Niyaz teruja tengok luar tren. Liez memang seronok bila anak-anak seronok dan suka nak biarkan anak-anak merasa atau melakukan aktiviti-aktiviti luar. Biar mereka expose dengan keadaan sekeliling. Dari The Curve, kami berjalan terus ke stesen Damansara terus ke Muzium Negara. Dari Muzium Negara ada laluan bawah tanah menuju ke KL Sentral. Agak letih juga berjalan dengan bawa dua beradik tu. Nasib Liez bawa stroller so salah sorang boleh la duduk kalau letih. Banyak melalui eskalator yang tinggi dan laju untuk ke KL Sentral. Berdesupkau eskalator tu bergerak. hihihihi



Seronok bawa Qaseh dan Niyaz naik tren, tak tergambar gembiranya bila tengok air muka anak-anak gembira dan excited.Semoga dimurahkan rezeki Baba dan Mama untuk bawa korang berjalan-jalan di tempat lain ye anak-anak.

Semoga anak-anak akan ingat apa yang Baba dan Mama buat semuanya untuk mengembirakan dan kebaikan semua 

Monday, November 27, 2017

SAMBUTAN ULANGTAHUN KEDUA SHOPEE LEBIH BERMAKNA DENGAN REKOD 80 JUTA MUAT TURUN

Monday, November 27, 2017 4

2017 adalah tahun cemerlang bagi platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee kerana merekodkan pertumbuhan penting dalam semua tujuh pasaran dengan kiraan 80 juta muat turun dan lebih dari 180 juta senarai produk aktif dari 4 juta usahawan di rantau ini. Lebih 5,000 jenama dan pengedar ternama turut serta menyertai Shopee.

Di Malaysia sahaja Shopee merekodkan lebih 5 juta muat turun dari tahun 2015 dan menarik lebih 200,000 usahawan dan jenama terkemuka seperti Shojikiya, Pet Wonderland, One Plus, Pureen dan banyak lagi. Usaha yang membuahkan hasil dengan pelancaran Shopee Mall,satu portal premium yang menawarkan produk - produk eksklusif dari lebih 100,000 produk dari pelbagai jenama dan pengedar sah. Juga kejayaan Shopee University yang membantu usahawan dan perniagaan tempatan untuk berjaya dalam edagang dari 10 negeri dan 40,000 peserta.



Petronas Dagangan Berhad - Aadzrin Azly, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit
" Shopee merupakan platfom edagang pertama yang dilantik menjadi rakan kami dan membolehkan kami meluaskan kehadiran kami dalam talian dan mendekatkan kami dengan lebih ramai pelanggan seiring dengan peningkatan inovasi dalam perniagaan kami "

MYDIN Malaysia - Malik Murad Ali, IT Director
" Selain memberikan penjimatan hebat dari produk berasaskan makanan dan bukan makanan, kami juga menawarkan Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia hanya di Shopee"

MR DIY - Andy Chin, Ketua Jabatan Pemasaran
" Perkembangan pesat Shopee dengan jutaan pengguna di seluruh Malaysia  dan kemampuan kami memenuhikeperluan seisi rumah membuatkan kami memilih Shopee menjadi rakan eDagang MR DIY "



Bagi menghargai pelanggan-pelanggan Shopee, mulai 1 hingga 12 December Shopee akan membuat jualan kilat Shocking Sale dengan harga produk serendah RM12 yang akan berlangsung 5 kali sehari.



Kemuncak Shopee Mall Berganda,Tawaran Mega 12.12 dengan harga bermula RM12, Baucar Beat the Clock bernilai lebih RM500,000 untuk dimenangi dan pelbagai promosi lagi yang akan dilancarkan sempena Ulangtahun kedua Shopee Malaysia.

 


Jangan ketinggalan untuk mendapatkan promosi eksklusif  dari rakan rasmi Shopee iaitu Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Ambank, Citibank, Petronas, Digi, Maxis, B Infinite, FPX dan Photobook. 121 pembeli bertuah akan memenangi cabutan bertuah sebanyak 1,212 B Point daripada B Infinite dan dapat membeli baucar aksesori Digi bernilai RM50 dengan harga RM12. Dan menangi percutian untuk 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan sebuah IPhone X bernilai RM5,500 yang ditaja oleh FPX bagi pelanggan yang berbelanja sebanyak RM100 sepanjang Disember ini.



PERTANDINGAN DI SOSIAL MEDIA FACEBOOK DAN INSTAGRAM
Pada pengguna laman sosial media Facebook berpeluang memenangi sebuah iPad Mini4 yang benilai RM1,899 dan 500,000 Shopee dengan memuat naik Bingkai Gambar Facebook Shopee di facebook masing-masing. Pertandingan Snap & Win di Instagram dengan memaut naik gambar daripembelain yang dilakukan di Shopee dan seorang pemenang bertuah akan memenangi wang tunai RM500 setiap minggu untuk seorang pemenang. Syok tuuuuuuu.....

Korang jangan lupa untuk usha website www.shopee.com.my atau korang muat turun jeaplikasi shopee dekat hp korang. Menyesalkorang takshopping dengan Shopee......

Saturday, November 25, 2017

DOLLY DIM SUM KINI DIBUKA DI SUNWAY PUTRA MALL KUALA LUMPUR

Saturday, November 25, 2017 4


DOLLY DIM SUM KINI DIBUKA DI SUNWAY PUTRA MALL KUALA LUMPUR
Bagi peminat Dim disekitar Kuala Lumpur, pasti tahu Dolly Dim Sum yang popular dengan hidangan dim sum yang sedap dan yang pasti HALAL. Telah beroperasi dengan 3 outlet yang berada sekitar Kuala Lumpur dan mendapat sambutan yang baik dan review terbaik dari pelanggannya.

Kini, Dolly Dim Sum telah membuka outlet ke 4 Sunway Putra Mall Kuala Lumpur dan mengekalkan konsep Rumah Teh cina Kontemporari seperti outlet-outlet sebelumnya. Liez telah menghadirkan diri ketika hari pembukaan outlet di Sunway Putra Mall yang sangat meriah.


DOLLY DIM SUM KINI DIBUKA DI SUNWAY PUTRA MALL KUALA LUMPUR
Upacara dimulakan dengan acara memotong reben oleh pengasas Dolly Dim Sum dan tetamu VIP. Dan juga acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan tarian singa. Seronok tengok tarian singa ni, siap ada gaya-gaya kungfu lagi hahaha





Dolly Dim Sum yang jelasnya menghidangkan pelbagai jenis dim sum tradisional seperti Dumpling Udang, Siew Mai, tart telur yang dibakar setiap hari dan banyak lagi hidangan yang sedap. Liez dah cuba dan memang sedap dan terbaik. Dolly Dim sum juga menghidangkan pelbagai jenis teh cina seperti Teh Jasmin Serai, pelbagai jenis teh hijau, Teh Oolong, Teh bunga dan banyak lagi.

DOLLY DIM SUM KINI DIBUKA DI SUNWAY PUTRA MALL KUALA LUMPUR

DOLLY DIM SUM KINI DIBUKA DI SUNWAY PUTRA MALL KUALA LUMPUR

Dolly Dim Sum juga sering mengadakan promosi sempena hari perayaan dan berbaloi untuk korang cuba. Bagi yang belum pernah mencuba hidangan di Dolly Dim Sum, boleh ke oulet-oulet seperti berikut :

Outlet 1 - Avenue K
Lot G9 Ground Floor, Avenue K,156 Jalan Ampang Kuala Lumpur
Tel: 03-2181 3830

Outlet 2 - Nu Sentral
LG43 Nu Sentral, No 201, Jalan Tun Smbathan,Kuala Lumpur
Tel: 03-2273 1450

Outlet 3 - Pavilion KL
Lot 1102.00,Level 1Pavilion KualaLumpur,168 Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur

Tel:03-2110 5019

Outlet 4 - Sunway Putra Mall
Lot G-7, Sunway Puatra Mall,No 100 Jalan Putra Kuala Lumpur


Tel:011-1040 5617



Waktu Operasi
11 pagi - 10 malam (Setiap hari)
Pavilion outlet (Sabtu / Ahad / Cuti umum 10.30 pagi - 10 malam)

Facebook

Instagram

DOMAIN SENDIRI MRSLIEZ.COM DARI DEARIESCOUPLE.BLOGSPOT.MY

Saturday, November 25, 2017 2

Alhamdulillah, akhirnya Liez nekad untuk mendapatkan domain sendiri seperti yang bermain difikiran sejak 5,6 bulan yang lalu. Memang mudah untuk beli domain sendiri tapi kepala Liez masih lagi meninjau akan kelebihan memiliki domain sendiri. Dan bila sahabat-sahabat blogger yang lain makin rancak bertukar ke domain sendiri, hati Liez terus teringin sama.

Atas nasihat umi +Fuzy Hamid dan kebenaran dari Dearie, akhirnya blog Deariescouple bertukar ke MrsLiez.com. Kepayahan hanya untuk mencari nama yang sesuai dan catchy membuatkan Liez menangguhkan untuk beli domain.

Bila kata putus dibuat, pembelian domain berjalan lancar kurang dari 24 jam. Dan Liez minta bantuan Umi untuk membuat proses seterusnya memandangkan Liez memang tidak arif pasal blog ni. Memang selama ini Umi la yang bantu Liez dalam memberi pendapat tentang blog Liez.

Dah dapat domain, kena pulak fikir pasal template baru. Minta bantuan Umi juga untuk ajarkan Liez mana nak setup template baru ni. Susah dan pening juga nak expert bab-bab ni. Dan Liez salute blogger yang pandai dan rekacipta template blog ni. 

Dan akhirnya ini la rupa terbaru blog MrsLiez.com. Masih lagi dalam proses penambahbaikan dan naiktaraf secara perlahan hihihi.. sebab Liez memang baru nak belajar edit sendiri.. Agak ambikmasa juga untuk puas hati.Dan Liez harapkan dengan adanya blog domain sendiri akan membantu Liez untuk lebih banyak menulis artikel yang berfaedah dan berguna juga mencari sumber pendapatan tambahan. Insyaa ALLAH

Tuesday, November 21, 2017

LYNNITY - KHASIAT SUPERFOOD DARI LADANG SEBAGAI FARMASI ANDA

Tuesday, November 21, 2017 1
LYNNITY  BOTANIC HEALTH
Korang sedar tak, bila meningkat usia kita tubuh badan kita akan menghadapi perubahan. Tidak kira seaktif mana sekalipun, jika kita tidak menjaga pemakanan dan mengambil makanan tambahan dari usia remaja pasti akan mengalami sakit tak kira dalamam atau luaran. Ia berpunca dari penuaan dari kekakuan dibahagian sendi. Dan ini lah permulaan kepada penyakit Osteoporosis dan Osteoarthritis iaitu radang sendiyang membataskan pergerakan penghidapnya

LYNNITY  BOTANIC HEALTH
Atas kesedaran itu, Lynnity yang diasaskan pada 1890an oleh Mr Low Kim Geok telah menghasilkan Botanic Health yang membantu melindungi tisu rawan,meningkatkan kepadatan tulang dan membaiki tisu tulang.

LYNNITY  BOTANIC HEALTH
Botanic Health Lynnity ini mempunyai kelebihan seperti:
  • meningkatkan kesihatan tulang dan sendi
  • Membaiki dang mengekalkan keadaan tulang rawan
  • Mengatasi kesakitan dan keradangan
  • Membantu meningkatkan dan mengekalkan pergerakan
  • Membantu mengawal kolestrol dan tekanan darah serta kesihatan kardiovaskular
Botanic Health di formulasikan dari buah-buahan dan sayur-sayuran herba seperti buah delima, Manggis, Alga, Misai Kucing, Rumpai Laut,Halia Hitam,Asid Askorbik, Bran Oat,Chia Seed dan Taurina adalah secara klinikalnya membantu dalam kesihatan tulang. Liez percaya setiap produk dari Lynnity telah menjalankan kajian terperinci dan menjadikan Botanic Health superfood terbaik.

LYNNITY  RELIEF
Selain itu, Lynnity menghasilkan Lynnity Relief, minyak essential 100 % semulajadi untuk kegunaan luaran. Ia memiliki bau yang menyegarkan, menegmbalikan tenaga dan melegakan.Sesuai digunakan seisi rumah dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Dihasilkan dari minyak essential dari lavendar, Minyak kelapa, bunga Ylang-Ylang dan dedaun herba sangat berguna untuk digunakan setiap dari dan dimana sahaja.




 Kegunaan yang berterusan sangat berkesan seperti berikut:
  • membantu ketika menghadapi sakit kitaran haid dengan sapuan dan urutan lembut diperut
  • memberikan kesegaran dan ketenangan selepas bekerja seharian
  • untuk kanak-kanak sangat sesuai disapuan ketika selesema dan batuk,memberikan ketenangan ketika menghadapi peperiksaan dan membolehkan tidur dengan lena.
  • melegakan sakit kepala dan membantu memberikan kesegaran selepas seharian bekerja atau menempuh perjalanan yang jauh dan lama.
Untuk dapatkan keterangan lanjut atau pembelian produk boleh terus ke 


Facebook

Instagram

Monday, November 20, 2017

PROF HARIZ INTERNET MARKETING BY POLICY STREET

Monday, November 20, 2017 4

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia
Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.

Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.




Pencapaian Prof Hariz
  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
   -  Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang         Perai, pada Mac 2015
   -   Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
   -   Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
   -   Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015,             untuk membuat strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016


  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.
Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.

Info Mengenai Prof Hariz
Whatsapp : 6012-5336713

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet
Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 


PolicyStreet
PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.

Info Mengenai PolicyStreet

TASNEEM NATUREL PERKENAL 4 JENIS BALM DARI ESSENTIAL OIL

Monday, November 20, 2017 2

Sejujurnya  sejak Liez mengandungkan anak pertama, Liez dah banyak membaca mengenai penjagaan anak-anak, banyak join group mengenai kesihatan anak, rawatan secara alami di Facebook. Mendapatkan info mengenai menjaga kesihatan anak-anak tanpa menggunakan ubat-ubatan kimia kerana  banyak kes-kes kesan buruk penggunaan ubat-ubatan kimia terhadap bayi dan kanak-kanak yang amat menakutkan. Jadi Liez memilih memberikan rawatan atau menggunakan produk barangan bayi dari secara alami atau menggunakan barangan dari bahan semulajadi atau organik.


Biasanya, bila anak-anak menunjukkan tanda-tanda hendak demam, batuk atau selsema, Liez akan bergegas menyediakan sup ayam herba yang perlu di reneh selama 9 jam. Banyak bahan yang digunakan dan kadang-kadang tak punya masa untuk menyediakanya. Jadi salah satu cara adalah dengan menggunakan minyak essential.


Liez telah mencuba produk Tasneem Naturel iaitu 4 jenis balm yang menggunakan essential oil dari minyak pati tumbuhan yang diambil dari bunga, daun, buah atau kulit pokok. Penggunaan balm Tasneem Naturel sangat mujarab kerana essential oil terdiri dari pada molekul-molekul kecil yang mampu meresap terus ke kulit, paru-paru dan merangsang system limbik (pusat kawalan emosi, perilaku, perasaan,stress, keseimbangan hormone dan memori manusia). Bermakna molekul itu akan melalui peredaran darah, limfa dan cecair tisu untuk memberikan kesan kesembuhan.


1.  Tummy Time
Balm yang sesuai untuk mengatasi masalah cirit birit dan sembelit. Juga membantu melegakan kembung perutdan membuang angin dalam badan.

Bahan- Bahan dalam Tummy Time
Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli,Lemongrass, Anise, Juniper

Cara menggunakan Tummy Time
Sapu pada perut dan tapak kaki

2.  Coughflu Time
Membantu mengurangkan selesema dan cairkan kahak, membantu melegakan asthma dan mengurangkan suhu ketika demam

Bahan- Bahan dalam Coughflu Time
Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree

Cara menggunakan Coughflu Time
Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki, dan dada


3.  Sleep Time
Memudahkan anak-anak tidur dengan lena, membantu bangun dalam mood ceria dan membaiki kualiti tidur

Bahan- Bahan dalam Coughflu Time
Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange,Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang ylang

Cara menggunakan Sleep Time
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga serta pergelangan tangan
  
4.  Calm Time
Memberikan keselesaan, mengurangkan keletihan dan tekanan serta membantu anak lebih tenang

Bahan- Bahan dalam Calm Time
Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Chamomile

Cara menggunakan Calm Time
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga serta pergelangan tangan

Ramai pengguna Tasneem Naturel yang berpuas hati dengan keberkesanan 4 balm essential oil ini


Untuk pembelian boleh hubungi details seperti dibawah
TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)


www.tasneemnaturel.com

Saturday, November 18, 2017

UNDER CONSTRUCTION

Saturday, November 18, 2017 8


Maaf ye kekawan...

Blog Liez ni under construction..sedang dalam pembaikpulihan jadi ada yang masih tak running smoothly kat gadget dan widget gitu..




Image result for under construction

KEGUNAAN CUKA EPAL LEBIH DARI SEKADAR UNTUK KURUS

Saturday, November 18, 2017 2

Kalau dikirakan Liez tak suka sangat rasa cuka epal sebab rasanya yang masam dan agak tajam. Tapibilamengetahui khasiatnya,terus Liez gagahi juga untukmengambilnya sehari sekali. Seperti pepatah inggeris "Sebiji epal setiap hari,mampu menjauhi doktor". Tapi kalau korang tahu khasiatnya jika diamalkan setiap hari, confirm korang ajak suami korang ke pasaraya untuk dapatkan cuka epal. 

Hihihi.. ye boleh buat korang kurus tau. Tapi ada lagi kelebihan yang korang perlu tahu dan sangat berguna untuk korang dalam kehidupan seharian. 

1. Sebagai minuman kesihatan
Cuka epal membantu menurunkan berat badan kerana kandungan asid asetik yang tinggi. Selain itu mengawal tahap alkali dalam badan, membantu dalam sistem buah pinggang, membunuh bakteria dan mengawal kandungan gula dalam badan. Juga boleh memecahkan lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol jahat serta mengimbang tekanan darah dalam badan.

2. Sebagai toner wajah
Kaya dengan Potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas menegangkan kulit wajah, mengurangakan dan merawat jerawat serta menjadi toner semula jadi yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Campuran 1 bahagian cuka epal dengan 2 bahagian air. Gunakan dengan kapas muka untuk memberikan rawatan optimum.

3. Rambut kembali segar dan bersinar
 untuk yang mengalami rambut berminyak dan tidak bermaya. Akan membersihkan minyak dan rambut akan bersinar dan segar

Campuran 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air. Lumurkan pada rambut selepas syampu

4. Mengurangkan kesan sunburn
Kalau dah seharian korang berjemur, pasti korang mengalami kulit terbakar. Cuka epal dapat mengurangkan kepanasan dan kesakitan pada lapisan kulit.

Campurkan 1 bahagian cuka epal dalam air mandian dan berendam. 

5. Sebagai cecair pencuci
Dapat membantu membersihan permukaan dan juga memberikan kesegaran sepanjang hari.

Campuran 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air. Gunakan kain bersih.

6. Sebagai penyegar udara
Bila datang musim jerebu atau pun ada bau busuk yang mengganggu, cuka epalini dapat mengatasi bau kurang enak di rumah.

Campuran 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air. Letakkan disudut rumah dan biarkan ia menyerap bauan tadi.

7. Menghapuskan kutu pada kucing
Pada yang bela kucing, mungkin ini boleh membantu korang. Memnghapuskan kutu di badan kucing dengan bahan yang selamat dan murah. Bukan saja membunuh kutu tetapi bulu kucing akan bersinar.

Campuran 1 bahagian cuka epal dengan 3/4 bahagian air. Masukkan ke dalam botol dan semburkan pada bulu kucing dan bilas.

8. Menghapuskan lumut 
Lumut atau tumbuhan tumpang yang berada di pasu tanaman korang juga boleh dipauskan dengan cuka epal.

Campuran 1 bahagian cuka epal dengan 6 bahagian air. Masukkan ke dalam botol dan semburkan pada lumut dan lalang di pasu. Biarkan.



Friday, November 17, 2017

CHOMEL BABY RANGKAIAN PENCUCI BARANGAN BAYI SELAMAT DAN BERKESAN

Friday, November 17, 2017 6
Chomel Baby
Dah nama kalau ada anak-anak kecik memang tak boleh nak elak jika barang permainan bertabur di lantai, bawah sofa, bawah meja makan. Bukan satu dua barang permainan tapi banyak sangat. Kadang-kadang tak larat nak kutip dan simpan semua. Ada kalanya barangan permainan bercampur dengan sisa-sisa makanan, habuk dan kekotoran yang kita tidak nampak. Ada masa, rajin juga Liez kutip dan basuh dengan air dan sabun. Tapi banyak kali Liez hanya siram dan lap dengan kain. Letih nak mengadap membuat kerja pembersihan macam ni.

Kadang terfikir, adakah barangan permainan itu cukup bersih dan selamat untuk anak-anak gunakan? Mungkinkah ada bakteria atau kuman yang merbahaya dan boleh menjejaskan kesihatan anak kita? Adakah pencuci yang digunakan selamat untuk digunakan? 
Kini para ibu-ibu tak perlu risau lagi kerana ada produk yang berkesan dan selamat digunakan dalam proses mencuci keperluan anak-anak kita. 

CHOMEL BABY ialah produk tempatan yang diilhamkan oleh seorang ibu yang mementingkan keselamatan bayinya dari menggunakan produk-produk dipasaran yang kebanyakan mengandungi bahan kimia. Liez telah mencuba salah satu produk CHOMEL iaitu Chomel Toy and Surface Cleaner.



Kegunaan Chomel Baby Toy and Surface Cleaner ini adalah boleh dipelbagaikan kegunaanya untuk membersihkan dengan lebih selamat kekotoran dan baun yang kurang enak disemua permukaan barangan rumah seperti barangan permainan, pelapik tikar, dinding, kerusi bayi, katil bayi dan banyak lagi. Sangat berkesan menanggalkan kesan kotoran degil dan minyak.


Macam mana nak gunakan?
Senang aje. Korang hanya sembur pada barangan yang hendak dibersihkan dan kemudian lap hinga kering dengan kain bersih.

Pengguna tak perlu risau dengan bahan-bahan yang digunakan kerana semuanya dihasilkan dari campuran bahan-bahan semulajadi seperti Minyak Kelapa, Sawit, Minyak sayuran, jagung dan banyak lagi. Juga penggunaan air purified juga memberikan kesan yang optimum dalam membersihkan dan menghapuskan bakteria.



Chomel Baby Toy and Surface Cleaner ini juga adalah agen pencuci antibakteria semulajadi dari tumbuhan seperti minyak kelapa dan kelapa sawit yang selamat untuk bayi korang. Tidak rugi jika korang dapatkan semua barangan dari Chomel Baby kerana ianya sangat berguna dan yang pasti selamat untuk seisi keluarga. 

Untuk keterangan lanjut atau pembelian produk boleh dilakukan di https://www.chomelbaby.com

Alamat
ESONA Nature Sdn Bhd
46, Jalan 1, Taman Industri Pandan Indah,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 6016 – 2077 081
                                     Mon – Fri, 8.30AM – 6.00PM