Pembukaan Butik Muslimah Asyikin Exclusive di Setapak Sentral
Susah nak cari baju yang menepati citarasa terkini juga memiliki koleksi saiz Pluz size ?

Terkini, Butik Muslimah Asyikin Exclusive telah melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan ketiganya di Setapak Sentral. Ini adalah usaha tanpa putus asa pemiliknya, Puan Nur Asyikin Rahmat untuk mengejar impian untuk mengeluarkan koleksi pakaiannya sendiri. Memiliki dua cawangan terawal di Melaka iaitu di Kota Fesyen Air Kerah dan di Pusat Beli-belah Mahkota Parade, pembukaan cawangan terbaru di Kuala Lumpur ini memberikan kepuasan kepada dirinya kerana dapat memperagakan fesyen untuk pelanggannya.
Malah Asyikin Exclusive dapat berkerjasama dengan 3 selebriti iaitu Puteri Sarah Liyana, Sherry Alhadad dan Shila Hamzah dalam memperkenalkan koleksi pakaian muslimahnya. 

Puteri Sarah Liyana
Sherry Alhadad
Shila Amzah
Produk Asyikin Exclusive meliputi pakaian seperti jubah, blaus, tudung, seluar palazzo dan pelbagai lagi pakaian yang mengikuti fesyen terkini dan yang penting sesuai untuk muslimah. Istimewa rekaan pakaiannya sesuai untuk pemakai yang bersaiz S hingga ke plus size dan memiliki identiti tersendiri. Serius memang cantik!!



Walaupun masih baru dalam bidang perniagaan dalam bidang fesyen, Puan Nur Asyikin Rahmat berharap ia akan menjadi penentu kejayaan kepada perniagaannya yang dijalankan sejak tujuh tahun yang lalu. Mendapat sokongan dari suami beliau Encik Ishak Tang membuatkan Puan Asyikin semakin bersemangat untuk memperkenalkan rangkaian jenama Asyikin Exclusive dipasaran tempatan dan  didalam perancangan untuk memperkenalkan jenama rangkaiannya di pasaran antarabangsa.

Ketika sesi ramah mesra bersama rakan media dan blogger,  Puan Asyikin sangat peramah dan berharap agar penggemar pakaian muslimah untuk datang ke Asyikin Exclusive dan melihat sendiri koleksi - koleksi yang diperkenalkan. Liez sendiri terpegun bila tengok koleksi pakaian yang ada di Asyikin Exclusive. Terutama seluar palazzo dari material kain denim yang longgar dan selesa. Tak sabar nak milikinya.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Asyikin Exclusive boleh layari Facebook dan Instagram mereka seperti dibawah

Asyikin Exclusive
Level G, Setapak Central Mall, Kuala Lumpur

Facebook:

Instagram :