Pembukaan Butik Muslimah Asyikin Exclusive di Setapak Sentral

Pembukaan Butik Muslimah Asyikin Exclusive di Setapak Sentral
Susah nak cari baju yang menepati citarasa terkini juga memiliki koleksi saiz Pluz size ?

Terkini, Butik Muslimah Asyikin Exclusive telah melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan ketiganya di Setapak Sentral. Ini adalah usaha tanpa putus asa pemiliknya, Puan Nur Asyikin Rahmat untuk mengejar impian untuk mengeluarkan koleksi pakaiannya sendiri. Memiliki dua cawangan terawal di Melaka iaitu di Kota Fesyen Air Kerah dan di Pusat Beli-belah Mahkota Parade, pembukaan cawangan terbaru di Kuala Lumpur ini memberikan kepuasan kepada dirinya kerana dapat memperagakan fesyen untuk pelanggannya.
Malah Asyikin Exclusive dapat berkerjasama dengan 3 selebriti iaitu Puteri Sarah Liyana, Sherry Alhadad dan Shila Hamzah dalam memperkenalkan koleksi pakaian muslimahnya. 

Puteri Sarah Liyana
Sherry Alhadad
Shila Amzah
Produk Asyikin Exclusive meliputi pakaian seperti jubah, blaus, tudung, seluar palazzo dan pelbagai lagi pakaian yang mengikuti fesyen terkini dan yang penting sesuai untuk muslimah. Istimewa rekaan pakaiannya sesuai untuk pemakai yang bersaiz S hingga ke plus size dan memiliki identiti tersendiri. Serius memang cantik!!



Walaupun masih baru dalam bidang perniagaan dalam bidang fesyen, Puan Nur Asyikin Rahmat berharap ia akan menjadi penentu kejayaan kepada perniagaannya yang dijalankan sejak tujuh tahun yang lalu. Mendapat sokongan dari suami beliau Encik Ishak Tang membuatkan Puan Asyikin semakin bersemangat untuk memperkenalkan rangkaian jenama Asyikin Exclusive dipasaran tempatan dan  didalam perancangan untuk memperkenalkan jenama rangkaiannya di pasaran antarabangsa.

Ketika sesi ramah mesra bersama rakan media dan blogger,  Puan Asyikin sangat peramah dan berharap agar penggemar pakaian muslimah untuk datang ke Asyikin Exclusive dan melihat sendiri koleksi - koleksi yang diperkenalkan. Liez sendiri terpegun bila tengok koleksi pakaian yang ada di Asyikin Exclusive. Terutama seluar palazzo dari material kain denim yang longgar dan selesa. Tak sabar nak milikinya.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Asyikin Exclusive boleh layari Facebook dan Instagram mereka seperti dibawah

Asyikin Exclusive
Level G, Setapak Central Mall, Kuala Lumpur

Facebook:

Instagram :

Post a Comment

20 Comments

  1. ok.. memang tempat yang Nurul cari sebab nak cari baju plus size.. hehehe :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, semoga Butik Muslimah Asyikin terus maju dan mendapat sambutan ramai.. LZ tengok video di IG Mrs. Liez jugak.. Cantik koleksi baju di butik ini.. Mereka yang mengenakan baju plus size banyak pilihan sekarang kannn Mrs. Liez..

    ReplyDelete
  3. banyak baju yang best best nya... lawa and nice... I wanna go try the clothes there.

    ReplyDelete
  4. Inshaallah jika ada peluang dan masa nak juga ke kedai ini. Mana lah tahu kot sangkut terbeli sehelai dua yang cantik tu.

    ReplyDelete
  5. Cantik - cantik juga baju tudung etc dia , boleh la bawa my mom nanti gi usha dan shopping sini.

    ReplyDelete
  6. okay lepas ni nak kena beli satu lah nak pakai untuk raya tahun ni hahh hopefully ada saiz untuk I

    ReplyDelete
  7. At least dia ada plus size juga. Raya ni senang ar nak cari baju. Design pun cantik.

    ReplyDelete
  8. Oh...diorang more to plus size nyer butik eh...eh bagus la..bleh bawak mak SA datang sini nanti...tp saiz macam SA ada tak?

    ReplyDelete
  9. wahhh... untuk yang bersaiz besar pun ada.. nanti nak terjah page diorg.. mana tau ada yang berkenan boleh belikan mama n kaka..

    ReplyDelete
  10. lepasni semua size boleh berfesyen. semua boleh cantik cantik.

    ReplyDelete
  11. I want to intro this place up my friends. Really beautiful clothes they have there for my Muslim friends. Can even come here to buy for them as birthday present ya.

    Racheal

    ReplyDelete
  12. suka tengok dekorasinya yang kemas dan nampak eksklusif. pasti selesa kaum Hawa nak memborong kan. pakaiannya pun nampak cantik2 dan elegan!

    ReplyDelete
  13. Emi tak dapat join haritu. Tapi setapak sentral tu dekat je dari rumah emi. Dah pernah pergi pun asyikin exclusive ni.

    ReplyDelete
  14. Meriah.. interior outlet nampak kemas dan selesa utk pelanggan membeli belah. Tambahan lagi pakaian dan fesyen yg diketengahkan pun nampak berkualiti dan cantik... menarik :)

    ReplyDelete
  15. cantik dekorasi dalaman butik ni. nampak mewah. design pakaian pun banyak yang best. plus size pun ada..bagus ni.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  16. Cantik cantik jugak design die. Yang design sherry al hadad tu, even untuk plus size pun cantik

    ReplyDelete
  17. Cantek2 koleksi kat sini. Paling penting koleksi kat sini semua mengikut syariat. Harga mesti berpatutannknn

    ReplyDelete
  18. Memang minat betul sis dengan koleksi Asyikin ni. Sis dah aim satu baju ni..yang sesuai dengan badan sis yg plus saiz ni..hehehe. Nanti pergi sekali lagi memang nak rembat terus

    ReplyDelete
  19. geram tengok baju2 dekat butik asyikin ni.. cantik2 semua.. colour lak gorgous.. anyway nak tanya.. range harga dlm butik ni berapa ya?

    ReplyDelete
  20. Cantik la baju2 kat asyikin exclusive ni...
    Pernah tgk rancangan tv dia n husband dia ni...

    ReplyDelete