Selamat Tinggal 2018, Selamat Datang 2019

Image result for selamat tahun baru 2019
Pic - Google
















Selamat Tinggal 2018, Selamat Datang 2019 | Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2019 korang!! Alhamdulillah menjengah kita ke tahun baru, tahun 2019! Macam mana permulaan tahun 2019 hari ini? Semoga ia adalah permulaan yang baik dan indah kepada hari-hari yang mendatang. 

Rindu TokAbah ;(
Tahun 2018 adalah tahun yang sangat menyedihkan kerana kami telah kehilanggan seorang insan yang sangat kami sayangi. TokAbah Liez telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tentera Tunku Mizan pada 23 Julai yang lalu. Bukan mudah untuk Liez dan keluarga terima tapi Liez percaya apa yang berlaku adalah kerana ALLAH lebih sayangkan arwah. Dan tidak sanggup melihat arwah menanggung kesakitan yang begitu lama. Semoga Allah SWT tempatkan TokAbah bersama orang-orang yang beriman.. ALFATIHAH...


Sebut pasal kerjaya, Liez belum terbuka hati untuk bekerja semua setelah menjaga anak-anak hampir 2 tahun. Bukan apa, berat rasanya nak hantar-anak-anak ke pusat asuhan bila sejak akhir-akhir ini banyak kes penderaan bayi dan kanak-kanak berlaku tanpa kita sangka.Itu yang membuatkan Liez fobia untuk meninggalkan anak-anak. Biar masa menentukan jika ada rezeki untuk bekerja kembali, Liez akan fikirkan semula. Alhamdulillah, banyak juga rezeki dengan blogging untuk tahun 2018.

Hmmm~ Apa azam Liez tahun 2019?
Nak cerita panjang pun tak larat dah,so just bagitahu sama je macam tahun-tahun sebelumnya. Dan tambahan tahun ini Liez nak tambah lagi ilmu dalampenulisan dan berkarya. Tidak lupa juga menambah ilmu agama untuk dipupuk dalam amalan harian. Sepatutnya dah jadi amalan tapi biasalah manusia sering lalai dalam menjalankan suruhan ALLAH YANG ESA. Jadi tahun ini Liez akan cuba untuk serapkan lebih unsur islamiah dalam kehidupan Liez dan keluarga. Doakan ye!

Selain itu, Liez nak bantu Dearieku untuk menambahkan pendapatan isi rumah. Cewahh~ dah macam manifesto kerajaan pulak! hihihi..serius memang Liez akan cuba untuk duit poket anak-anak dan diri sendiri. Lagi satu sebab nak tambah ahli keluarga kan, so kenalah cari duit lebih dengan blogging dan hobi memasak Liez.

Untuk anak-anak, Liez nak pastikan mereka mendapatkan pendidikan yang terbaik di sekolah atau dirumah. Ada jadual belajar untuk Qaseh dan Niyaz ye..so mamapun tak boleh nak buang masa je yeee..hihihi~

Semoga apa yang Liez rancangkan untuk tahun 2019 ini akan menjadi permulaan kepada hari-hari yang akan mendatang.

Post a Comment

5 Comments