Gambar: Instagram Hanis Zalikha |
Liez juga suka mengikuti Keknis memasak tau. Menu-menu yang dihidangkan bukan sahaja untuk orang dewasa tapi juga kids-friendly. Ada banyak menu yang Liez suka dan cuba untuk dimasak dan Liez puas hati. Resepi-resepi yang bimasak juga senang dan cepat disediakan. Biasa lah bila ada nak kecil memang payah nak masak yang remeh temeh ni.
So Liez dah sediakan beberapa resepi yang menjadi pilihan Keknis dan sering dikongsi di Instagramnya. Bagi yang belum follow lagi boleh follow Instagram Hanis Zalikha
Teppanyaki Daging
Gambar: Instagram Hanis Zalikha
Bahan-Bahan dagingDaging Rib Eye (dihiris nipis)
Bawang besar (dipotong hiris nipis)
Sos Ikan
Lada hitam
Lada Sulah
Garam
Bahan-bahan untuk sayur
Tauge
Carrot (dihiris panjang)
Kucai
Bawang putih (dihiris)
Cara Penyediaan daging:
1. Gaulkan daging dengan lada hitam dan garam.
Panaskan minyak dan masukkan daging. Goreng hingga bertukar warna.
2. Masukkan bawang besar, sos ikan, lada sulah dan garam.
Cara Penyediaan sayur:
1. Gunakan kuali yang sama dengan daging (tak perlu basuh). panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih.
2. Masukkan tauge dan carrot, gaul seketika. Taburkan lada sulah, garam dan sedikit sos ikan.
3. Akhir sekali, masukkan kucai dan tutup api.
Resepi Cream of Broccoli
Gambar: Instagram Hanis Zalikha |
2 sudu butter
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
Batang celery (sama banyak dengan bawang besar)
Broccoli ( sepokok kecil)
2 sudu besar tepung gandum
1 kiub pati ayam (dibancuh dengan 1 cawan air panas)
1 mug susu segar
1/2 mug cooking cream
1 keping cheddar cheese
Lada sulah
Lada hitam
garam
Cara penyediaan:
1. Cairkan butter. Masukkan bawang dan celery, masak hingga lembut.
2. Masukkan tepung dan air pati ayam. Gaul hingga rata.
3. Kemudian masukkan broccoli dan biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan susu dan biarkan reneh selama 10 minit.
4. Kisar bahan tadi dengan hand mixer atau blend hingga halus.
5. Kemudian masukkan cooking cream dan cheese. Perasakan lada sulah, lada hitam dan garam. Hidangkan.
Resepi Sotong Crunchy
Gambar: Instagram Hanis Zalikha |
5 ekor Sotong (dipotong gelung)*
1/2 cawan susu segar*
* rendam semalam di dalam fridge*
Bahan rempah
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 biji telur
1 sudu besar tepung serbaguna
lada sulah
garam
tepung serbaguna untuk salutan
Bahan untuk sos
1 ulas bawang putih (cincang)
3 sudu besar kicap cair
2 sudu besar gula perang
2 sudu sos ikan
Biji Bijan
Serbuk cili *optional*
Cara penyediaan
1. sotong yang direndam dengan susu ditapis.
2. Kemudian campurkan semua bahan perapan tadi.
3. Panaskan minyak dan celup sotong perap tadi dalam tepung serbaguna dan goreng.
4. Bila sudah perang, boleh diangkat.
5. Untuk sos, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih. Tuangkan bahan sos tadi dan biarkan berbuih sebelum masukkan sotong yang digoreng tadi.
6. Taburkan biji bijan dan hidangkan.
Resepi Kerapu Stim Ala Thai
Gambar: Instagram Hanis Zalikha |
Ikan kerapu
3 batang serai (diketuk)
2 ulas bawang putih (diketuk)
Bahan untuk sos (bancuh)
1 biji limau nipis (ambil jus)
1 kiub pati ayam ( bancuh dengan 1 cawan air)
1 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
4 sudu gula perang
5 ulas bawang putih (cincang)
batang ketumbar (hiris)
Cili api
Minyak bawang putih
Cara penyediaan:
1. bersihkan ikan dan isikan serai dan bawang putih di dalam perut ikan.
2. letaak ikan didalam pinggan dan tuang semua bahan sos tadi.
3. Kukuskan selama 10-15 minit. Kemudian hidangkan dengan hirisan limau nipis dan tuang minyak bawang putih panas-panas.
Resepi Kabut Fried Chicken
Gambar: Instagram Hanis Zalikha |
Ayam yang dipotong
Rempah kari
Tepung serbaguna
Telur
Garam
Gula
serbuk Lada hitam
Cara Penyediaan:
1. Perap ayam dengan rempah kari, garam, gula dan serbuk lada hitam.
2. Biarkan sejam sebelum dimasukkan telur.
3. Panaskan minyak. Salut ayam tadi dengan tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
Resepi Kepak Ayam Cajun Buttermilk
Gambar: Instagram Hanis Zalikha |
kepak ayam
buttermilk
3 sudu besar cili powder
1 sudu besar cajun seasoning
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam
Cara penyediaan:
1. Rendamkan kepak ayam dalam buttermilk dan biarkan semalaman.
2. Untuk bakar, todkan kepak ayam tadi dan gaulkan dengan bahan rempah diatas.
3. Bakar dalam oven atau air frayer hingga masak.
Resepi Mushroom sup
Gambar: Instagram Hanis Zalikha |
Cendawan butang (dihiris nipis dan dicincang)
1 tin cream of mushroom (sebarang jenama)
minyak zaitun
1/2 cawan susu segar
Parmesan cheese
Lada sulah
garam
Cara penyediaan
1. Panaskan minyak zaitun dan masukkan cendawan. Masak hingga hingga lembut.
2. Masukkan cream of mushroom dan separuh tin air. Biarkan ia mereneh.
3. Kemudian masukkan susu segar dan parmesan cheese.
4. Akhir sekali, masukkan lada sulah dan garam.
Selamat mencuba!!!!!
20 Comments
macam menarik resipi2 keknis share ni..boleh la try..kdg tak ada idea nak masak apa..
ReplyDeletebetul kak.. Liez mmg masak ikut resepi dia klau bosan sgt tak tau nak makan apa.. tp sup brocolli tu mmg sedap.. anak2 liez layan makan
Deletesimple tapi nampak sedap semuanya
ReplyDeleteDah la cantik, kaya dan pandai masak pula tu. Resepi dia nampak mudah dan sedap. Boleh la try nanti.
ReplyDeleteishh tetiba teringin nak masak cauliflower soup..hehee
ReplyDeletecuba brocolli sup ni pun sedap
DeleteAyie nak try daging teppayaki tu lah.. Selalu klu resepi daging tak menjadi.. Daging mesti liat.. Klu rebus dulu daging, rasenya dah lain pulak.. Huuhuhu
ReplyDeletePandainya keknis masak sedap2.. patut la hairul sayang ...hihih nak cubalah cajun chicken wing tu..nmpk menarik sgt sebab rendam dgn buttermilk...
ReplyDeletedia x menulis blog lagi ke? masa abe kie mula menulis blog dulu, blog hanis zalikha ni la yg paling top...masa tu dia student uitm lg.
ReplyDeleteSedapnya makanan kat sini.. semua nampak menarik dan sedap
ReplyDeleteI can see that you're a huge fan of Hanis Zalikha! The food looks really yummy. Added a few on my menu for next week . Thank you for sharing :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSaya sebenarnya pertama kali dengar 'teppanyaki'... haha kesian betul...boleh tahan rajin juga hanis zulaikha ni share resipi ya...lepas ni bolehlah saya cuba beberapa resipi yang sis liez senaraikan dalam ni... terima kasih kongsi... - Blog Sofinahlamudindotcom
ReplyDeletebanyak juga ya resepi dari beliau. bolehlah try nanti. :) kalau saya ni, mungkin tak reti nak masak2 lagi hehe
ReplyDeleteAla rajinnya sis ni compile resepi hanis zalikha. Tak yah dah susah-susah nak cari. Iza blh refer sini je la. Suka jugak guna resepi dia.
ReplyDeleteTeringin nak cuba buat yg creamy broccoli tu hehehh thanks share semuka resipi keknis kat sinj
ReplyDeleteBolehlah ikut resepi dia nanti..terutama daging tu, nampak menarik.
ReplyDeleteFuhhh follower anak gan kucin pun dah million2 tu weiii...bilo lah sis nak dapek cam ty
sedap2 semua tu, bolehlah cuba resepi dia. yang sup-sup sayur tu memang saya pernah buat juga (resepi sendiri la)
ReplyDeleteResepi yg mudah dan nampak sedap.. bahan2 pula mudah didapati.. boleh la AM cuba nanti..
ReplyDeletenak try la sotong goreng crunchy tu. macam sedap makan dengan tomyam ayam. dah simple je resepi tu
ReplyDelete