JACK ‘N JILL CLOUD 9 Ceriakan Malaysia Dengan Gerakan ‘BITE-TARIK-SENYUM’

JACK ‘N JILL CLOUD 9 Ceriakan Malaysia Dengan Gerakan ‘BITE-TARIK-SENYUM’ | Senyuman adalah satu gerak isyarat yang boleh menghasilkan impak yang menakjubkan. Walau sekecil dan seringkas manapun, ia mampu meningkatkan semangat dan menenangkan hati seseorang, ataupun memulakan sesuatu perbualan. Senyuman merupakan bahasa sejagat yang boleh menjalinkan kemesraan tanpa mengira latar belakang, budaya dan geografi. Maka, di ketika kita sedang mengharungi masa yang mencabar ini, ternyata dunia ini memerlukan lebih senyuman berbanding dengan sebelumnya.



JACK ' n JILL Cloud 9 menandakan Hari Senyuman Sedunia pada 2 Oktober 2020 dengan gerakan berkongsi senyuman di seluruh Malaysia. Coklat Cloud 9 sememang dikenali oleh generasi-generasi rakyat Malaysia kerana ia membawa senyuman melalui cara memakan yang ikonik, iaitu menggigit dan kemudian menarikkan karamel yang kayanya. Gabungan gigitan coklat yang lazat dan tarikan karamel yang menyeronok selalu meninggalkan senyuman yang menggembirakan. Kini didapati dalam pek wajah serba baharu, Cloud 9 menjemput semua rakyat Malaysia untuk berkon
gsikan gambar senyuman terbaik mereka di media sosial dengan #jomchocotarik. Menerusi pergerakan ini, Cloud 9 berhasrat untuk mengumpul 999 senyuman dengan #jomchocotarik, untuk menambah lagi senyuman dengan mendermakan RM5,000 kepada Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM).

Organisasi tidak berasaskan keuntungan ini membantu dan menasihati ibu bapa dan keluarga individu yang dilahirkan dengan berkeadaan klef (sumbing) bibir dan lelangit, CLAPAM juga berfungsi sebagai penghubung antara ahli dan pakar perubatan.

Di samping itu, 30 penyerta dengan senyuman yang paling kreatif akan menerima beg cenderahati 'Bite-Tarik-Senyum' dari Cloud 9.


“Senyuman memang ada banyak keajaiban; ia boleh dikatakan sebagai sejenis kuasa ghaib yang dimiliki oleh setiap manusia tidak kira tua atau muda. Kami mengadakan kempen ini seiring dengan wajah pek coklat Cloud 9 yang baharu dan dikemaskini kerana seperti coklat kami, senyuman boleh menceriakan suasana dan berkongsi perasaan yang ramah. Kami berharap bahawa rakyat Malaysia akan turut menyertai kami dalam usaha untuk meningkatkan satu sama lain dan berkongsikan kegembiraan sesama dengan seukir senyuman yang mudah,” kata Rachmawati Sutarto, Pengarah Pemasaran (Singapura, Indonesia dan Malaysia), URC Snack Foods. 


Kini dengan bungkusan penampilan baru, coklat klasik Cloud 9 adalah kudapan kegemaran ramai yang padat dengan gabungan inti kacang panggang keemasan, karamel menggiurkan yang menawarkan tarikan istimewa, dan nugat lembut lengket, dilapisi dengan coklat kaya. Cloud 9 didapati dalam empat varian lain - Plus, Fruit & Nut, Overload dan Crispies, setiap gigitan bar coklat Cloud 9 menjanjikan pengalaman 'Bite - Tarik - Senyum' yang tidak dapat dilupakan.


Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook (https://www.facebook.com/cloud9malaysia/) dan laman Instagram kami (https://www.instagram.com/cloud9my/)


#jomchocotarik
#cloud9my
#cloud9malaysia


Post a Comment

3 Comments

  1. wahhh bestnya... jajan paling best masa kekecik dulu, rasanya yang sekarang tak sesedap dulu-dulu tu hehehe... tapi sekarang makin banyak penambahbaikan...

    ReplyDelete
  2. depa jual 1 kotak tu ke? Berapa harga dia?

    ReplyDelete
  3. Feveret en.suami la kalau coklat Gini ni...

    ReplyDelete