Pengalaman Bersalin Di Musim Covid-19

Pengalaman Bersalin Di Musim Covid-19 | Assalamualaikum. Pejam celik baby Najla dah pun berusia 8 bulan hari ini. Sekejap sangat rasanya kan? Rasa macam baru lagi bersalinkan seketul Najla tu. Dan pengalaman bersalin yang ke tiga ini berlainan dan penuh liku-likunya. Dari dapat tahu mengandung, pengalaman cucuk insulin ketika mengandung, bersalin dan berpantang memang meninggalkan kenangan yang tak akan Liez lupakan. Emosi di waktu itu pun bercampur baur dan tidak stabil. Mana tidaknya, sesiapa yang bersalin di tahun 2020 ni memang akan melalui pengalaman yang menyedihkan. 

Pengalaman Bersalin Di Musim Covid-19

Sejak di umumkan PKP pada 18 March 2020, Liez tidak mengalami sebarang kesukaran ketika kehamilan kecuali berdepan dengan anak-anak yang belajar dari rumah, bermain menjerit je la. Belum lagi bab kena masak setiap hari tetapi Liez diberikan kelonggaran la sesekali tapau je makanan dari luar. Bab check-up tu seperti biasa la kena juga pergi ke klinik dan hospital setiap bulan. ehhhh... banyak pulak intronya kan, jom Liez ceritakan sedikit tentang pengalaman bersalin di musim covid-19.

26 Mei 2020

Hari ini hari raya Aidilfitri ke 3. Hari dimana Liez perlu serah diri untuk bersalin pada esok harinya di Hospital Selayang. Jam 9, pagi Liez dan Encik Suami dah bersiap sedia untuk ke hospital. Sebelum pergi, Liez salam Ayah Mak mohon kemaafan doa dipermudahkan, cium peluk anak-anak. Dalam hati dah sayu, sedih tau sebab nak tinggalkan keluarga dan akan bermalam tanpa mereka.

Setiba di hospital, nurse suruh encik suami daftar terlebih dahulu dan Liez boleh naik ke atas. Bila Liez dah daftar di kaunter, Liez perlu tukar baju dan tunggu untuk pemeriksaan. Masa Liez sampai, dah ada 6 orang yang sedang menunggu untuk dapatkan katil. Liez dengar nurse cakap yang katil memang penuh, kena tunggu ada pesakit discharge baru boleh masuk.

Macam biasa bila jumpa doktor, kena baring di katil untuk check dengupan jantung bayi dan selepas itu check bukaan. Bab ni memang tahan nafas je lah. Bila doktor seluk, tiada bukaan lagi. Jadinya Liez perlu tunggu untuk di masukkan ke dalam wad terlebih dahulu. Encik suami masih di bawah dan Liez sempat pesan untuk belikan makan tengahari. 

Dan untuk pengetahuan korang, waktu tu memang encik suami atau sesiapa sahaja tidak boleh menemani atau tunggu isteri. Encik suami dapat naik sebab nak hantar makanan dan resit pembayaran sahaja. Sedih kan? Sampai kan surat akuan  yang sepatutnya suami yang tandatangan, nurse minta Liez Whatsapp suami dan bagitahu Liez akan tandatangan on behalf.

Hari yang dilalui rasa sangat panjang. Tanpa ada suami yang menemani dan hanya ada jiran sewad pengubat boring dan sunyi. Tiada siapa yang boleh datang melawat even suami. Tapi dapatlah 2 kali encik suami naik sekejap atas kebenaran mak guard untuk hantar barang itu pun tak sampai 10 minit. Maka bermula nurse datang melawat untuk ambil result tekanan darah, glukos dan jantung baby. 

27 Mei 2020

Jam 5 pagi, Liez dah tersedar dan bersiap nak mandi. Sempat solat subuh dan sarapan sedikit sebelum doktor datang untuk check bukaan dan induce. Jam 9 pagi, doktor dan nurse sudah mula melawat dari katil ke katil dan Liez sudah bersedia untuk dimasukkan ubat induce. Kali ini, Liez merasa lah ubat induce dimasukkan dari bawah. Memang seram sebab sama sakitnya macam nak check bukaan. Selepas ubat dimasukkan, Liez kena baring selama sejam untuk ubat induce menjalankan fungsinya. Tapi dalam 45 minit, Liez dah terasa perut Liez makin tak selesa dan mula rasa ada contraction. Liez inform pada nurse dan CTG mula dipasang pada perut Liez untuk monitor jantung baby.

Pengalaman Bersalin Di Musim Covid-19

30 minit berlalu dan doktor datang untuk tengok chart dengupan jantung baby dan check bukaan. Alhamdulillah, sudah ada bukaan 3cm dan contraction makin terasa. Nurse dah suruh Liez Whatsapp encik suami bagitahu akan ke labour room (LB). Sementara tunggu katil di LB kosong, Liez diminta tukar baju dan tunggu nurse sampai. Tak lama selepas itu, 2 orang nurse sampai dan Liez dibawa ke LB dengan wheelchair.

Waktu ini, contraction makin kerap dan debaran semakin terasa. Mana tidaknya, Liez akan bersalin tanpa encik suami dan suasana di LB terasa menyeramkan. Boleh dengar ibu-ibu lain menjerit sedang bertarung nyawa untuk bersalin. Liez pula, sedang terbaring di katil sambil layan contraction yang makin lama makin sakit menyengat pinggang. Bila datang sakitnya, Liez mula mengeliat ke kanan ke kiri. Subhanallah !! memang sakit contraction dengan induce sangat menyakitkan. Rasanya 3 kali Liez menjerit panggil nurse untuk datang check bukaan. tapi malangnya bukaan masih belum mengizinkan Liez untuk meneran.

Akhirnya, Liez mula rasa nak berak dan tandanya Liez boleh la nak meneran. Tapi bila Liez menjerit panggil nurse, nurse datang dan check bukaan baru 8cm. Liez bagitahu yang Liez memang dah rasa nak meneran terus nurse bagitahu yang dia akan bantu untuk bukaan. Bila tiba masanya, 4 kali Liez meneran dan akhirnya lahirlah si kecil Najla pada jam 2.14 petang dan terus baby diletak di atas dada Liez untuk skin-to-skin. Fuh!!! sudah boleh bernafas dengan lancar sebab dah selamat bersalin tapi masih menanti untuk nurse keluarkan uri dan jahitan. Berapa jahitan? Memang nurse tak akan bagitahu. Sakit di jahit tu rasanya lebih sakit dari sakit contraction, redha je lah.

Sempat dengan Najla selama 45 minit sebelum Najla dibawa dan bermalam di NICU untuk 1 malam. Disebabkan Liez pregnant dengan menggunakan insulin, jadi doktor perlu monitor Najla. Hampir pukul 4 petang baru Liez ditolak ke wad semula tapi waktu tu Liez dah lapar sesangat. Mana tidaknya, sarapan pagi pun Liez hanya makan biskut dan air masak sahaja. Nasib tak Hypo! Liez bagitahu nurse dan dapatlah tapau nasi dan air.

28 Mei 2020

Alhamdulillah, bangun pagi nurse datang check glukos dan tekanan darah semua kembali pada normal. Liez dah bersiap mandi dan sarapan sebelum menunggu encik suami datang untuk melawat Najla di NICU. Sementara tu sempat juga nurse dan doktor datang check dan Liez dibenarkan balik tetapi kena tunggu keputusan baby dulu. 

Masa doktor baby datang jumpa Liez, dia terangkan yang baby ok kecuali jantung Najla ada lubang kecil dipanggil VSD (ventrical septal defect). Bila Liez dengar je doktor bagitahu macam tu, dalam hati ni tak tahu nak cakap. Tapi doktor bagitahu, VSD ini boleh tertutup sendiri dan tidak perlukan rawatan. Lega dengar dan Liez berdoa yang Najla akan dapat sembuh sepenuhnya. Doktor siap inform, akan ada temujanji untuk check semula jantung Najla selepas 2 bulan. 

Pengalaman Bersalin Di Musim Covid-19

Di NICU, ibu dibenarkan datang untuk menyusukan bayi pada bila-bila masa tetapi untuk bapa pulak hanya dibenarkan dari jam 12 tengahari hingga 4 petang sahaja. Sebelum masuk ke NICU, kena isi segala informasi, ukur suhu badan dan dapatkan surat kebenaran untuk melawat setiap hari. Tengahari tu Liez dan encik suami datang melawat Najla dan kondisi Najla ok. Kena masuk bergilir dan sempat encik suami tengok Najla sekejap sebelum Liez masuk untuk meyusukan. Sambil menyusukan, nurse datang tengok cara baby melekap untuk penyusuan dengan betul atau tidak. Alhamdulillah, Najla pandai menyusu walaupun jenuh paksa dia bangun dari tidur. Nurse pun bagitahu, Najla dah boleh keluar dan tunggu urusan surat discharge dan temujanji disiapkan.

Syukur alhamdulillah sebab dapat discharge cepat sebab dah rasa bosan dan rindu orang-orang dekat rumah. Liez inform encik suami dan dia uruskan segala bil yang dinyatakan. Masa encik suami dengar penerangan nurse pasal temujanji untuk jantung Najla ketika urusan discharge, dia terkejut. Actually Liez tak bagitahu dia pun sebab taknak dia risau. Tapi sempat Liez bisik dan bagitahu hal sebenarnya.

Itulah pengalaman bersalin ketika musim Covid-19 tahun 2020. Pengalaman yang Liez akan ingat sampai bila-bila dan sentiasa di fikiran. Selain ia satu pengalaman yang sukar tapi Liez seronok kerana Liez dapat kawan baru dan tahu cerita-cerita mengandung dan bersalin kawan-kawan sewad. Macam-macam peel dan situasi yang Liez dengar, nampak dan rasa.

Next entry, Liez akan cerita tentang jaundic Najla pula ye.

Post a Comment

5 Comments

  1. awa prnh kena induce masa anak sulung, ohh sakit x leh bawa bincang! non stop sakitnya tak de rehat langsung. dan bab bersalin tanpa suami 6x awa rasa sbbnya suami mabuk darah jadi sama sekali takde siapa teman :D

    Soal jahitan lepas bersalin, honestly awa nervous beranak sbb benda ni! sakit weh sbb mmg tak di bius. sakitnya kena jahit part kulit tu sakit dr beranak rasanya. dan lastly tentang jaundice, kasih sebulan ulang check sbb prolong. inilah dugaan mak2 huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul awa.. sakit induce tu mmg lebih dari biasa.. liez dua kai induce masa 1st baby jugak. Bab jahit tu mmg sakit dr contraction.

      Delete
  2. Hurm risau pulak kalo PKP berlanjutan sehingga hujung tahun. Moga kita dipermudahkan segala urusan olehNya.

    aamiin.

    ReplyDelete
  3. Akak bersalin kali ke 2 ni sakitnya sama tak mcm first time? ke kurg sikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni bersalin kali ketiga, kali kedua induce.. induce memang sakit dari sakit contraction semulajadi..

      Delete