Monday, February 22, 2021

5 Sebab Untuk Pilih Percutian Ke Port Dickson

Monday, February 22, 2021 11

5 Sebab Untuk Pilih Percutian Ke Port Dickson | Bila sebut pergi bercuti, memang itulah yang menjadi perkara pertama yang bermain di fikiran Liez sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dari March tahun lalu. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, tiba- tiba encik suami ada menyuarakan pendapat untuk bawa Liez dan anak-anak bercuti. Gembira sangat kerana sudah agak lama kami tidak melancong dan spent masa bersama-sama keluarga.

 source image blog.traveloka.com/en/

Sebelum ini, kami hanya berbincang untuk staycation di sekitar Kuala Lumpur sahaja tetapi selepas mendengar rungutan anak-anak hendak ke tempat yang boleh mandi manda, kami memilih untuk bercuti ke Port Dickson. Memang seronoklah anak-anak bila dapat tahu baba mereka setuju untuk bawa mereka ke Port Dickson. Masing-masing dah tahu apa yang hendak dibawa, apa yang hendak dibuat dan mana lokasi yang hendak dituju. Mesti korang nak tahu kenapa kami memilih Port Dickson sebagai tempat percutian kami kan? Kalau nak cerita memang panjang berjela tapi Liez nak share juga. Ada 5 sebab untuk pilih percutian di Port Dickson antaranya:-

1. Jarak perjalanan yang singkat

Bila anak kecil, memang Liez akan pilih tempat yang berhampiran kerana tidak mahu anak- anak meragam duduk lama di dalam kereta. Biasalah bila dah bosan, mula la buat perangai, bergaduh la. So, jarak Kuala Lumpur ke Port Dickson mengambil masa antara 1 jam hingga 1 jam perjalanan sahaja. Dan ianya lokasi percutian popular yang berhampiran dengan ibu kota Kuala Lumpur.

2. Mempunyai pantai yang popular dan cantik

Banyak pantai untyuk riadah sepanjang pantai dan Pantai Teluk Kemang antara yang menjadi tarikan rakyat Malaysia. Selain pantai yang cantik, ia adalah lokasi yang sangat sesuai untuk bawa anak-anak mandi manda, berkelah sambil layan hidangan BBQ.

3. Tempat penginapan yang cantik

 source image blog.traveloka.com/en/

Kalau bercuti, mestilah nak bermalam walaupun hanya satu malam. Di Port Dickson ada banyak hotel dan resort yang menawarkan bilik penginapan yang cantik, menarik dan murah. Pelbagai kategori bilik penginapan yang boleh korang cuba.

Kali ini kami memilih Lexis Hibiscus Port Dickson sebagai tempat penginapan kami. Dah lama sebenarnya kami nak stay di sini. Antara resort yang menjadi pilihan utama pengunjung dan yang penting mendapat review baik yang tinggi. Anak-anak lagi suka sebabnya dapat mandi pool sepanjang hari. Lagipun, ia resort yang kids- friendly kerana mempunyai banyak fasiliti sesuai untuk kanak-kanak. Mama pula boleh berendam sambil menikmati pemandangan laut yang terbentang di depan mata.

 source image blog.traveloka.com/en/

4. Tempat - tempat lawatan yang menarik.

Siapa kata Port Dickson boring? Banyak sebenarnya tempat- tempat yang boleh dilawati selain ke pantai tau. Antara tempatnya adalah Rumah Api Tanjung Tuan atau Cape Rachado, Muzium Port Dickson, Kota Lukut, PD Ostrich Farm, Sky Ladder Pineapple Farm, WindMill PD Farm dan banyak lagi.

5. Tempat makan makanan laut

Kalau dah berhampiran dengan pantai, memang pengunjung akan mencari restoran atau kedai yang menghidangkan menu masakan berasaskan makanan laut. Kami tak risau sebab kami dah survey beberapa port makan antaranya di Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran PD, Restoran Mimi Seafood, PD Waterfront Food dan banyak lagi.

Dah banyak kali sebenarnya kami ke Port Dickson tetapi masih lagi tidak jemu dan memilih Port Dickson sebagai tempat percutian. Kami tidak sabar hendak bercuti Bersama-sama kerana ada banyak tempat menarik yang masih belum kami pergi dan terokai.


Tuesday, February 9, 2021

Drama Marry Me Senorita Tonton Online Episod 01 Hingga Episod 20 (Full Drama)

Tuesday, February 09, 2021 1
Drama Marry Me Senorita Tonton Online Episod 01 Hingga Episod 20 (Full Drama) | Drama terbaru adaptasi dari novel karya Suri Ryana yang di tayangkan di Astro Ria. Mula bersiaran pada 2 Februari 2021 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.

Gambar: www.astro.com

Drama adaptasi dari novel 'Marry Me Senorita', karya penulis Suri Ryana yang diarahkan oleh Nur Ain Sharif dan juga Micheal Ang sebagai penerbit di bawah produksi Juita Viden Sdn Bhd. Penulis skrip pula terdiri daripada Rehal Nurharis dan Dayang Kartinah.

Gambar: Google

Pelakon dan watak: 

Janna Nick (Sofiy Leia), Dini Schatzmann (Isa Alejandro), Shaza Bae (Rossa Arabella), Meerqeen (Amar), Dato Jalaludin Hassan (Engku Aziz), Fadilah Mansor (Ungku Zaharah) Yasmin Hani (Engku Marini) dan ramai lagi.

Sinopsis:

Sofiy Leia yang dihalau oleh ibu saudara setelah kematian bapa saudaranya. Dia dikejar dan cuba menyembunyikan diri disebuah gazebo dimana Isa Alejandro juga berteduh akibat hujan lebat. Sepanjang malam itu, Sofiy bercerita tentang masalahnya ke Isa Alenjadro walaupun Isa seorang yang sombong.

Dia terkejut ketika Isa memperkenalkan dirinya sebagai bakal isteri. Isa meminta Sofiy untuk menikahinya bagi membantu memulihkan kepercayaan datuknya dan pada masa yang sama membantu memastikan keselamatan Sofiy dari Tina dan majikannya. 

Isa memperkenalkan Sofiy sebagai isteri untuk mendapatkan kepercayaan dari datuk dan neneknya selain untuk melindungi Sofiy. Isa meminta Sofiy menikahinya dan Sofiy setuju. 

Tidak lama kemudian, Safiy memaksa Isa memceraikannya sebelum menikahi Rossa. Selepas bercerai, Sofiy melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bagaimana dengan Isa Alejandro selepas perceraian itu? Masih adakah cinta diantara Sofiy dan Isa.

Drama Marry Me Senorita Tonton Online Episod 01 Hingga Episod 20 (Full Drama)

Ralat :

Memandangkan pihak Astro telah mengambil langkah membuat laporan atas hakcipta video drama Marry Me Senorita, maka saya mengambil langkah dengan membuang kesemua link Tonton Marry Me Senorita Online Ep 1 Hingga Ep 20. Maaf atas segala kesulitan buat pembaca yang dihormati