Friday, June 25, 2021

Sewa Lampu Fototerapi Di Rumah Untuk Rawatan Demam Kuning Baby Najla

Friday, June 25, 2021 2
Sewa Fototerapi Di Rumah Untuk Rawatan Kuning Baby Najla | Bersambung cerita tentang kelahiran Najla. Yang belum baca sebelumnya, kena baca pengalaman bersalin di musim Covid19. Mesti ramai akan melaluinya atau bakal melaluinya. Kali ini Liez nak cerita tentang demam kuning atau jaundice Najla.

Seperti pengalaman Liez melahirkan Niyaz, Niyaz sempat bermalam di rumah untuk satu malam sebelum bermalam di NICU selama 3 hari 2 malam kerana tahap jaundice yang tinggi. Najla pula, selepas kami discharge dia juga sempat bermalam untuk satu malam. Keesokkan harinya, Liez bawa Najla untuk pemeriksaan di KK Selayang. Ujian darah dibuat dan kuning Najla masih tinggi dan berat badan menurun. Terus Liez diminta berjumpa doktor dan doktor memberitahu yang berat Najla turun lebih dari 10% dan harus dimasukkan ke hospital.

Sewa Lampu Fototerapi Di Rumah Untuk Rawatan Demam Kuning Baby Najla

Dengan berat hati, kami bersiap dan terus ke NICU Hospital Selayang. Di sana, nurse membuat pemeriksaan sekali lagi dan Najla perlu bermalam di wad untuk pemerihatian doktor. Hati Liez memang sebak sebenarnya tetapi Liez pujuk hati dan berdoa semoga Najla cepat baik dari jaundice. Waktu tu memang Najla diberi susu formula yang disediakan hospital. Liez pula tak sempat nak pam susu untuk dibuat stock. Redha Najla diberikan susu formula, untuk kebaikan dia.

Keesokkan harinya, Najla dibenarkan balik dan doktor menasihatkan agar Najla kerap diberi susu badan. Tapi biasa lah baby, awal-awal memang kerjanya tidur je. Menyusu pun kejap-kejap sahaja itupun jenuh mengejutkan dia bangun. Doktor juga menasihatkan untuk topup Najla dengan susu formula kerana merasakan yang susu badan Liez tidak banyak. Liez redha dan minta encik suami untuk belikan susu formula untuk Najla. Nak yang terbaik, Liez google susu yang sesuai untuk membantu proses menunrunkan jaundice Najla.

Keesokkan harinya selepas balik dari KK, kuning Najla menerun sedikit sahaja dan nurse dan doktor mula bising. Ibu mana nak baby di cucuk setiap hari untuk ambik darah kan. Liez sedih dan pendam rasa je sampai ada ketika Liez jadi down. Tetiba menangis sebab badan tak dapat rehat sepenuhnya dan memikirkan baby lagi. Dan Liez teringat yang ada syarikat yang membuat servis sewa lampu Fototerapi di rumah, terus Liez menyuarakan rasa pada encik suami. Alhamdulillah, ada rezeki untuk Najla dapat Liez cari syarikat yang menyediakan servis penghantaran secepat yang mungkin. Godek di Instagran, Facebook dan di google dan akhirnya terjumpa syarikat Home Phototherapy Service Sdn Bhd.

Sewa Lampu Fototerapi Di Rumah Untuk Rawatan Demam Kuning Baby Najla

Kalau tak silap Liez ambil pakej sewa lampu Fototerapi selama 3 hari 2 Malam yang berharga RM395. Setiba sahaja orang dari Home Phototherapy Service Sdn Bhd sampai, Liez tertarik dengan briefcase yang dibawa. Rupanya itulah lampu biru yang akan digunakan oleh Najla. Memang brilliant la!! Dia buka je briefcase tu dan siaplah lampu untuk kegunaan Najla.

Sewa Lampu Fototerapi Di Rumah Untuk Rawatan Demam Kuning Baby Najla

Risau sebenarnya bila fikir nak sewa lampu Fototerapi ni sebab takut ia tidak bertauliah. Tetapi Liez diterangkan cara penggunaan lampu biru ini selepas Liez diminta details tentang Najla. Korang boleh tanya soalan jika korang tak faham dan mereka sedia membantunya.

Sebenarnya walaupun Liez sewa lampu biru ni, tetapi rasa kesian dengan Najla sebab tahu dia tak selesa dengan kepanasan lampu biru tu. Kejap je letak dia dah bangun dan merengek. Memang kesian tetapi untuk turunkan demam kuning, Liez tabahkan hati untuk buat semua ini untuk Najla. Dah tak sanggup nak hadap nurse dan doktor dan yang sedih tengok anak menangis disebabkan ambik darah tu. Rezeki untuk Najla lagi sebab selepas 3 hari, Liez bagitahu syarikat untuk mengambil semula lampu biru tu tetapi disebabkan mereka sibuk, Najla dapat gunakan lagi 2 hari tanpa bayaran tambahan.

Akhirnya Najla bebas jaundice selepas 40 hari ye. Macam-macam cara dah buat sampai yang terakhir Liez cuba minum air sengkuang cina. Minum dalam masa 3 hari sebelum check up Najla dan syukur bacaan jaundice turun dari 160 ke 96. Allahuakbar!!! memang time tu perasaan gembira sangat sebab Najla dah tak perlu lalui prosuder ambik darah, dah tak perlu ulang alik ke klinik dan Liez boleh fokus pada proses berpantang.


Pada korang yang mencari servis yang ada membuat sewaan lampu fototerapi ini boleh cuba Home Phototherapy Services Sdn Bhd atau boleh dapatkan info di www.bluelite.com.

# Ini bukan review berbayar tetapi Liez sendiri gunakan khidmat syarikat ini dan berpuas hati dengan servis mereka.

Monday, June 14, 2021

Si Gala Mengambil BIG BAD WOLF BOOKS Dan Memperkenalkan Serigala Jahat

Monday, June 14, 2021 1
Si Gala Mengambil BIG BAD WOLF BOOKS Dan Memperkenalkan Serigala Jahat | Mulai hari Jumaat, 11 Jun 2021, laman web e-dagang BIG BAD WOLF Books [https://online.shopbigbadwolfbooks.com/] akan diambil alih oleh Si gala, seekor serigala bibliophile yang licik dan pandai memujuk. Tawaran potongan harga sebanyak 95% dari harga asal yang ditawarkan di Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT akan memaparkan beribu-ribu buku berbahasa Malaysia yang pasti akan menyeronokkan pencinta buku bagi semua peringkat umur di negara Malaysia.

Si Gala Mengambil BIG BAD WOLF BOOKS Dan Memperkenalkan Serigala Jahat

Bertujuan untuk memupuk niat membaca dan melahirkan perasaan riang ketika membaca sambil meluaskan pasaran di penduduk luar bandar, jualan Buku ini “diambil alih” untuk keseronokkan dan untuk memperkenalkan persona baharu. Dengan memberi tumpuan terhadap buku berbahasa Malaysia, Si gala telah berjaya menghimpun beberapa penerbit tempatan terkenal seperti PTS Media Group Sdn. Bhd., Penerbitan Pelangi, Penerbitan IMAN, dan Buku Fixi untuk menyertai Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT.

Si Gala Mengambil BIG BAD WOLF BOOKS Dan Memperkenalkan Serigala Jahat

Apa yang peminat buku boleh harapkan dari Si gala di Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT? Baiklah, Si gala mempunyai tawaran promosi berikut: tawaran eksklusif buku Bahasa Malaysia 2/3 terpilih yang bernilai dari RM1.00; dapatkan potongan diskaun tambahan sebanyak 10% [dibatasi pada RM20 untuk setiap transaksi] apabila membelanjakan minimum RM200 dalam satu transaksi; beli mana-mana dua (2) Buku Ajaib dengan harga RM15; dapatkan tiga (3) Buku Bergambar cerita dongeng klasik dengan harga RM20 atau beli mana-mana tiga (3) Buku Berbunyi FUNTIME dengan harga RM25 sahaja; penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia dengan pembelian bersih RM100; dan dapatkan potongan diskaun sebanyak 50% dari penghantaran untuk Malaysia Timur tanpa perbelanjaan minimum.

Jadi, jom lah sertai Si Gala dan bersiap sedia untuk meneroka dan berbelanja di Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT untuk buku-buku Bahasa Malaysia yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dari keselamatan dan keselesaan rumah anda sepanjang tempoh PKP penuh ini. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai BIG BAD WOLF Books, sila lawati:

Laman Web: https://bigbadwolfbooks.com/ 
Facebook: https://www.facebook.com/bbwbooks 
Instagram: https://www.instagram.com/bigbadwolfbooks/ 
Twitter: https://twitter.com/bigbadwolfbooks 
#BigBadWolfBooks | #SerigalaJahat | #SiGala

“PERKARA YANG PALING PENTING DALAM KEHIDUPAN BUKANLAH KEMENANGAN TETAPI PERJUANGAN”

Thursday, June 10, 2021

Pelembap Muka Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit

Thursday, June 10, 2021 1
Pelembap Muka Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit | Assalamualaikum korang. Lama Liez abaikan penjagaan kulit since mengandungkan Najla tahun lepas. Time tu memang tak ada la rasa nak bersiap ataupun jaga kulit sebab rasa loya bila sapu cream di muka. Selepas setahun, Liez mencari produk yang sesuai dengan kulit wajah Liez.

Sebelum ini Liez pernah menggunakan AC Aloe Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature dan Liez suka sangat dengan hasilnya. Dan kali ini Liez mencuba Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature yang bukan sahaja mencerah tetapi melembapkan kulit.

Pelembap Muka Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit

Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit

Bila sebut tentang krim pelembap, memang digalakkan kita untuk mengamalkan penggunaan krim pelembap secara konsisten khususnya pada kulit wajah bagi mengelakkan masalah-masalah kulit yang akan muncul di hari tua nanti.

Liez nak share dengan korang pengalaman Liez sendiri menggunakan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni tetapi Liez nak kongsikan kebaikan dan kandungan bahan yang terdapat di dalamnya.

Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature dihasilkan untuk kegunaan semua jenis kulit dari kulit berminyak, kulit sensitif, kulit kering dan kulit kombinasi. Bukan itu sahaja ia juga sesuai dijadikan krim meredakan kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari. Krim yang sesuai digunakan di waktu siang dan malam bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature dihasilkan dari bahan-bahan antaranya Camellia Japonica Seed Oil dan Niacinadime yang memberikan kebaikan yang tersendiri antaranya:

Pelembap Muka Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit

Camellia Japonica Seed Oil
1. Non-comedogenic- agar pori tidak tersumbat mengakibatkan jerawat, tekstur kulit kasar dan rona tidak sekata.
2. Mambaiki kulit dari kesan kemerahan akibat sinaran UV
3. Mengekalkan kelembapan hingga ke lapisan kulit bawah

Niacinamide
1. Mengandungi Vitamin B3 yang bagus untuk penuaan kulit
2. Memperbaiki dan memudarkan pori-pori serta warna kulit tidak sekata
3. Memperbaiki garis halus, kusam dan permukaan kulit yang bermasalah.
4. Berindak mengawal sebum & minyak berlebihan yang dihasilan pada kulit
5. Mengawal size pori-pori pada kulit

Bahan- bahan lain yang terkandung dalam Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Angelica Acutiloba Root Extract, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract and ect.



Pelembap Muka Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit

Kebaikan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Aqua Whitening Cream yang berasaskan "Water Drop Moisturizer" sangat yang sangat ringan dan tidak melekit. Fungsi lainya ialah:

1. Kesan penghidratan ajaib kerana setiap titisan air memberi kelembapan pada kulit & tidak melekit.

2. Menyegarkan kulit - Kulit akan terasa sejuk dan lembut. Bahan pelembap berubah menjadi bentuk titisan air dan memberi kesan kelembapan yang tinggi pada kulit sepanjang hari. Selain itu, ia mengawal penghasilan sebum atau lebihan minyak pada permukaan kulit.

3. Memutihan & Penghidratan - krim yang mempunyai fungsi pemutihan kulit dan juga menghidratkan kulit. Kandungan Niacinamide sebagai agen pemutih, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan dapat membersihkan serta menjadikan warna kulit lebih cerah, menenangkan kulit sensitif dan juga menengangkan kulit.

4. Diformulasikan dengan Ekstrak Herba - Krim istimewa yang diformulasikan dengan ekstrak herba untuk membantu menyerap hingga ke dasar kulit untuk membaiki kulit yang kemerahan dan terbakar akibat sinaran matahari.

Cara - Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream

Mudah sahaja.
1. Bersih kan muka terlebih dahulu dan keringkan.
2. Ambil sejumlah krim yang secukupnya dan sapukan pada wajah dan leher hingga rata. Beberapa saat kemudian, titisan air akan muncul.
3. Tepuk secara lembut dan biarkan ia menyerap sepenuhnya.
4. Boleh menggunakan solekan selepas itu.
Pelembap Muka Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit

Pengalaman Liez Menggunakan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Liez memang dah lama tidak menggunakan pelembap kerana jarang keluar rumah. Tetapi pendapat itu sangat salah ye. Walaupun hanya berada dirumah, krim pelembap harus dipakai tau. Jadinya selepas mencuba sendiri Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni, memang dapat rasakan yang kulit wajah terasa lembap walaupun Liez memiliki kulit kombinasi yang agak sukar untuk dapatkan produk yang sesuai.

Liez suka sangat dengan tekstur krimnya yang sangat ringan dan tidak berminyak. Terus jadi rajin nak sapu Aqua Whitening Cream selalu tau. Selepas disapukan pada kulit, ia senang menyesap dan tidak melekit. Nampak kesan glowing dan tona lebih cerah dan rata dari sebelumnya. Lagi best, kalau korang guna sekali dengan AC Aloe Clean Bubble Clenser yang berbuih-buih halus tu. Kesan nya lebih berganda ye. Liez recomended Aqua Whiteneing Cream Hansaegee Nature!!!

Pelembap Muka Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit

Korang boleh dapatkan produk Hansaegee Nature di laman web seperti dibawah dan juga maklumat-maklumat tambahan di social media yang dinyatakan dibawah.

Wednesday, June 9, 2021

NESCAFÉ® Menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam; Dua Variasi Baharu Diperkenalkan

Wednesday, June 09, 2021 2
NESCAFÉ® Menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam; Dua Variasi Baharu Diperkenalkan | Hai korang. Siapa yang suka minum kopi setiap hari? Liez antara penggemar kopi dan tak sah kalau sehari tak minum kopi. Nescafe adalah wajib diminum paling kurang 2 kali sehari ye. Memang tak boleh renggang dengan Nescafe tau. Bagi kaki kopi terutama sekali Nescafe, ada produk yang patut korang cuba semperna penjenamaan semua minuman kopi dalam tin mereka.

NESCAFÉ® Menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam; Dua Variasi Baharu Diperkenalkan

NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum telah menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya kepada Edisi NESCAFÉ® Kopitiam, dan bersempena dengan ini, dua variasi baharu juga telah diperkenalkan iaitu NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham. NESCAFÉ® Kopi Cham merupakan kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFÉ® Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih halus. Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman yang paling digemari di kopitiam tempatan. Diinspirasikan oleh hiasan dalaman kopitiam Malaysia, rekaan baharu tin dalam edisi ini mencerminkan simbol nostalgia yang bertumpukan kepada warisan.Klasik namun trendy, NESCAFÉ® berikhtiar untuk mengembalikan kenangan silam buat rakyat Malaysia agar warisan ini dapat terus dipelihara dan dibanggakan.

Di NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum, kami berusaha untuk memastikan keselesaan dan keterangkuman rakyat Malaysia apabila menikmati minuman kopi tempatan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat untuk perisa kopi tempatan dan populariti Kopitiam, kami memperkenalkan NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham, bersama-sama keseluruhan produk kopi tempatan yang telah dijenamakan semula dalam Edisi Kopitiam ini, kata April Wong, Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum,Nestlé (Malaysia) Berhad.

NESCAFÉ® Menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam; Dua Variasi Baharu Diperkenalkan

Dengan rasa yang telah sekian lama dikenali dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia, NESCAFÉ® menyasarkan untuk merealisasikan konsep tersebut dengan memperkenalkan gaya kontemporari untuk penggemar kopi tegar tanpa mengkompromikan keasliannya. Penjenamaan semula rangkaian kopi tempatan sedia ada di bawah Edisi NESCAFÉ® Kopitiam turut merangkumi NESCAFÉ® Tarik, NESCAFÉ® Tarik Kaw, NESCAFÉ® Kopi-O, NESCAFÉ® White Coffee dan NESCAFÉ® Ice. Edisi NESCAFÉ® Kopitiam kini boleh didapati diseluruh negara di kedai-kedai yang turut serta dan platform perniagaan online seperti Lazada dan Shopee. Nikmati Detik Kopitiam Anda, dimana sahaja dengan NESCAFÉ Kopitiam!

NESCAFÉ® Menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam; Dua Variasi Baharu Diperkenalkan

#NescafeKopitiam 
#NescafeKopitiamSeries
#NescafeKopitiamMoments
#MakeYourKopitiamMomentsWithNescafe