#LekLuMcDBelanja: McDonald’s Malaysia Hargai Pengorbanan dan Rai 65,000 Penghantar Makanan

#LekLuMcDBelanja : McDonald’s Malaysia Hargai Pengorbanan dan Rai 65,000 Penghantar Makanan | Sejak negara kita dilanda Pandemik virus COVID- 19 tahun lalu, frontliners antara yang tidak pernah berhenti atau berputus asa dalam merawat dan menjaga rakyat Malaysia. Usaha dan pengorbanan mereka memang tiada ucapan terima kasih yang dapat kita ucapkan. Frontliner kita bukan sahaja dari kalangan kakitangan kesihatan, polis dan tentera tetapi penghantar makanan adalah frontliner yang sama - sama bertungkus lumus memastikan penghantaran makanan yang dipesan selamat sampai kepada pemesannya.

#LekLuMcDBelanja: McDonald’s Malaysia Hargai Pengorbanan dan Rai 65,000 Penghantar Makanan

Kalau perasan sepanjang kita berhadapan dengan COVID-19, para penghantar makanan adalah orang penting dalam membuat penghantaran makanan kepada rakyat Malaysia. Menghantar makanan kepada mereka yang tidak dapat keluar rumah, yang terpaksa bekerja siang dan malam. Mereka juga adalah orang yang paling berisiko untuk mendapat jangkitan dari pembeli tetapi mereka tetap melaksanakan tugas dengan ikhlas dan semangat. Tiada rasa penat lelah atau rungutan dari mereka kerana mereka lakukan ini kerana rasa tanggungjawab. Tidak kira hujan panas, kilat atau ribut mereka tetap menjalankan tugasan mereka.

Kerana keikhlasan dan keberanian mereka itu, McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan seramai 65,000 orang dari seluruh negara dengan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

#LekLuMcDBelanja: McDonald’s Malaysia Hargai Pengorbanan dan Rai 65,000 Penghantar Makanan

Inisiatif dari McDonald's bersempena dengan kempen #LekLuMcDBelanja, setiap penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapat set hidangan PERCUMA Quarter Pounder dengan Keju antara jam 2 petang hingga 5 petang pada 12 Julai 2021, di restoran McDonald's seluruh negara.


“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa lepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.”

“Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”

“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan,.” berkata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Bagi penghantar makanan, mereka sangat gembira dan rasa dihargai bila perkerjaan dan usaha mereka diambil berat oleh pihak McDonald's Malaysia. Mereka sangat bersyukur kerana McDonald's hargai penghantar makanan Malaysia dan berkongsi rezeki dengan mereka.

Pelbagai golongan masyarakat yang menyertai pekerjaan menghantar makanan antaranya pelajar, penuntut universiti dan ada kaum hawa. Usaha mereka mencari rezeki untuk keluarga, membantu menambah pendapatan dan untuk tabungan. Mereka sangat gembira kerana dihargai oleh pihak McDonald's Malaysia.


#LekLuMcDBelanja: McDonald’s Malaysia Hargai Pengorbanan dan Rai 65,000 Penghantar Makanan

Penghantar Makanan McDelivery Puan Roslina Talhad
Ibu kepada lima anak, beliau perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga dan membantu suaminya yang tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa akibat pandemik.

“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.”

Penghantar Makanan McDelivery William Quah
William Quah merupakan penghantar makanan McDonald’s selama dua tahun Pandemik COVID-19.

#LekLuMcDBelanja: McDonald’s Malaysia Hargai Pengorbanan dan Rai 65,000 Penghantar Makanan

“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiapkali m enghantar makanan kepada mereka. Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.”

Ramai dikalangan pelajar-pelajar universiti yang menjadi penghantar makanan untuk mengumpul duit. Mereka gembira bila usaha mereka dihargai pihak McDonald's Malaysia.

Penghantar Makanan McDelivery Mohamad Azyhan Musa
Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.

#LekLuMcDBelanja: McDonald’s Malaysia Hargai Pengorbanan dan Rai 65,000 Penghantar Makanan

“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkal semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.”

Seronok tengok bila penghantar makanan kita gembira dengan usaha McDonald's Malaysia ni. Masing-masing tersenyum tu.

#LekLuMcDBelanja: McDonald’s Malaysia Hargai Pengorbanan dan Rai 65,000 Penghantar Makanan

#LekLuMcDBelanja: McDonald’s Malaysia Hargai Pengorbanan dan Rai 65,000 Penghantar Makanan

Semoga usaha #LekLuMcDBelanja pihak McDonald's Malaysia dapat menjadi contoh kepada syarikat-syarikat atau pengusaha-pengusaha makanan yang lain untuk menyokong dan menghargai pengorbanan para penghantar makanan untuk rakyat Malaysia. Mereka rasa gembira dan seronok bila ada yang menghargai pekerjaan mereka walaupun pekerjaan mereka agak mencabar. Mereka sentiasa ada untuk rakyat Malaysia bagi memastikan pesanan makanan yang dibuat diterima dengan cepat dan selamat.

#LekLuMcDBelanja: McDonald’s Malaysia Hargai Pengorbanan dan Rai 65,000 Penghantar Makanan

Untuk McDonald's Malaysia, terima kasih atas keprihatinan anda terhadap para penghantar makanan dan semoga usaha menghargai kerja keras penghantar makanan ini berterusan.


#LekLuMcDBelanja: McDonald’s Malaysia Hargai Pengorbanan dan Rai 65,000 Penghantar Makanan

Untuk penghantar makanan Malaysia, anda terbaik dan semoga pekerjaan yang kalian lakukan mendapat balasan baik. Rakyat Malaysia sentiasa menyokong kerjaya anda semua.



Post a Comment

2 Comments

  1. inisiatif yang sangat menghargai para foodpanda , diorang pun forntliner juga berkorban untuk hantar makanan yg customer tempah sampai ke depan pintu rumah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Tahniah Mekdi kerana menghargai jasa dan pengorbanan para rider. Sometime kesian tengok bawa motor waktu tengah hujan lebat, berpanas terik. Dengan adanya inisiatif McD ini mesti dorang rasa seronok sikit! TQ Mekdi!

    ReplyDelete