Resepi Viral Agar-Agar Susu Dutch Lady

Resepi Viral Agar-Agar Susu Dutch Lady | Assalamualaikum korang. Lama Liez tak bersiaran untuk berkongsi resepi-resepi yang menarik ni. Selalu je masak di rumah tetapi disebabkan anak-anak PdPR dan dengan sikecil Najla, jadi mood nak setting phone dan tripod tu tertangguh. Banyak je resepi-resepi baru yang Liez cuba tetapi masa tidak mengizinkan. 

Resepi Viral Agar-Agar Susu Dutch Lady

So hari ni Liez nak share resepi agar-agar paling senang dan confirm sedap sebabnya gunakan susu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia terutama sekali kanak-kanak.

Resepi Viral Agar-Agar Susu Dutch Lady


Bahan-Bahan:
2 kotak kecil susu Dutch Lady (sebarang perisa kegemaran)
1 sudu kecil serbuk agar-agar
2 sudu besar gula (optional - kalau nak manis)

Cara penyediaan:
1. Potong sedikit bahagian atas kotak susu Dutch Lady (bertujuan - optional untuk isi semula air susu untuk dibekukan)
2. tuangkan dua kotak susu Dutch Lady ke dalam periuk bersama dengan serbuk agar-agar tadi. Jika mahu manis, boleh tambahkan gula.
3. Kacau hingga mendidih dan sejukkan sebentar sebelum dituang semula ke dalam kotak.
4. Jika tidak, tuang ke dalam bekas
lain untuk dimasukkan ke dalam fridge nanti.
5. Biarkan ia mengeras dan sejuk dalam masa 3 ke 4 jam sebelum dihidangkan.

Note:
# kalau yang nak manis lagi boleh tambah gula. Liez tak tambah sebeb susu tu dah cukup manis.
# untuk jumlah yang banyak, just ikut ration 2:1


Post a Comment

3 Comments

  1. fuh nampak sedap
    boleh cuba lah nanti

    ReplyDelete
  2. nampak sedap. boleh cuba nnt. anak-anak mesti suka

    ReplyDelete
  3. dah pernah cuba pkp tahun lepas... sedap makan lak sejuk-sejuk memang best

    ReplyDelete