Thursday, December 30, 2021

COOLBLOG Melancarkan Kempen Pesta Buah-Buahan Bagi Meraikan Musim Cuti Penghujung Tahun

Thursday, December 30, 2021 1
COOLBLOG Melancarkan Kempen Pesta Buah-Buahan Bagi Meraikan Musim Cuti Penghujung Tahun | Sempena dengan musim cuti dan perayaan penghujung tahun ini, jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan terkemuka, Coolblog, mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi kemeriahan hujung tahun ini dengan menganjurkan Kempen Pesta Buah-Buahan. Kempen ini berlangsung dari 16 Disember 2021 hingga 10 Februari 2022, orang ramai boleh memilih dan menikmati aneka minuman berasaskan buah yang enak dan berkualiti daripada pemilihan perisa buah kempen tersebut – Fruitti Series.


Bagi mereka yang sudah mencuba pasti akan kembali dengan keinginan untuk merasai minuman yang lain kerana terdapat beberapa tema yang berbeza dan akan diperkenalkan setiap dua minggu di sepanjang tempoh kempen. Berdasarkan empat tema – Happy Honeydew, Magic Mango, Breezy Blue Coral dan Sassy Strawberry – para pelanggan boleh membuat pesanan dengan mudah dan memilih salah satu daripada tiga resepi terpilih, atau mencipta sendiri minuman buah mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing dengan pilihan 14 jenis perisa yang terdapat dalam menu.




Kesemua minuman tersebut ditetapkan pada harga berpatutan RM8 setiap satu bagi saiz 700ml. Para pelanggan juga berkesempatan menikmati tawaran istimewa percuma satu minuman siri Fruitti dengan pembelian Party Pack yang mengandungi tiga minuman daripada pilihan Happy Honey Dew dari 23 hingga 26 Disember 2021. Minuman untuk kempen kali ini serta produk yang ada di dalam menu boleh didapati di kesemua kedai Coolblog atau boleh membuat pesanan melalui aplikasi GrabFood dan FoodPanda.

Ketua Perhubungan Korporat dan Komunikasi Coolblog, Win Zaidi Zakaria, berkata, Musim cuti dan perayaan ini tentunya memberi kesempatan terbaik buat diri anda dan orang tersayang untuk sama-sama menikmati sesuatu yang enak, terutamanya sekarang semakin banyak sektor telah dibenarkan beroperasi semula berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. Di Coolblog, kami komited untuk menyajikan pencuci mulut dan minuman yang enak, berkualiti dan harga berpatutan. Singgahlah di kedai Coolblog untuk hilangkan dahaga dengan pilihan minuman perisa buah yang sedap dan menyegarkan melalui Siri Fruitti. Para pelanggan dapat menikmati pilihan kegemaran mereka bersempena dengan kempen Pesta Buah-Buahan dan mencuba sesuatu yang baharu kerana tema berbeza akan dilancarkan setiap dua minggu. Ini adalah cara terbaik untuk menarik pelanggan baharu ke Coolblog sama ada untuk mencuba menu sedia ada ataupun mencipta minuman mengikut cita rasa sendiri berdasarkan gandingan perisa yang disediakan.

Sejak kedai pertamanya dibuka pada 2008, Coolblog telah pun menawarkan kepada rakyat Malaysia pelbagai pilihan pencuci mulut dan minuman tempatan dan antarabangsa yang dihasilkan daripada bahan-bahan bermutu tinggi. Dengan aneka pilihan yang tertera pada menu, para pelanggan Coolblog pasti akan dapat menemui minuman kegemaran mereka dan pada masa sama tidak keberatan untuk mencuba sesuatu yang baharu.


Coolblog kini memiliki sebanyak 270 cawangan di seluruh negara. Angka itu dijangka bertambah dengan pembukaan beberapa lagi cawangan di kawasan kejiranan baharu menjelang akhir tahun. Untuk perkembangan terkini, sila layari platform media sosial Coolblog @CoolblogMalaysia di Facebook dan Instagram.

Mengenai Coolblog Desserts Sdn Bhd
Coolblog adalah antara jenama terbesar dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman halal berasaskan kios di Malaysia. Di mana sahaja kami beroperasi, minuman yang disajikan adalah lazat, berkualiti tinggi dan berpatutan. Setiap satu produk kami adalah diperbuat hanya daripada bahan-bahan bermutu tinggi agar minuman yang dihasilkan dapat mencapai kesempurnaan rasa. Dengan aneka perisa yang terdapat dalam menu kami, sesiapa pun pasti dapat mencari sesuatu yang istimewa dan memenuhi selera untuk mereka nikmati tidak kira di mana jua mereka berada dan waktunya.

Kami juga menyediakan peluang perniagaan yang mudah diurus dengan modal berpatutan buat para usahawan tempatan yang berminat untuk melabur dan mengendalikan francais Coolblog. Kami akan memberi sokongan menyeluruh dalam membantu mereka menjadi sebahagian daripada jenama perintis di Malaysia ini yang teguh didukung kepakaran dan pengalaman bertahun-tahun dalam industri.

Monday, December 27, 2021

Sumbang Pek Makanan Untuk Mangsa Banjir Melalui KOPETRO CATERING

Monday, December 27, 2021 0

SUMBANG PEK MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR MELALUI KOPETRO CATERING | KOPETRO Catering, salah sebuah anak syarikat kepada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), menyeru kepada keluarga Malaysia untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor melalui program infaq pek makanan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Tidak terhad kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementera, program infaq pek makanan ini juga mensasarkan sumbangan orang ramai turut disalurkan kepada anggota-anggota barisan hadapan seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Bomba yang masih lagi bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. 


Dengan tempahan minimum sebanyak 20 pek, orang ramai yang berminat untuk membuat infaq boleh memilih dua set menu makanan panas yang mengandungi nasi, lauk-pauk dan air mineral serendah RM7.90 satu pek dan penghantaran ke pusat pemindahan sementara yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor adalah percuma, ihsan daripada KOPETRO Catering. Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, berkata program infaq pek makanan ini bukan perkhidmatan baharu yang ditawarkan KOPETRO Catering. Sejak negara diselubungi pandemik Covid-19 tahun 2020 yang lalu, pihak KOPETRO Catering telahpun membuka peluang kepada masyarakat yang ingin memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui program infaq makanan. Selain memastikan kelangsungan perniagaan dapat diteruskan tatkala negara berada di bawah perintah kawalan pergerakkan, usaha murni seperti ini memberi peluang kepada masyarakat saling bantu-membantu dengan menggunakan saluran yang betul dan berkesan. 

Ahmad Shakir memberitahu bahawa pihaknya amat prihatin dengan bencana banjir yang melanda negara dan berharap inisiatif KOPETRO mengadakan program infaq pek makanan ini dapat membantu mangsa banjir dan barisan hadapan yang terlibat dengan memastikan makanan berkhasiat dapat disalurkan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa berada di pusat permindahan sementara. Menurut Mohd. Safwan Zulmani, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Makanan & Minuman KOPETRO, selain menawarkan pek makanan panas, KOPETRO Catering turut menyediakan pakej makanan dan minuman untuk majlis kenduri kahwin, majlis keramaian, majlis makan malam syarikat dan terbaharu pakej minuman untuk mesyuarat maya (virtual meeting), yang telah mendapat sambutan hangat sewaktu PKP rancak diperketatkan. Mohd. Safwan ditemui sewaktu penyampaian pek makanan di Kampung Bangi Tambahan, Selangor. Sebanyak 200 pek makanan telah diagihkan kepada SIARAN AKHBAR Untuk siaran segera mangsa-mangsa banjir di kampung tersebut hasil infaq dari 6 orang individu yang telah membuat tempahan awal. Mohd. Safwan memberitahu selain makanan panas, KOPETRO Catering turut menawarkan produk sejuk beku sedia untuk dimakan jenama LengQuas keluaran KOPETRO Food. Mula memasuki pasaran tempatan sejak tahun 2019, LengQuas menawarkan 21 hidangan lauk-pauk tradisional, antara yang menjadi pilihan popular adalah Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik dan Daging Masak Hitam, selain makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma dan Nasi Putih Daging Masak Hitam. Kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia. 

KOPETRO Food turut menawarkan produk makanan sedia untuk dimakan bukan beku, yang diproses dengan teknologi Sistem Dekontaminasi Termal (TDS), tanpa sebarang penggunaan bahan kimia atau bahan pengawet. Makanan yang melalui proses dekontaminasi kekal segar pada suhu bilik selama sekurang-kurangnya 1 tahun serta kualiti makanan, kesegaran dan rasa terpelihara 100 peratus. Boleh dinikmati terus tanpa sebarang pemanasan, produk ini amat sesuai untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara. Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program infaq pek makanan dan produk-produk LengQuas atau ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 017-9320036 atau layari laman web www.kopetrocatering.com.my untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan KOPETRO Catering atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk-produk jenama LengQuas : 

Facebook: www.facebook.com/kopetrocatering
                  www.facebook.com/lengquas.official

Instagram: www.instagram.com/kopetrocatering
                  www.instagram.com/lengquas.official

Friday, December 24, 2021

Vit’s Italian Mi Goreng Series Will Definitely light up Your Christmas Theme

Friday, December 24, 2021 0
Vit’s Italian Mi Goreng Series Will Definitely light up Your Christmas Theme | Vit's Noodles Lover! Let’s welcome December with a festive cheer because we’re definitely feeling the holiday spirit! Christmas is coming and there could be no greater method for partaking in this merry season than with some Christmassy food and pastries. Furthermore, nothing rings in the bubbly cheer like Christmas gifts and food, obviously!



Do you guys know that Vit Makanan (Kuala Lumpur) Sdn Bhd started out as a food trading company in 1975 and gradually ventured into the instant noodle industry. Since the expansion and with the best people in hand, our capabilities and resources have empowered us closer to becoming the world’s preferred noodle expert that signifies global standards in nutritional value, quality and services.

Christmas is a magical season and by buying Vit’s products, you can absolutely feel the Christmas soul! Vit’s Noodles will be happy to introduce to you guys about our new Italian series that definitely will level up your instant noodles craving.


Aglio Olio is a traditional Italian pasta dish from Naples, Italy. Usually cooked with just olive oil and garlic, Aglio Olio is fragrant and a classic pasta dish. You should attempt Vit's Italian Mi Goreng Aglio Olio flavor that is tasty, we bet.

If you prefer tomato-based pasta sauces, Vit’s also got it in Bolognese flavour! Made with fresh tomatoes, garlic and herbs, their new Vit’s Italian Mi Goreng Bolognese is going to be any kid’s or adults comfort food.

Therefore, we would like to take this opportunity to present you with our new product “Vits Italian Mi Goreng Carbonara” featuring exclusive products for you to taste and enjoy. Vits Italian Mi Goreng Carbonara is the latest menu of Vits Italian Mi Goreng series. Its Italian Mi Goreng Carbonara is a combination of Mi Goreng inspired by the classic Italian menu. Introducing the latest Vits Italian Carbonara from Vits made from cheese, chicken ham, butter, chili flakes and cream adding the aura of Italian cuisine. It tastes just as good as being in Italy. Vits Italian Carbonara Fried Noodles is free of preservatives and artificial colors.


The taste of classic cuisine that will satisfy you and the preparation of simple and original recipes. Perfect for those of you who care about time and the aroma of real Italian cuisine. You can make delicious Italian-style Mi Goreng in as few as four or five steps at home to satisfy your Italian food cravings.


You can be sure that these Italian-style quick noodles will become your new favorite meal due to their affordable prices.

Been craving for your favorite comfort food? You know where to buy? The promo is only Rm 5.95 available at Shopee and Lazada.

Now you can grab the first and only Malaysia’s Italian Series Instant Noodles from @vits_malaysia. Products are available online and Aeon stores at the moment.

#vitsnoodles #vitsitalianmigoreng #vitsmalaysia

Monday, December 13, 2021

Printing Baju Murah Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my

Monday, December 13, 2021 0
Printing Baju Murah Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my | Assalamualaikum semua, ada tak antara korang kat sini yang nak cari kilang printing baju murah? Kilang printing baju yang boleh buat macam-macam jenis printing baju dengan harga murah, berkualiti serta boleh buat penghantaran ke seluruh malaysia?

Sekarang ni memang dah jadi trend dan kewajipan untuk tempah baju syarikat, baju kelab, baju aktiviti sukan, baju konvoi, baju family day dan banyak lagi la. Kalau di universiti boleh kata hampir setiap bulan akan buat baju untuk aktiviti kat universiti dan kolej. Baru nampak satu keunikkan dan kelainan kat situ kan?




Oh! T-Shirt Perkhidmatan Printing All In-House Production

Oh! T-Shirt ni kalau korang nak tau, semua penghasilan adalah All in-house production. Maksudnya semua pengeluaran dikawal sepenuhnya oleh syarikat terus dari kilang sendiri dan bukannya sub atau hantar ke kilang lain ya. Jadi kualiti pastinya terjamin dan siap pada masa yang ditetapkan.

Untuk pengetahuan korang semua, Oh! T-Shirt ni berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang printing t-shirt & cenderahati korporat serta ada 3 kilang printing baju di Shah Alam, Selangor iaitu:

1. Kilang Printing Tshirt Silkscreen

Biasanya kalau korang nak print baju rewang, family day, baju kelas, baju persatuan, baju kelab atau sebagainya boleh gunakan perkhidmatan ini kerana boleh dicetak dengan kuantiti yang banyak dan harganya juga lebih murah berbanding dengan teknik printing yang lain.

2. Kilang Sublimation Jersi


Apakah Sublimation? Teknik printing sublimation adalah membolehkan korang print t-shirt dengan grafik yang tinggi hampir keseluruhan baju. Jersi sublimation yang selalu geng-geng motor pakai time konvoi tu la. Jersi sublimation ni tengah trending sekarang. Sebab boleh print full color & unlimited design. Baru nampak gempak dimata orang lain hehe. So, lepas ni kalau nak tempah jersi custom made, jersi sublimation tak payah pening2 cari kilang yang boleh buat A-Z. Dari design sampai lah ke jahitan.

Oh ya… Mereka juga ada tawarkan servis printing cenderahati korporat, medal dan trofi. Kalau korang ada buat pertandingan dan perlukan hadiah cenderahati seperti medal dan trofi boleh la gunakan perkhidmatan mereka ni. Nak buat barangan korporat untuk syarikat pun boleh macam lanyard, pen, beg, cawan dan macam-macam lagi la pun boleh.





Ha... Macam-macam kan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Oh! Tshirt ni. Semuanya ada dalam satu syarikat! Jadi mudah kerja korang nak cari macam-macam perkhidmatan printing dalam satu tempat.

3. Kilang Jahit atau Sulaman Berkomputer

Nak tempah pakaian secara pukal? Ha... Disini mereka ada tawarkan perkhidmatan tempahan menjahit Uniform, T-Shirt, Jubah, Blouse, Seluar, Tudung, Baju Melayu, Kurta dan pelbagai jenis pakaian secara ready made atau pun custom made dengan harga kilang. Mereka juga ada buat perkhidmatan sulaman berkomputer atau embroidery ya.



6 Sebab Kenapa korang kena print baju murah di Ohtshirt.com.my?

1. Harga Murah Terus dari kilang (Jimat duit korang)
2. Cepat siap & Berkualiti
3. All in-house production. Memiliki Kilang Jahit, Kilang Printing Silk Screen, Kilang Sublimation Jersi dan Kilang Sulaman Berkomputer. (kualiti, harga & masa dikawal sepenuhnya oleh syarikat).
4. Khidmat nasihat percuma berkenaan tempahan (Mesra Pelanggan).
5. Penghantaran ke Seluruh Malaysia
6. Dipercayai oleh syarikat-syarikat & Jabatan Kerajaan seperti Media Prima, KarangKraf , Ninja Van, UiTM, UNISEL, UMP, UIA, Sime Darby, Pos Malaysia, Maybank, Kastam, Imigresen, MBSA, MPS & banyak lagi.






Ohtshirt.com.my juga ada buka pendaftaran ejen untuk usahawan serta individu yang nak buat duit tambahan dengan bisnes printing tshirt. So, kalau korang berminat nak jadi ejen cepat-cepat daftar kat website mereka.

Tawaran ejen ni terhad tau… Siapa cepat dia dapat. Inilah masanya peluang untuk korang jana pendapatan tambahan. Tak salah kalau kita mencuba mana tahu rezeki korang ada kat situ. Buat Part-Time ejen printing ni mana tahu boleh cover korang punya bayaran bulanan bil utility, duit rumah dan duit kereta tanpa perlu usik duit gaji. Suri rumah pun boleh buat ya. Boleh tampung perbelanjaan isi rumah. Zaman sekarang ni kos hidup semakin meningkat. Baru-baru ni harga sayur-sayuran, ayam segar dan macam-macam lagi barangan naik harga. Kita kena cari alternatif lain untuk tingkatkan pendapatan kita.

Jika korang nak printing baju murah lepas ni, boleh lah terus hubungi mereka melalui laman-laman berikut.

Senarai website rakan niaga Oh! T-shirt:

1. www.ohtshirt.com.my
2. www.teamcetak.com
3. www.kilangbaju.com.my
4. www.kedaisublimation.com
5. www.kilangjahit.com
5. www.kedaiuniform.com
6. www.kilangbaju.com
7. www.pembekalcenderahati.com
8. www.pembekalcenderamata.com
9. www.kedaigift.com
10. www.teebuy.my

Atau korang boleh datang terus ke showroom mereka di alamat dibawah.

MAFEYA SDN BHD 
(Alamat Showroom)
32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.
TEL: 03-55236690 / 017-2290994 / 017-2290994
Email: ohtshirtselangor@gmail.com