McDonald’s Malaysia Melancarkan Lintasan Pejalan Kaki “Fries” Yang Ikonik di Ibu Kota Kuala Lumpur

McDonald’s Malaysia Melancarkan Lintasan Pejalan Kaki “Fries” Yang Ikonik di Ibu Kota Kuala Lumpur | Assalamualaikum korang. Lama dah tak bersiaran kan? Tapi kali ni Liez nak share berita terkini tentang McDonald’s. Ramai mesti tahu dan familiar dengan menu-menu McDonald’s kan? Liez paling suka fries nya yang sedap dimakan ketika masih panas. Fuhhh memang boleh repeat makan seharian ye. Dan.. ada satu cerita best tentang fries ni.


Baru-baru ini Liez menghadiri acara yang diadakan di McDonald’s Bukit Bintang bersempena pelancaran Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s. Ianya melakar sejarah untuk ibu kota Kuala Lumpur dengan menjadikan ilustrasi kentang gorengnya - “McDonald’s French Fries” - yang terkenal di seluruh dunia sebagai lintasan pejalan kaki sekaligus menjadikan ia sebagai lokasi ikonik baru untuk pengguna-pengguna media sosial bergambar. Usaha ini bertujuan untuk mencetus keterujaan rakyat Malaysia dan menjadi destinasi wajib dilawati buat pengunjung tempatan dan luar negara. Seperti Shibuya Crossing yang sangat popular di Jepun dan menjadi lokasi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara.


Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s terletak berhadapan cawangan McDonald’s Bukit Bintang yang merupakan restoran pertama McDonald’s di Malaysia yang dibuka 40 tahun lalu pada tahun 1982 dan sangat popular sehingga hari ini. Ohhh!! sebaya la kita ye hehehehe. Mak Liez siap cakap itu adalah port popular remaja-remaja dahulu untuk lepak dan dating.



Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan serta YBhg. Dato’ Azmir Jaafar Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, di McDonald’s Bukit Bintang.

“Kami berharap penukaran lintasan pejalan kaki Bukit Bintang kepada Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini akan membantu memperkukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai lokasi wajib dilawati oleh pelancong tempatan dan luar negara. Melalui inisiatif ini kami sangat berbesar hati dapat menyokong rancangan kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar raya yang makmur menjelang 2030,” kata YBhg. Dato’ Azmir Jaafar Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.



Ini adalah salah satu inisiatif dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menjadikan Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s salah satu dari aspek pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar yang akan menjadikan Kuala Lumpur lebih makmur menjelang 2030.

“Kami telah meningkat maju bersama-sama rakyat Malaysia sejak 40 tahun lalu dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Kuala Lumpur dan Malaysia secara keseluruhan. Di samping menghidangkan detik-detik kegembiraan, kami juga menganjurkan program komuniti dengan kerjasama Ronald McDonald House Charities (RMHC) sebagai salah satu cara untuk membantu komuniti-komuniti di mana kami berada,” tambah Azmir.



“Kami bersyukur dan amat berbesar hati dengan inisiatif McDonald’s Malaysia yang tampil dan bekerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bagi menambah nilai lintasan pejalan kaki Bukit Bintang dengan kreativiti dan menjadikannya simbol ikonik bandar raya – Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s,” kata YB Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.


McDonald’s terus komited dalam menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara seperti yang telah diumumkan dalam 5 tahun perancangan pengembangan perniagaan mereka awal bulan ini. Sebagai sebahagian daripada Wawasan 2026 mereka, McDonald’s Malaysia akan melabur sebanyak RM1.35 bilion sepanjang 5 tahun akan datang untuk membuka 205 restoran baharu termasuk memberi peluang kerjaya kepada lebih daripada 50,000 rakyat Malaysia menjelang tahun 2026.

Liez percaya usaha yang dibuat oleh McDonald’s dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan berhasil menarik ramai pengunjung ke Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ untuk bergambar dan menjadi salah satu tarikan bukan sahaja untuk rakyat Malaysia tetapi menjadi lokasi wajib bergambar pelancong luar negara.



Pada April 1982, McDonald’s membuka restoran pertamanya di Malaysia di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan sejak itu telah berkembang ke serata Malaysia. Dan selepas 40 tahun, McDonald’s kini mempunyai 13.5 juta pelanggan sebulan dengan lebih daripada 300 restorannya di Malaysia. McDonald’s memberi lebih daripada 15,000 rakyat Malaysia peluang pekerjaan di restoran-restorannya di seluruh negara dengan memberikan latihan serta pembangunan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang McDonald’s Malaysia, sila lawati laman web rasmi di https://www.mcdonalds.com.my/




Post a Comment

3 Comments

  1. Wahh, bagusnya mcd ni. besarnya mcd KL.

    ReplyDelete
  2. memang kreatif idea McDonald's Malaysia ini
    seronok sebab Hans dah berjaya bergambar dekat Lintasan Pejalan Kaki Fries McDonald's dah.
    hehehe!

    ReplyDelete
  3. memang kreatif idea McDonald's Malaysia ini
    seronok sebab Hans dah berjaya bergambar dekat Lintasan Pejalan Kaki Fries McDonald's dah.
    hehehe!

    ReplyDelete