Jom Minum Petang Dengan Makanan Kegemaran Bersama ShopeeFood!

Jom Minum Petang Dengan Makanan Kegemaran Bersama ShopeeFood! | Semua orang tahu bahawa rakyat Malaysia sangat sangat suka makan. Apabila terasa lapar, kita tidak perlu risau tentang dimana mahu mencari makan. Kita mempunyai banyak pilihan dan pelbagai jenis makanan yang boleh dicari secara meluas di Malaysia, tidak kira masa. Minum petang merupakan masa makan yang popular di kalangan rakyat untuk menikmati sedikit makanan kegemaran masing-masing.

Kini, membuat pesanan untuk sajian petang menjadi lebih mudah dengan adanya ShopeeFood. Mengidamkan cucur udang ketika sibuk di pejabat? Tiada masalah – buka sahaja aplikasi Shopee, pergi ke ikon ShopeeFood, cari gerai ataupun restoran berdekatan yang menjual apa sahaja yang diidamkan untuk minum petang. Dengan kemudahan yang ditawarkan, ShopeeFood menjadi pilihan yang makin popular di kalangan rakyat Malaysia untuk perkhidmatan penghantaran makanan. Ia juga cara yang bagus untuk mencari dan meneroka gerai atau restoran baharu yang pengguna tidak terfikir untuk mencuba sebelum ini kerana kesukaran untuk ke restoran itu sendiri.

ShopeeFood menghubungkan pengguna dengan pelbagai pilihan tempat makan, dari restoran hinggalah ke warung, di mana anda boleh memilih pelbagai jenis masakan, dan juga menikmati tawaran hebat setiap minggu, jualan kilat ataupun penghantaran percuma. ShopeeFood kini terdapat di enam lokasi: Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh, dan Kota Kinabalu. Anda boleh membuat pesanan untuk kebanyakan makanan harian anda, daripada sarapan ke lewat malam, dan tidak dilupakan juga, untuk sajian petang!

Ada juga pilihan untuk menggunakan ShopeePay untuk bayaran tanpa tunai terus dari aplikasi Shopee, yang membuatkan keseluruhan proses pembayaran lancar, mudah, dan semestinya senang sekali. Apa yang tinggal hanyalah untuk menunggu makanan anda sampai dengan teruja sambil membayangkan rasanya yang enak.

Apa Untuk Minum Petang, Malaysia?

Tiada idea untuk sajian petang? Tiada cara yang lebih baik untuk mengetahui apa yang sedap daripada mereka yang telah mencubanya – dan kemudian memesannya berkali-kali. Pengguna ShopeeFood daripada kesemua enam lokasi mempunyai beberapa pilihan kesukaan sendiri untuk waktu minum petang.

Pisang Goreng merupakan di tangga teratas di Johor Bahru, Ipoh, dan Kota Kinabalu – setiap gigitan pisang goreng dengan luaran yang begitu rangup memenuhi citarasa dan idaman. Manakala Penangitespula lebih suka menikmati minuman manis Teh Boba yang menjadi pilihan nombor satu untuk pesanan waktu minum petang, dan tepat apa yang diperlukan untuk menyegarkan diri di hari petang. Di Lembah Klang, Nasi Goreng dan Pisang Goreng merupakan pilihan utama untuk keinginan waktu minum petang.8

Pisang Goreng Crispy Bandar Dato’ Onn, Johor

Makanan kegemaran pengguna ShopeeFood lain yang termasuk dalam senarai sajian petang? Antaranya termasuklah kuih tempatan seperti apam balik yang rangup dan gebu, berintikan jagung manis, kacang tanah panggang dan ditaburi gula, dan keropok lekor yang kadangkala rangup, kadangkala kenyal dihidangkan dengan sos cili manis, dan terdapat juga hidangan barat yang harus dicuba seperti pastri, kek, dan wafel, diselangi dengan minuman-minuman yang menarik seperti frappe dan smoothie yang membuatkan waktu minum petang terasa sempurna. Tidak dilupakan aiskrim sundae buat yang sukakan rasa manis.

Nurich Café and Catering Petaling Jaya, Selangor

Yang menariknya, pengguna ShopeeFood kerap memesan makanan yang lazimnya, bukan untuk minum petang. Popular di Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Ipoh ialah Assam Laksa dan juga Nasi Lemak Ayam Goreng.

Mungkin ada pengguna yang tidak makan tengah hari dan memilih untuk makan malam sedikit awal? Di Lembah Klang, Pau merupakan hidangan pilihan untuk mereka yang menginginkan makanan yang memenuhi perut dan perasaan lapar, manakala di Kota Kinabalu, Roti Canai dan Roti Telur merupakan pilihan makanan yang agak aneh tetapi popular untuk minum petang. Pengguna dari kesemua enam lokasi mempunyai makanan kegemaran yang sama – burger yang dihidangkan dengan kentang goreng dari restoran makanan segera. Lagipun, bila teringinkan sesuatu, apa yang kita ingin lakukan ialah memesan dan mendapatkannya secepat mungkin supaya dapat menikmati setiap suapan.

Burger kegemaran dari McDonalds

“ShopeeFood membolehkan kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan peniaga dengan memberikan nilai yang berbaloi, pilihan, dan kemudahan melalui ekosistem yang berintegrasi dengan satu sama lain di aplikasi Shopee. Dengan ShopeeFood, rakyat Malaysia boleh memesan makanan kegemaran mereka dan mencari kedai baharu dengan melayari pilihan-pilihan yang kami sediakan dari keselesaan rumah mereka sendiri” kata Encik Cheok Tuan Ee, Ketua Pemasaran ShopeePay dan ShopeeFood.

“Kami berasa sangat rendah diri melihat lebih banyak pengguna dan perniagaan mendapat manfaat dengan menggunakan ShopeeFood dan akan terus berkembang untuk memenuhi kehendak kedua-dua belah pihak. Baik sajian petang mahupun makanan kegemaran, semestinya ada sesuatu untuk semua orang dengan ShopeeFood.”

Nantikan / Countdown ke Promosi 10.10

Bulan Oktober membawakan nilai yang besar unutk pengguna ShopeeFood. Dapatkan tawaran eksklusif daripada pelbagai restoran dan pesan semua makanan kegemaran anda pada 10.10 dengan tawaran hebat:

· Penghantaran Percuma dengan pembelian mimimum RM0
· Diskaun 50% dengan peniaga terpilih
· Shocking Sale dengan RM10 bermula 4 sehingga 10 Oktober

Sementara menunggu 4 Oktober, terdapat satu lagi promosi yang boleh dinikmati menggunakan ShopeePay di aplikasi. Untuk satu hari sahaja pada 1 Oktober 2022, nikmati penjimatan yang hebat dengan dompet ShopeePay untuk:

· E-Baucar sehingga 55%
· 100% Pulangan Prabayar / Prepaid Cashback
· 50% Baucar Perjalanan
· Aktifkan SpayLater + Menangi Hadiah bernilai sehingga RM15, 000

Ayuh Dengar daripada Pengguna ShopeeFood!

Syahirah Amran, Petaling Jaya

“Saya kerap menggunakan aplikasi ShopeeFood, tak kira masa. Kegemaran saya untuk minum petang ialah All Berry Bang dari Boost Juice, Bagel dari Coffee Bean (oh sedapnya!) dan Sushi dari Empire Sushi. Saya rasa ia sangat senang dan tak lupa juga, penghantaran yang pantas!”

Noor Syafinaz Nazor Ilahi, Kuala Lumpur

“ShopeeFood menawarkan baucar diskaun yang banyak. Saya suka memesan Cold Brew Coffee dari Starbucks untuk minum petang saya.”

Nur Hazirah Izzati Bt Izlin, Kuala Lumpur

“ShopeeFood menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma, dan saya dapat menggunakan baucar diskaun serta Shopee Coins. Terdapat banyak peniaga untuk dipilih, tak kira waktu. Salah satu hidangan minum petang kegemaran saya ialah kek-kek yang lazat dari Secret Recipe. Ia membuatkan hari saya ceria.”

Mengenai ShopeeFood
ShopeeFood menghubungkan pengguna Shopee dengan peniaga makanan yang bervariasi, daripada restoran popular sehinggalah ke gerai tempatan, dengan nilai yang berbaloi. Dilancarkan pada 2021, ShopeeFood menawarkan pengguna sebuah pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar, di samping membantu peniaga mendigitalkan dan meluaskan jangkauan perniagaan mereka.

Diintegrasikan ke dalam ekosistem Shopee yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay, ShopeeFood menyediakan pengguna dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta memberi ganjaran.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Selain Shopee, perniagaan teras Sea yang lain adalah termasuk cabang hiburan digitalnya, Garena, dan cabang perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menambah baik kehidupan pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi.



Post a Comment

2 Comments

  1. Mudah dan tak perlu nak pening-pening dengan adanya ShopeeFood ni kan.

    ReplyDelete
  2. betul..senang ada shopeefood ni..akak & husband antara pengguna yang menggunakan shopeefood ni mencari minum petang sebab banyak pilihan kedai berbanding platform lain..hehe..#malasnakkeluar..

    ReplyDelete