Ramadhan Dan Syawal 2023 Yang Berbeza Buat Keluarga Liez

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua pembaca blog www.mrsliez.com. Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap dalam penulisan Liez ye. Tapi sebenarnya bersalah rasa sebab tak update tentang kehidupan Liez sejak dua menjak ini.

Ramadhan dan Syawal kali ini berbeza buat kami semua. Diduga pelbagai cabaran dalam keluarga Liez dan keluarga encik suami. Ayah Liez dimasukkan ke hospital sebanyak tiga kali dalam masa 2 bulan dan perginya ayah mertua Liez pada 8 Februari 2023. Sesuatu yang mengejutkan kami bila baba pergi meninggalkan kami semua. Sedih sangat dan Liez tak mampu nak post di socmed untuk bagitahu tentang itu. Even sehingga ke hari raya pun Liez masih rasa semua ini hanyalah mimpi.
Pemergian baba mertua Liez yang memberi kesan kepada encik suami, mama dan adik beradik yang lain. Hujung tahun lepas arwah baba tiba-tiba kehilangan berat badan yang mendadak. Liez ada minta mama untuk bawa baba ke hospital untuk pemeriksaan even tahu arwah baba memang seorang yang menjaga kesihatan. Kerap buat pemeriksaan kesihatan, berjalan 15,000 langkah sehari, jaga makan dan mengejutkan arwah tiada sebarang penyakit pun. Tiada kencing manis, darah tinggi atau lain-lain. Selepas bermacam test, MRI dan scan dibuat keluarlah pelbagai komplikasi yang tak disangka. Tetapi naluri hati Liez merasakan ia disebabkan sakit dalam perut kerana arwah baba mertua Liez ada mengambil minuman untuk memudahkan dia membuang air besar selama bertahun-tahun. Itu yang Liez rasa.

Selepas 3 bulan, akhirnya baba pergi meninggalkan kami. Walaupun sukar nak terima tetapi kami bersyukur sebab baba pergi tanpa menanggung sakit yang teruk atau bedridden. Perginya sangat mudah dan tenang.
Liez dan encik suami tak rasa terkilan sebab sempat bawa anak-anak balik ke Ipoh sebanyak 2 kali pada bulan Disember untuk jumpa atok diaorang. Sempat bawa arwah keluar makan, sebab arwah dah tak mahu keluar berjalan sebab dia akan rasa sangat letih dan akan tidur sepanjang hari.
Cucu pertama kesayangan arwah. 

Masa ni arwah masih mampu dukung Najla tapi sekejap je

Lunch bersama
Arwah baba sempat requested nak makan nasi lemak yang mama masak 40 tahun dahulu dan alhamdulillah baba dapat rasa walaupun 2,3 sudu sahaja. Memang mengejutkan sebab baba dah berpuluh tahun tak makan nasi.
Liez ada bawa ayah dan mak melawat kubur baba sebelum bulan ramadhan. Nak bawa masa hari kebumi tu, ayah tak sihat.
Jadi Ramadhan dan Syawal tahun ini tidak ceria dan meriah seperti dulu. Tiada lagi kelibat, suara dan gurau senda arwah baba pada kami dan cucu-cucu arwah. Mama pula nampak tenang diluar tetapi Liez tahu dia sangat sedih dan merindui Baba. Betul mama cakap, mama redha dengan pemergian baba tetapi bila pasangan yang ada sepanjang 40 lebih tahun dah tiada,ia memberikan kesan yang mendalam.

Liez dan encik suami rancang untuk balik awal untuk berpuasa dan berhari raya dengan mama. Kalau kira nak balik lebih awal tetapi anak-anak masih bersekolah. Itupun Liez pontengkan anak-anak, sehari sebelum cuti sekolah bermula. Actually nak elak tersangkut dalam jem kami balik ke Ipoh pada 20 April selepas terawih. Syukur perjalanan lancar dan kami selamat sampai.

Sepanjang di Ipoh, macam-macam kami buat dan buat kerja yang arwah baba buat dengan mama. Keluar beli barang untuk masak rendang dan macam-macam lagi. Seronok dapat bersama dengan mama, Mama gembira anak, menantu dan cucu-cucu balik awal.

OKlah, habis cerita arwah baba. Liez nak share pulak pasal raya tahun ini. Kali ini warna baju untuk perempuan adalah pink dan geng encik suami warna kelabu. Biasalah the boys taknak pakai warna pink. Takpe lah, next year jika ada rezeki kita sedondon lagi semua.
Tahun ini Mama tak buat open house seperti selalu. Kebiasaan, Mama akan buat pada hari raya kedua dan kehadiran saudara memang meriah. Tapi Mama ada bersuara sebelum ini dah tak nak buat open house sebabnya tak larat nak memasak dan penat lepas open house tu. Makin berumur memang begitu lah. Raya kali ini, suasana jadi lain, sunyi rasanya. Lepas solat hari raya, bermaafan dan makan bersama, pergi ziarah rumah mak saudara, kami terus balik rumah. Kunci pintu, tutup langsir dan bergolek anak-beranak depan TV. Jadi malas nak terima tetamu.

Begitulah raya tahun ini pengalaman raya tanpa Baba. Walau bagaimana pun, kami redha dan terima perginya Baba. Doa dan ingatan akan sentiasa ada untuk Baba.. AL-FATIHAH

Post a Comment

2 Comments

  1. Bila hilang orang tua ni.. rasa lain rumah.. kosong.. sekarang Sha pun bila balik kampung.. cuba create juga makan2.. macam arwah mak & ayah buat dulu.. kalau tak.. sunyi rumah pusaka..

    ReplyDelete
  2. betul..bila hilang orang yg kita sayang rasa incomplete sesangat.

    ReplyDelete