Sambut Birthday Najla ke 3 Secara Sederhana je | Najla dah 3 tahun 27 Mei, sabtu lepas. Seperti biasa takde sambutan meriah, cukup dengan adanya kek dan dimakan dengan ahli keluarga yang ada. Kami sekeluarga dengan mak ayah Liez je.
![]() |
Cukup ujian dilalui ketika mengandung, masa bersalin alhamdulillah tiada masalah cuma merasa bersalin time Covid-19 tu pengalaman yang akan dikenang dalam lipatan hidup Liez. Dan bermula pantang, jaundice Najla agak tinggi hingga berat badan turun dan sekali lagi ditahan di hospital. Lepas discharge pun, jaundice masih tinggi dan memaksa Liez menyewa lampu fototerapi di rumah
Alhamdulillah lepas habis pantang, Najla sihat seperti kanak-kanak lain walaupun size dia kecik. Makan banyak tapi badan halus. Kalau demam 2,3 hari, berat badan mesti turun. Lepas tu selera dia mesti berkurangan. Sampai sekarang berat dia memang susah nak naik.
Dan buat kali pertama dan Najla anak yang pertama di tahan di hospital. Ini disebabkan Pneumonia yang memang Liez memang harap agar anak-anak Liez tidak melaluinya. 3 malam di hospital, dapat discharge terus balik ke rumah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemudian selepas 3 malam di hospital, Najla discharged boleh balik ke rumah. Esoknya, encik suami Positif Covid-19 buat kali kedua. Selang 2 hari, ayah Liez pun positif Covid-19. Memang sebulan itu kami sekeluarga melalui dugaan yang bertimpa-timpa. Tak mengeluh tetapi terima dengan redha dan yakin perancangan Allah SWT pasti ada hikmahnya.
HAPPY BIRTHDAY SAYANG MAMA, SEMOGA NAJLA MEMBESAR DENGAN SIHAT DAN JADI KHALIFAH ALLAH YANG TAAT DENGAN PERINTAH ALLAH SWT.
3 Comments
Allah...penat kita baca lepas sorang-sorang kena Covid ni dulu...memang ngerikan masa tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga Najla membesar dengan sihat, membesar menjadi anak yang solehah
Happy birthday Najla. Moga membesar sihat dan bijak. Baca ujian yang Liez dan keluarga hadap tapi kita yang rasa penat
ReplyDeletehappy birthday Lala, semoga terus sihat dan menjadi anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat
ReplyDelete