Tempat Santai Dengan View Sunset di Batu Maung Penang

Tempat Santai Dengan View Sunset di Batu Maung Penang | Tiap kali outstation, AI akan pilih tempat makan sepanjang beberapa hari di luar. Bab makan memang Liez serahkan pada AI untuk pilih sepanjang kami outstation. Minggu lepas, tempat pertama kami pergi ketika menjejakkan kamii di Penang adalah SENJA BY THE SEA. 


Katanya tempat untuk tengok sunset yang cantik dan ada tempat makan menarik di situ. Liez on je sebab bab makan memang AI pilih even menu pun Liez serahkan dekat dia. Bukan apa, sebab kalau AI pilih, paling sikit 3 makanan akan ada atas meja. So Biarkan di decided.

SENJA BY THE SEA - Cafe Tepi Pantai Dengan Pemandangan Matahari Terbenam Indah

Bergerak dari Batu Caves sekitar jam 2 petang dan bila check Waze, kami akan sampai ke lokasi sekitar jam 6.55 petang. Waktu tu matahari dah mula nak terbenam kan, so Liez sedaya upaya drive sepantas boleh untuk sampai cepat.


Syukur alhamdulillah kami sampai jam 7.05 minit, hampir masuk waktu Maghrib. Tapi hari tu tak berapa nampak sangat matahari terbenam disebabkan awan besar berarak melindungi matahari dan langit. Still, pemandangan sangat cantik.


Kebetulan, ada nampak beberapa penduduk kampung sedang menjala di tepi pantai. Memang cantik dan meriah kawasan pantai tu. Ada couple yang tunggu momen matahari terbenam untuk bergambar. 

Lagi Restoran Dengan Pemandangan SunSet > Restoran Thong Nae Thae Penang


Kami, tunggu dalam kereta tunggu azan maghrib berkumandang oleh masjid yang berada 50 meter dari kawasan itu. Tapi sempat juga snap beberapa gambar. 15 minit berlalu, baru kami keluar dan bergambar di situ. Yang cantiknya, pemandangan di situ boleh nampak kapal terbang berlepas dari lapangan terbang Bayan Lepas. 


Dah puas bergambar, kami ke cafe berhampiran untuk makan malam. Tetapi sayang, makanan banyak yang dah habis. So kami order 3 makanan sahaja.

Makanan di SENJA BY THE SEA


Kami order Nasi Lemak Ayam Crispy, Meatball, Chicken chop dan air Teh O Ais. Untuk rasa biasa je, boleh makan buat lapik perut. Kalau Janna Nick kata, BIASA JE NYAHHHH!!!
Dekat situ ada juga gerai jual Waffle atau dessert tapi kami tak beli pun.


Yang nak tengok momen matahari terbenam atau sunset boleh datang sini. Memang cantik.


Post a Comment

4 Comments