Tuesday, August 23, 2016

NIYAZ DAH TUMBUH GIGI

Tuesday, August 23, 2016 0
Betul la orang kata lain anak lain ragamnya..Sekarang both Qaseh dan Niyaz demam..Niyaz sebab gigi nak tumbuh.. Qaseh dulu takde pun demam.. Tahu-tahu gigi dah kluar.. Tapi Niyaz, dah start demam hari sabtu.. Ahad dah merengek, tidur tak lena.. Malam tadi, sejam sekali dia bangun sebab sakit gusi kot.. Menangis yang teruk. Siap meronta-ronta lagi..huhuhu
Sampai ke pagi macam tu. Liez sampai sakit kepala, sebab br nak lelap dah terkejut Niyaz menangis.. Huhuhu memang tangkap kepala betul. Alhamdulillah gigi Niyaz dah ada 2 batang..Hari nie cuti lagi..Hopefully anak-anak ok hari nie so boleh masuk ofis esok..

Bila dah tumbuh gigi nie dia pun mula la nak gigit time breastfeeding.. Wawaaaa mama dah prepare apa yang patut sekarang
Prepare nak jerit je la hihihi


Tuesday, August 16, 2016

HOTEL TERBESAR DIDUNIA

Tuesday, August 16, 2016 0
Hotel terbesar di dunia kan dibuka di Mekah tahun depan.
Bangunan yang dikenali sebagai Abraj Kudia, mempunyai 10,000 bilik dan merangkumi 1.4 juta meter persegi. Selain bilik-bilik hotel, ia akan mengandungi 70 restoran, pusat membeli-belah yang besar dan bilik tarian mewah. Pembinaan hotel itu dijangka berjumlah sekitar £ 2.7 billion. Pembinaan hotel ini dibiayai oleh Kementerian Arab Saudi dan telah direka oleh Kumpulan Dar Al-Handasah, seorang perunding rekabentuk projek antarabangsa.

Pembinaan utama akan terletak dua kilometer dari masjid yang terbesar di dunia, Masjid Al-Haram, yang menarik kira-kira lima juta umat Islam setiap tahun setiap kali musim ibadat Haji dan Umrah. Ia akan dibuka kepada orang ramai, tetapi lima tingkat akan dikhaskan untuk keluarga Diraja Saudi sebagai penginapan percutian. Pembeli-bangunan Mekah tahun lepas mendorong Pengarah Yayasan Penyelidikan Warisan Islam yang berpangkalan di UK untuk menggambarkan bandar ini sebagai "Mekah-Hattan".


Sumber berita : The Independent
 
Hmmm... Makin pesat membangun Mekah sekarang.

JEREBU KEMBALI DI KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

Tuesday, August 16, 2016 0
SHAH ALAM - Jerebu yang kerap melanda negara pada pertengahan tahun dilaporkan kembali berulang tengah hari ini. Jarak penglihatan di sekitar ibu negara dan Shah Alam juga kelihatan agak kabur dan berasap.

Laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara jam 1 petang ini pada paras sederhana iaitu kurang daripada 100 di beberapa kawasan. Antaranya Cheras mencatatkan IPU 56, Petaling Jaya 72, Pelabuhan Klang 66, Shah Alam 71.

Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301-400 sebagai berbahaya.

SUMBER : SINAR HARIAN
Bersedialah kita untuk menghadapi cuaca yang tidak sihat ini untuk kesekian berapa kali tak tau la..

NIYAZ 1ST SOLID FOOD....

Tuesday, August 16, 2016 0
Alhamdulillah baby boy mama dah 6 bulan... Sepatutnya last week dah bagi Niyaz makan tapi last week sibuk.. So last sunday baru bg makan ... At first muka dia pelik la tapi lepas tue tak sabar-sabar.. Siap mengamuk klau lambat suap puree..
So untuk 4 hari pertama kita makan buah apple dulu ye... hari jumaat mama buat puree lain k... Qaseh bila kita suat puree apple nie boleh dia luah balik.. katanya tak sedap..
 
Susu lemak manis mama pun Qaseh dah tak lalu nak minum.. hahahaha
 
Sempat lagi menjeling pada kamera tauuuuu
 

Friday, August 12, 2016

DEARIESCOUPLE.BLOGSPOT BERWAJAH BARU .... SAYA SUKA SAYA SUKA !!!

Friday, August 12, 2016 1
Tadaaaaaa.....
Semangat tau upah Expertise  buat balik blog nie.. Blog kita suam-suam kuku je.. ehh suam ke..Sejuk-sejuk ais je.. Follower pun cibuk..Tapi ada hati nak buat blog bagi cun jugak...
 
So kita mintak bantuan adik Ayubarbydol buat transformation untuk blog Liez nie..Just nak yang simple and clean..siap buat watermark lagi... wakkakaka memang Liez semangat sekarang hihihi..
 
So dah berbayar kena la rajin update blog kan... tapi macam mana la nak bagi orang follow dan dating jengah blog yang sejuk-sejuk cute ni???
Liez puas hati dengan design baru nie... So Ayu,... Good job..saya suka !!
Kalau ada yang nak buat blog jadi cun melecun macam Liez punya, sila la contact dak Ayubarbydol nie ye...
 
 


KETAGIHAN DURIAN YANG MELAMPAU....

Friday, August 12, 2016 0
Apakah??...
Ok actually Liez allergic dengan bau durian rasanya lebih dari 5 tahun..
Dulu memang hantu durian.. tapi since makan durian tak hingat dunia masa follow jiran pindah ke Perak. Kena demam panas dan lepas tu bau durian pun tak boleh. Boleh sakit kepala dan muntah.
Penangan makan durian tak sedor diri kekdahnya..hihihi
 
Tetapi..............................
tanpa sebab dan musabab yang jelas lagi nyata, sekarang Liez beriya-riya nak makan durian..
Masa pergi taiping bulan 5 hari tue dah sibuk nak durian.. Siap sepanjang jalan dari KL ke taiping tue, mata duk melilau tengok pokok durian klau ada yang berbuah.. Omak den pun naik pelik.. Serius Liez pun terkejut..
 
Dari bulan lepas memang sibuk ikut parents dan adik g makan durian..
The best part, Qaseh mula-mula tak nak makan durian sebab dia rasa pelik kot,,Dengan bau tue.. Tapi last week, we all balik Gapi.. Parents pergi Tanjung Malim dengan yg 3rd bro dan wifenya untuk pergi mengurut. Berhenti la makan durian dan bawak balik.. RM4 SEKILO !!! giler murahkan..
Memang rezeki la diaorang beli RM50 dapat 15 biji. Waaaa !!!!!!
 
Kitaorang balik hari tue memang makan puas-puas la.. Yang bestnya, terus Qaseh makan durian.Pergghhh siap mintak dan mintak lagi..hihihi.....Yang peliknya Liez la.. Bila pulak boleh nak makan durian ni??? Hmmmm ajaib betul..Bila durian Tanjung Malim dah habis..boleh pergi cari dekat Jalan Ulu Yam yang orang asli ada jual tu...Fuh memang Liez dah ketagih...

Semalam colleague pulak bawak pulut durian musang king pulakkkkk...
Walaweiiiii mengancam betul.. Hahhaha kesian makcik den yang sensitip bau durian..Kami berdua pun makan la kat pantry..tapi bau dia memang kuat la..
Hihihihi klau Liez suka makan durian semata-mata dari makan dengan pulut ke, durian crepe ke..Lebih nikmat katakawwwww...

 
 
 


Tuesday, August 9, 2016

SIAPA YANG SUKA SIDAI BAJU MALAM2 ... JOM BACA NIE

Tuesday, August 09, 2016 0

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.
(Drp Ustaz Syahidan KUIS) 



1) Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kbiasaannya di pintu².
2) Lazimi membaca & memasang ayat suci al-quran di rumah.
3) Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.
4) Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin.
5) Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam² elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.
6) Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.
7) Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.
8) Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).
9) Bagi rumah yg pintu²nya berhadapan dgn pintu² lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu² yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus
10) Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.
11) Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.
12) Elakkan duduk di pintu.
13) Selalu² baca surah Al~Baqarah.
14) Selalu alih²kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda² mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.

SO berhati-hati la kita semua...

NIYAZ DAH 6 BULAN....

Tuesday, August 09, 2016 0
Syukur Alhamdulillah....
Anak mama dah 6 bulan pun.. And mama berjaya fully breastfeed Niyaz..
So target mama untuk 2nd stage, fully breastfeed sampai umur setahun.
Dulu time kakak, sampai umur 10 bulan je dapat fully breastfeeding.
Sebab mama memang bukan jenis yang banyak susu.. Masa 8 bulan tu pun dah kais pagi makan pagi punya stok susu.. pump hari nie untuk esok..
 
Masa kakak dulu, mama start pump buat stok lagi seminggu nak masuk kerja.
Bayangkan struggle nya nak buat stok.. tapi Alhamdulillah Berjaya lepas 6 bulan pertama.. that time pun ilmu penyusuan tak banyak..
 
Untuk Niyaz, mama nak cuba buat yang terbaik walaupun kadang-kadang mama memang letih sangat sampai malam boleh tidur awal sekali ngan kakak dan Niyaz. Serius rasa badan takde energy bila waktu malam. Tapi mama gagahkan bangun jugak untuk kemas bag baju kakak dan Niyaz. Klau larat pump buat stok. Time Niyaz mama start pump mama umur sebulan. Dah berlajar dari kesilapan lepas. Tapi this time, Niyaz minum banyak coz baby boy kannnnnn....paling kurang 23oz..sekarang pun kadang-kadang mama bagi stok susu 6 botol, bila balik check bag ada balance lg 2 botol yang masih tinggal dekat nursery.. On Off Niyaz minum banyak.. Ada sekali 6 botol habis sebelum pukul 5 petang. Bila jemput Niyaz dekat nursery, dia merengek dan terkam mama.. masuk kereta terus bagi dia susu.. Dahaga sungguh dia...:))
Weekend nie baru mama bagi Niyaz makan solid food ye.. Tak sabar ni

BUDAK GEBU MAMA..

MY CUTE LION