Friday, July 13, 2018

RESEPI RENDANG UDANG GALAH MUDAH PILIHAN CHEF WAN

Friday, July 13, 2018 7
RESEPI RENDANG UDANG GALAH MUDAH CHEF WAN | resepi Chef Wan lagi hmmm~ guysss.. memang uolls akan tertarik nak cuba semua resepi dalam buku Chef Wan tu. Liez baru tahun ni cuba resepinya walaupun buku tu dah beli tahun lepas. Sekali rasa resepi Chef Wan memang terus jatuh hati dan nak cuba lagi resepi yang lain.  Bermula tahun ni Liez cuba Ayam Kuzi, peerghhhh tertarik sangat..

Tapi resepi kali ini Liez rasa teruk sangat. TERUK SEDAP weiiii...Yang terkejutnya ini kali pertama Liez cuba resepi Chef Wan yang bahannya sikit dan sekejap untuk dimasak. Kalau uolls tahu, resepi Chef Wan mana ada yang biasa-biasa. Bahan-bahan dia macam terlalu banyak tapiiiiiiiiii yakinlah bahawasanya memang sedap.
RESEPI RENDANG UDANG GALAH MUDAH PILIHAN CHEF WAN
Hari ini Liez cuba pula Rendang Udang galah pulak. Macam biasa Liez beli udang galah viral RM1 tu. Kali ni beli 15 ekor. Niat nak masak untuk makayah kejap lagi sampai. Hari tu beli dan buat sweet sour diaorang tak dapat rasa. Makanya hari ini kita masak lagi.
RESEPI RENDANG UDANG GALAH MUDAH PILIHAN CHEF WAN
Bahan-Bahan:
1kg udang galah
8 ulas bawang merah (hiris nipis)
3 inci halia (hiris nipis)
2 sudu besar cili kisar (tambah jika nak pedas)
3 batang serai (hiris nipis)
2 kotak santan
Garam dan gula
Daun kunyit (hiris)
500ml air
Garam dan gula

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan semua bahan tadi kecuali gula dan garam.
2. Kacau dan biarkan hingga kuah menjadi pekat.
3. Masukkan garam dan gula ikut selera. Tutup api dan hidangkan.

Nota:
1. Kepedasan ikut selera masing-masing.

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, July 10, 2018

RESEPI AYAM KUZI CITARASA CHEF WAN TERBAIK!!

Tuesday, July 10, 2018 3
RESEPI AYAM KUZI CITARASA CHEF WAN TERBAIK!! | Serius ini memang sedap. Liez pernah cuba makan ayam kuzi tapi tak sesedap ayam kuzi yang dibuat  oleh Chef Wan. Memang Liez tak pernah tak suka akan resepi-resepi chef antarabangsa kita ni. Memang sedap guyssss!!!
RESEPI AYAM KUZI CITARASA CHEF WAN TERBAIK!!
Tapi kalau uolls perasan yang resepi Chef Wan memang memerlukan penyediaan bahan yang banyak tetapi yang penting uolls tak akan menyesal mencuba. Ok hari ni Liez nak share resepi yang pertama kali Liez cuba untuk hari raya pertama iaitu Ayam Kuzi. Family Liez puji sedap even family in law pun kata sedap. Kembang kucup la hidung Liez bila kata sedap. Hahahha~ padahal resepi orang pun.. jom Liez sertakan bahan-bahan dan cara penyediaan k!

Bahan -bahan
Seekor ayam (potong 16)
4 sb minyak sapi
2 batang serai (diketuk)
3 helai daun pandan (disimpulkan)
2 labu bawang besar (hiris nipis)
5 sb cili kisar
sb serbuk ketumbar
sb serbuk jintan manis
sb serbuk jintan putih
250g kismis
sb puri tomato
250ml susu

250ml air mawar
1 sk saffron (option)
150ml plain yogurt
Rempah ratus (kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga)
Air secukupnya
Garam dan gula

Bahan kisar A
20 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
i inci halia

Bahan Kisar B
8 biji cili hijau(buang biji)
55g daun ketumbar
55g daun pudina

Hiasan
bawang goreng
daun limau purut (racik halus)

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar A, rempah ratus, serai dan dan daun pandan hingga keperangan.
2. Masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan putih, kismis dan bahan kisar B hingga naik bau.
3. Masukkan puri tomato dan ayam. Biarkan ayam masak dalam 15 minit.
4. kemudian masukkan air,air mawar, saffron dan susu. Biarkan mendidih dan pekat.
5. khir sekali taburkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan yogurt dan kacau 5 minit dan tutup api.
6. Hidangkan dan tabur bawang goreng serta daun limau purut yang diracik halus

Selamat mencuba uolls!!

Jom cuba resepi sihat >>> Resepi Mission Wrap Onion and Chive Dengan Salutan Ayam Rangup

Sunday, July 8, 2018

CORETAN SUKA DUKA AIDILFITRI 2018

Sunday, July 08, 2018 2
CORETAN SUKA DUKA AIDILFITRI 2018 | Assalamulaikum dan selamat hari Sabtu.. Sedar tak sedar dah masuk 23 Syawal hari tapi sebabnya masih lagi dalam bulan Syawal Liez nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf silap dan salah jika ada terkasar bahasa dan perbuatan.
CORETAN SUKA DUKA AIDILFITRI 2018
Syawal tahun ini turn #teamrayakl dan #teamrayabirutua hihihi~ Alhamdulillah rezeki Ramadhan dan Syawal buat anak-anak. Macam tahun-tahun sebelumnya, Liez akan ambil tempahan biskut raya. Actually bisnes biskut raya ni adalah bisnes Liez dan emak tapi dah dua tahun Liez buat bersendirian. Sebabnya tangan mak Liez sakit dan memang tak mampu nak buat. So Liez takeover dan alhamdulillah tempahan ada dari pelanggan tetap dan dari sahabat-sahabat serta family members. Walaupun dugaan kali ini datangnya dari anak teruna Liez tu tapi Liez berjaya habiskan semua tempahan 3 hari sebelum hari raya. Kalau tidak, malam raya pun kami tak tido tau!!



Raya kali ini baju raya untuk En. Dearie ditempah di BAK Gombak dan Liez serta Qaseh ditempah dengan wife cousin Liez. Dah dua tahun Liez tempah baju raya dengan dia dan Liez sangat -sangat berpuas hati. Walaupun ukuran baju diambil dari ukuran badan tahun lepas tau. Kira superb lah. Nanti Liez share IG dan FB dia untuk korang yang nak tempah baju ye.. Baju Niyaz pulak memang Liez beli je di JAKEL. Kali ni Liez belikan baju melayu kurta YusufIskandar. Suka sangat Liez dengan rekaan dan yang penting material dia sangat senjuk. Kira sesuai la dengan anak-anak kita yang senang berpeluh dan lasak. Baju-baju basahan untuk hari-hari raya pula Liez sempat beli di SOGO dan AEON Wangsa Maju. Kira senang bila belai baju anak-anak sebab dah list down dalam kepala baju apa nak dibeli.
CORETAN SUKA DUKA AIDILFITRI 2018
Ok, habis pasal persiapan baju raya. Untuk juadah hari raya En Dearie requested nak makan Ayam Kuzi...ehhhh~ ini resepi Liez tengok dari Buku masakan Chef Wan tau! Memang sedap walaupun bahan-bahan yang digunakan agak banyak tapi hasilnya SUPERB!! Liez dah cuba banyak resepi Chef Wan dan Liez berani jamin yang semua resepi masakan  Chef Wan terbaik...

Nak cuba resepi Ayam Kuzi tak? >>> Resepi Ayam Kuzi Chef Wan terbaik !!

Raya di KL macam biasa lah, kami akan lepak seharian di rumah Tok Liez. Waktu macam ni memang Liez suka sangat sebab ramai ahli keluarga lain akan berkumpul, maaf bermaafan, gelak tawa dan lagi penting makannnnnn hihihi.. Liez auka momen yang macam ni walaupun sebenarnya Liez adalah sejenis tak suka bergaul (suka bersendirian) tapi kalau dengan family memang Liez suka sangat. Petang hari raya Liez sekeluarga  bergerak balik ke Ipoh (family En. Dearie). Memang setiap kali raya Aidilfitri kami akan balik Ipoh. Cuma kalau turn raya Ipoh kami akan pulang awal sebelum hari raya.

Dalam kegembiraan beraya kali ini, ALLAH SWT uji kami. Tok Abah Liez semakin uzur dan tidak bermaya. Tidak mahu makan dan minum hingga kami semua sepakat untuk membawanya ke Hospital Tentera Tunku Mizan Wangsa Maju untuk mendapatkan rawatan lanjut. Waktu tu Liez sekeluarga dah berada di Ipoh dan berita Liez dapat tahu dari mak Liez. Sayu tengok gambar Tok Abah yang dipos dalam group WA family. Nak story banyak pun Liez tak tahh nak bagitahu macam mana. Alhamdulillah Tom Abah dah dibenarkan balik. Mak, aunties dan uncles Liez bergilir menjaga Tok Abah Liez sekarang.

Liez mintak sahabat-sahabat yang membaca blog Liez agar mendoakan agar Tok Abah Liez sihat dan kuat kembali.Liez hargai doa-doa.yang kalian berikan dan semoga ALLAH SWT membalas kebaikan semua.

Thursday, July 5, 2018

RESEPI MISSION WRAP ONION AND CHIVE DENGAN AYAM SALUTAN RANGGUP

Thursday, July 05, 2018 5

RESEPI MISSION WRAP ONION AND CHIVE DENGAN AYAM SALUTAN RANGGUP | Bosan dah makan nasi dan mee. Lagi satu pening fikir nak makan apa untuk dinner. Tak nak makan yang berat dan kalau boleh yang simple je. Kalau korang dah jemu nak makan nasi lemak pagi-pagi, boleh la prepare wrap ni. Mengenyangkan dan sihat.

Then teringat pula, bulan puasa lepas masa berbuka di rumah adik Liez di Pandan Indah adik ipar Liez buatkan chicken wrap. Sedap pulak tu, so Liez pun ke Cold Storage Wangsa Walk dan cari Wrap dari Mission. Liez pernah cuba banyak jenis wrap tapi kali ni Liez beli Mission wrap Onion and Chive. Meh Liez share resepinya.

Bahan-bahan untuk ayam ranggup
Isi ayam
Nestum original
Tepung ubi
Telur
Minyak untuk menggoreng
RESEPI MISSION WRAP ONION AND CHIVE DENGAN AYAM SALUTAN RANGGUP
Cara penyediaan ayam ranggup
1. Panaskan minyak.
2. Celup isi ayam dalam telur, kemudian tepung ubi. Celup semuladalam telur dan akhir sekali dengan nestum.
3. Goreng dalam minyak yang masak atau guna air fryer.
4. Dah kekuningan boleh diangkat.

Sayuran
Salad/Lettuce
Tomato
Timun

Sos
Mayonis
Sos Cili/Tomato
Mustard
Thousand Island
RESEPI MISSION WRAP ONION AND CHIVE DENGAN AYAM SALUTAN RANGGUP
Cara menyediaan wrap:
1. Letakkan sekeping Mission wrap Onion and Chive.
2. Susunkan sayuran dan tuang sos pilihan korang.
3. Susunkan isi ayam tadi dan gulung. Boleh hidangkan

Nota:
1. Boleh juga panaskan Mission wrap terlebih dahulu.
2. Boleh taburkan cheese dan panas dalam kuali hingga cair.
3. Sos pula ikut selera masing-masing. Boleh letak sambal jugak tau.
4. Sayuran pun ikut suka korang. Nak letak capsicum ke, rocket salad ke.

Selamat mencuba!!

Sunday, July 1, 2018

RESEPI UDANG GALAH SWEET SOUR

Sunday, July 01, 2018 5

RESEPI UDANG GALAH SWEET SOUR | hai korang. Lama Liez tak bersiaran kan? Bulan Jun memang Liez stop blogging sekejap sebab fokus untuk bulan ramadhan. Lepas Ramadhan sibuk pulak persediaan nak raya pula. So memang Liez tak sempat nak on laptop. Hanya dapat usha blog dari HP je. So since dah settled semua, Liez nak mula semula blogging ni. Yang bestnya, dalam dok fikir nak mula aktif tapi otak macam dah tepu nak menaip apa.
RESEPI UDANG GALAH SWEET SOUR
So Liez nak mulakan entri bulan Julai dengan resepi dulu. Best pasal resepi ni adalah sebab udang galah ni Liez beli dengan harga RM1 seekor!! YES~ seekor RM1 je.. Kalau nak yang besar sikit RM3 seekor. Murah kan? Liez mulanya terkejut tapi bila Liez singgah ke gerai tu, memang betul.. Tapi Liez beli 10 ekor sebab tak berani nak beli banyak. Balik rumah terus cuci dan masak buat En. Dearie berbuka puasa. Kira celebrate habis puasa 6.

Bahan-Bahan
10 ekor Udang Galah
1 batang serai* diketuk
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos cili
3 susu besar sos tomato
2 susu besar sos tiram
Sebiji bawang besar * hiris kasar
Air
Garam
Daun bawang* cincang halus untuk hiasan

Bahan dikisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci Halia


RESEPI UDANG GALAH SWEET SOUR
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar dan serai hingga garing. 
2. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili.
3. Tuang sedikit air dan masukkan udang galah. Biarkan hingga masak dan boleh masukkan bawang besar. Tutup api dan tabur daun bawang untuk lebih aroma. Hidangkan.
RESEPI UDANG GALAH SWEET SOUR
Nota:
1. Resepi ini juga boleh digunakan untuk ikan.
2. Kepedasan boleh ikut selera masing-masing. Nak pedas boleh tambahkan lagi cili kisar.

Selamat mencuba!!