Resepi Kek Sanquick Gebu Guna Sukatan Cawan

Resepi Kek Sanquick Gebu Guna Sukatan Cawan | kenapa Liez kerap baking? Actually Liez buat bisnes kek kecil-kecil dari rumah. Satu lagi memang Liez minat sangat kalau baking ni berbanding masak-masak. Minat baking ni mungkin dapat dari mak Liez sendiri kerana mak Liez adalah seorang pengusaha kuih raya dah berpuluh tahun. Dan kebetulan paksu Liez seorang baker. So minat tu berkembang bila seronok tengok hasil biskut, kek atau roti menjadi.

Kena pulak En Dearie, anak-anak dan family memang suka makan jadi makin semangat bagi keluarga makan hasil air tangan Liez. Sekarang pula anak-anak dah pandai request nak kek la nak cookies la. Seronok tau. Hari ini Liez nak share resepi kek Sunquick gebu pilihan Liez. Liez tak pasti mana Liez dapat resepi ni tapi memang terbaik dan yang penting cepat dan sedap.



Bahan-Bahan;
250g butter/majerin
1 cawan gula castor

2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
5 sudu besar pati sunquick
5 biji telur size B
Kulit limau disagat (optional)

Bahan bertanda * perlu diayak terlebih dahulu

Cara penyediaan:
1. Panaskan oven terlebih dahulu 160c selama 10 minit
2. Pukul butter dan gula hingga kembang atau betukar warna pucat
3. Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan pukul hingga sebati.
4. Kemudian masukkan bahan kering tadi dan kacau hingga sebati.
5. Masukkan pati sunquick dan kulit limau disagat
6. Masukkan bancuhan dalam loyang 8 inci yang dilapik dengan kertas baking
7. Bakar selama 45 minit atau berhantung pada oven masing-masing. Cucuk bahagian tengah kek untuk tahu kek sudah masak.

Nota:
1. Asas kek ini boleh ditukar jadi kek lemon, kek orange dengan menukar pati sunquick kepada pati lemon atau orange.

Post a Comment

5 Comments

  1. Sedapnya. Terima kasih share resepi nanti raya haji miza nak buatlah

    ReplyDelete
  2. Macam sedap je ni kak liez, bahan dan cara pun tak renyah mana

    ReplyDelete
  3. dana suka tengok resepi akak sebab simple je caranya, teringat mak suka buat kek sunquick ni pastu boh dia punya parutan kulit sedap bau...

    ReplyDelete