Friday, August 30, 2019

Easy Steps for Personalized Hampers Delivery to Singapore | Little Flower Hut

Friday, August 30, 2019 3
Easy Steps for Personalized Hampers Delivery to Singapore | Little Flower Hut
Do you want to give unique and personalized gift hampers delivery to Singapore? No matter what the occasion is, a Flower Delivery of personalized hampers will always be a great choice. The Little Flower Hut Florist provides wide selections of hamper gifts in different assortments of goods and foods, including fruits, wines, and flowers. For personalized hampers Singapore, follow these easy steps:
Easy Steps for Personalized Hampers Delivery to Singapore | Little Flower Hut
1. Decide on your budget
he first step to creating your own personalized hampers delivery to Singapore is to decide on your budget. The budget that you set for the gift will influence the items to pick and select for a hamper delivery on the special occasion. Based on your particular budget, you will be able to pick the best assortments for the celebrant. The florist will be there to help you all throughout the process.

2. Decide on specific theme

Based on occasion or event, there are varieties of hampers available at the flower shop. You can choose baby shower hampers for baby showers and Christmas hampers for the yuletide season. If you are personalizing one for the occasion, deciding on the theme will make the task easier.

3. Decide on the hamper
The online florist has different kinds of hampers at the shop. You can choose to use wooden hampers or plastic hampers depending on what items you want to send. For food and fruit items, you should choose wooden hampers with fabric wicker. If you are sending hampers of bath product or body and beauty products, plastic hampers are just great. This basket-like container can be small or big, giving you choices for your special gifts.

Easy Steps for Personalized Hampers Delivery to Singapore | Little Flower Hut
4. Decide on the gifts
Now that you have decided on the budget, theme, type and size of hamper, your next step for personalizing the hamper is to decide on the gift items. You can send food items, chocolates hamper, candies, cookies, and cakes. You can also choose sets of gourmets or sets of personal products or items. Depending on the items you want to give, you can easily make a personalized hamper for the celebrant. 
5. Decide on delivery
To personalize the gift, you may also choose to personally deliver the hamper on the day of celebration or have it delivered by the florist in a unique way. 
The Flower Delivery of any hampers to anywhere in Singapore can be more affordable and memorable if you will choose to personalize one specifically for your loved one or family.

[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta

Friday, August 30, 2019 16
[Port Makan] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta | Liez adalah seorang yang suka makan semua jenis makanan tak kira makanan lokal atau makanan barat. Nak cari makanan barat yang sedap dan harga berpatutan memang susah sebab kalau makan di restoran mewah memang tak mampu. Tapi Liez dah jumpa satu port makan yang sangat selesa dan yang lebih penting menyajikan makanan itali yang sedap dengan harga berpatutan. 

Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta 
Port makan yang Liez maksudkan ialah Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang nama diberi. Konsep hidangan makanan adalah makanan Itali. Ada beberapa menu yang Liez dah cuba dan menjadi favourite Liez. 
[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Sedikit tentang Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang

Dimulakan pada 1 April 2019 oleh pengasas Encik Mohd Effandy. Ia bertemakan masakan Italian yang menjadi passion kepada pengasasnya. Sudah beroperasi kurang dari 6 bulan dan Naughty Italian sudah mempunyai ramai ‘regular customer’ dari kalangan penduduk tempatan dan antarabangsa. Bukan sahaja mementingkan makanan dari segi rasa tetapi mereka juga mementingkan ‘presentation’. 

Sesuai dgn slogan mereka iaitu “Eat with your eyes, taste with your tongue”. Perkataan ‘wow’ adalah perkara biasa bila pelanggan mula mendapat makanan yg mereka pesan. Naughty Italian bukan kedai masakan Italy yang biasa. Penggunaan bahan adalah dari yang bermutu dijamin berkualiti dan dibuat sendiri. Ini supaya pelanggan merasai pengalaman seperti makan di hotel dan restoran besar. Walau dengan kualiti bahan yang baik, harga masih kami letakkan lebih rendah dari yang sepatutnya. Kami nak beri peluang kepada ramai orang untuk merasai makanan Italy yang dimasak secara professional. 

Di Mainroad Jalan Ampang, tiada masalah untuk Naughty Italian menyediakan makanan untuk jumlah pelanggan yang besar, samada untuk sambutan hari jadi dan sebagainya. Korang kena buat tempahan lebih awal untuk mengelakkan kelewatan.


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta

Arrabiata Meatball @ RM 19.50
Pasta jenis Fettuccine di masak dengan sos tomato pedas dan dihidangkan dengan homemade bebola daging yang lembut. Liez suka dengan bebola dagingnya sebab dagingnya lebih lembut.


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Fungi Almond - Basil Pesto @ RM 19.50
Ini yang menjadi igauan Liez. Serius SEDAP babe!! Fettuccine yang di saute dengan 3 jenis cendawan dan menggunakan krim pesto badam - basil yang lazat. Ditabur pula dengan hirisan badam yang ranggup, Marvelous guyss!! 


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Mac & Blue Cheese @ RM 16.50
Bagi peminat cheese memang boleh cuba ni. Macaroni yang diadun dengan cheese~ bukan sebarang cheese tapi Blue cheese. Ada kelainan dari segi rasa dan tekstur. Liez suka juga tetapi tidak seperti yang Liez duga, akan ada lelehan cheese yang boleh ditarik. Itu je yang kurang, tetapi rasa sedap ye~


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Italian Nachos @ RM 14.50
Yeayyyy~ sebagai side dishes memang korang kena cuba Italian Nachos ni. Kepingan Nachos jagung yang dilitupi dengan taburan daging cincang yang di masak dengan Pamodora sauce dan salsa tomato. krup krap krup krap ranggupnya. Kena pula dengan lelehan sos keju yang mewah...


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Sicilian Aglio Olio @ RM 16.50
Liez lebih suka makan pasta yang tidak berkuah jadi Sicilian Aglio Olio boleh masuk dalam list kegemaran Liez. Spaghetti yang dimasak dengan minyak bawang putih dan cili, cendawan liar, daun pasrley segar serta Pangrilala. Tidak lupa, hirisan cili kering ranggup untuk menambah rasa pedas Aglio Olio. Juga menggunakan udang harimau, Mussels dari New Zealand yang segar.


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Shroom & Beef Lasagne @ RM 19.50
Korang boleh cuba ni~ lasagne yang dilapisan dengan daging yang dimasak dengan cendawan dan diselang seli dengan sos bechamel dan tidak lupa taburan cheese yang banyak. melting ye!! 


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Virgin Lamb Brasato @ RM 24.50
Buat peminat daging kambing, korang kena cuba ye. Sos enak dengan taburan daun parsley segar, ditambah daging kambing dan dimasak selama 5 jam untuk memberikan tekstur yang empuk dan lembut. diakhiri dengan taburan cheese Grana Padano.

[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Naughty's Carbonara @ RM 19.50
Pasta Fettuccine dimasak dengan krim bawang putih, 3 jenis cendawan dan ditabur dengan kepingan bacon. Diatasnya diletakkan poached egg yang mengiurkan~ superb!!


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Wild Mushroom Bruschetta @ RM 14.50
Pembuka selera yang paling win!! Liez suka sos cendawannya yang dibuat sendiri, bukan dari tin ye~ Perggghhh memang terangkat sebab cukup rasa. memang boleh berebut ni kalau makan ramai-ramai.

Info mengenai Mainroad Jalan Ampang
Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 3.00 pagi
Special promo: 15% diskaun setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 5.00pm hingga 7.00pm

Liez kali pertama jejak kaki ke Mainroad Jalan Ampang memang agak suprise sebab ia adalah satu foodcourt yang sangat unik dan yang penting sangat selesa. Tak seperti foodcourt atau tapak makan lain yang agak kecil, gelap dan tidak selesa. Ruangnya yuang luas, terang dan selesa. Kalau yang datang dengan family yang ada anak-anak kecil pun korang akan rasa selamat. 
[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Untuk halwa telinga, geng buskers akan menghiburkan pengunjung dari hari Rabu hingga Ahad. Buat kaki bola, ada skrin besar untuk korang layan game bola. Havoc habis, sambil tengok bola boleh nikmati makanan sedap di Mainroad Jalan Ampang. Jangan risau, parking disediakan, surau dan tandas juga tersedia. 


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Serius korang kena datang dan cuba sendiri makanan Italian Naughty Italian dari anak tempatan yang bercitarasa tinggi. Tak perlu ke restoran mahal untuk nikmati makanan Italia yang sedap. 
[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta

Apa kata Liez?

Facebook

Wednesday, August 28, 2019

Yakin 100% Halal Produk Farmaseutikal Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”)

Wednesday, August 28, 2019 23
Yakin 100% Halal Produk Farmaseutikal Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”) | Mesti ramai diantara kita yang mengambil suplimen untuk memberikan tenaga atau membantu menjaga tubuh badan tetapi tahukah korang, bukan semua produk suplimen atau produk farmaseutikal di pasaran yang halal dan selamat dimakan? Bagi umat islam, halal adalah fardhu kifayah yang wajib dititik beratkan dalam kehidupan terutama sekali soal pemakanan. Adalah wajib untuk kita memilih yang halal, tetapi juga mengetahui ianya terjamin kebersihan dan keberkesanan sesuatu produk.
Yakin 100% Halal Produk Farmaseutikal Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”)
Kalau ada yang masih ingat bila kita dikejutkan dengan pendedahan yang dikeluarkan oleh makmal  Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2009 dimana hampir 30 peratus dari 100 produk kesihatan dipasaran yang menggunakan gelatin dari lembu untuk membuat kapsul ubatan atau suplimen. Dan bermulalah dari situlah, orang ramai terutamanya orang islam mula berhati- membeli dalam memilih dan membeli produk farmaseutikal di pasaran.
Yakin 100% Halal Produk Farmaseutikal Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”)
Sebenarnya ada syarikat yang peka dengan isu sensitif ini dimana Duopharma Biotech Berhad menjadi peneraju dalam pengeluaran produk-produk farmaseutikal yang pertama di Malaysia mendapatkan pensijilan Halal Malaysia dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 1999. Mereka mengeluarkan beberapa jenis makanan tambahan kesihatan di bawah jenama terkenal seperti CHAMPS, Flavettes, Proviton dan Naturalle. Tidak ketinggalan juga beberapa produk lain seperti Uphamol 650 dan juga Eyeglo. Mereka sangat teliti bukan sahaja mementingkan sesuatu produk itu halal tetapi juga dari segi pemilihan produk, teknologi, bahan mentah, pembungkusan sehingga ia sampai ke tangan pengguna.

Liez dan suami memang berikan vitamin tambahan untuk anak-anak sebagai makanan tambahan mereka. Jadi kami agak memilih dalam bab pemakanan dan pengambilan ubatan atau suplemen. Walaupun anak-anak masih kecil tetapi kami tetap ingin memastikan sumber makanan dan ubat-ubatan atau suplemen yang diberikan adalah halal dan selamat untuk dimakan. Jadi kami memberikan vitamin dari CHAMPS yang lengkap sumber vitamin untuk tubuh badan mereka. Anak-anak pun suka dengan rasa orennya. Lebih mudah diambil kerana perlu masukkan 1 vitamin CHAMPS dalam segelas air dan biarkan ia larut. Suka betul anak-anak.
Yakin 100% Halal Produk Farmaseutikal Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”)
Liez juga tidak ketinggalan pengambilan vitamin Flavettes setiap hari. Rasa bertenaga untuk melakukan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis tu.. fuhhh~ mencabar sangat dengan kerenah anak-anak yang makin banyak ragam dan makin aktif. Bekejar sana sini nak pastikan semua sempurna.
Yakin 100% Halal Produk Farmaseutikal Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”)
Untuk suami, Liez berikan PROVITON Multivits CoQ10 plus untuk memberikan tenaga maksima dalam melalui pekerjaan seharian di pejabat dan di tapak pembinaan. Perlu untuknya mengamalkan pengambilan vitamin untuk mengekalkan kecerdasan dan menambah tenaga. Jadi kami yakin dengan pengambilan suplemen-suplemen ini kerana ianya halal dan selamat dimakan. Hilang kerisauan dan tiada rasa was-was lagi.
Yakin 100% Halal Produk Farmaseutikal Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”)
Sebenarnya bukan sahaja orang islam mementingkan yang halal tetapi non-muslim juga dah makin peka dan tahu akan kepentingan status halal sesuatu produk. Bukan sebab halal sahaja tetapi pentingnya tahap kebersihan dan keberkesanan sesuatu ubatan atau supleman yang hendak diambil. Dan kita kena bijak untuk mencari segala maklumat tentang produk kerana ada disediakan platform untuk mencari yang halal terutama sekali produk farmaseutikal ini. Semua dihujung jari je, cuma kita hendak atau tidak je kan? hihihi

Duopharma Biotech Berhad akan terus memastikan semua produk farmaseutikal yang dikeluarkan oleh syarikat mereka melalui proses pembuatan yang ketat, berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan memenuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia. Dan sebagai organisasi yang diiktiraf seluruh dunia, Duopharma Biotech memastikan bahawa produknya akan terus membawa faedah kesihatan dan, dibuat secara semula jadi, tulen dan selamat untuk digunakan.

Para pengguna terutamanya yang beragama islam tidak perlu risau dengan kehalalan produk-produk dari Duopharma Biotech Berhad dan mereka akan terus memberikan maklumat mengenai produk farmaseutikal halal dan untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna jangka masa panjang.

Maklumat lanjut mengenai produk farmaseutikal halal boleh dilayari di https://halal4pharma.com

Tuesday, August 27, 2019

Ketahui 33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran Oleh Ustaz Iqbal Zain

Tuesday, August 27, 2019 2
Ketahui 33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran Oleh Ustaz Iqbal Zain | Ramai dalam kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Quran berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran. 
Ketahui 33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran Oleh Ustaz Iqbal Zain
Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah Shollallohu 'alayhi wa sallam :
“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”

فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها

Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan.

Dari dua prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dengan beberapa dari niat-niat ketika membaca Al-Quran, antaranya :

#1 – Tujuan Belajar Dan Beramal 
اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.

#2 – Tujuan Memohon Hidayah
اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari ALLAH SWT

#3 – Tujuan Bermunajat
اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada ALLAH SWT

#4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit
اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zahir dan batin.

#5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya
اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada ALLAH SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

#6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras
اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب
Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).

#7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan
اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari ALLAH SWT

#8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai
اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين
Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat ALLAH SWT

#9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan
اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada ALLAH SWT

#10 – Niat Mentaati Perintah Allah
اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah ALLAH SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil.

#11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan
اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya ALLAH SWT melipat gandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.

#12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat
اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak.

#13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi
اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi Shollallohu'alayhi wa sallam.

#14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam
اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga ALLAH SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.

#15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga
اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.

#16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah
اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT melalui kalamNya.

#17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah
اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.

#18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran
اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.

#19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka
اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab ALLAH SWT

#20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah
اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan ALLAH SWT

#21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur
اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan umur.

#22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan
اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.

#23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan
اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

#24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah
اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh ALLAH SWT kepada makhluk di sisiNya.

#25 – Tujan Mendapat Kebaikan
اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi ALLAH SWT

#26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum
اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب
Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).

#27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia
اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.

#28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran
اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.

#29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur
اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.

#30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya
اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ALLAH SWT mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah Sholallohu'alayhi wa sallam.

#31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq
اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

#32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu
اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain ALLAH SWT

#33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin
اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar ALLAH SWT memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.


فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد

Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu ALLAH SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

Al-Quran menggunakan bahasa ARAB oleh itu untuk menghayati al Quran marilah belajar bahasa Arab walaupun susah. Niatkan juga seperti di atas

Nabi Muhammad Sholallohu'alayhi wa sallam berpesan, “Sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila kita kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insha'Allah ramai yang akan mendapat manfaat.

eCurve Serlahkan Bakat di K-Heat Kpop Talent Show 2019

Tuesday, August 27, 2019 3
eCurve Serlahkan Bakat di K-Heat Kpop Talent Show 2019 | eCurve telah menganjurkan festival negara Korea sempena cuti sekolah baru-baru ini demi peminat setia K-drama, K-Pop dan K-fashion di Malaysia.
eCurve Serlahkan Bakat di K-Heat Kpop Talent Show 2019
Pertandingan K-Dance dan K-Sing merupakan antara tarikan utama K-Heat Kpop Talent Show 2019. Pertandingan K-Dance telah dihakimi oleh Choi Ssaem, Sachie Amira, yang merupakan penyanyi, penulis lirik serta ahli kumpulan TigaSoul; Iylia Anis, ketua kumpulan Kueendom dan juri selebriti istimewa, Mix, ketua kumpulan tarian Brute serta pemenang pertandingan Kpop International Dance Cover.

32 buah kumpulan telah berentap di dalam pertandingan yang cukup mencabar ini. Peserta diadili berdasarkan pergerakan tarian dan ketepatan gerak tari berserta kreativiti dalam persembahan. Bagi pertandingan K-Sing, 36 orang peserta telah menyertai dan bersaing hebat. Peserta pertandingan K-Sing diadili berdasarkan kebolehan menyanyi, personaliti serta sebutan semasa menyanyi oleh Choi Ssaem, Sachie Amira dan Iylia Anis.
eCurve Serlahkan Bakat di K-Heat Kpop Talent Show 2019
eCurve Serlahkan Bakat di K-Heat Kpop Talent Show 2019
eCurve Serlahkan Bakat di K-Heat Kpop Talent Show 2019
Gina Long Ahmad, Pemangku Pengurus Kompleks, berkata, “Kepada mereka yang berminat menunjukkan bakat mereka, K-Heat Kpop Talent Show 2019 merupakan peluang untuk mereka menunjukkan bakat! Ia menjadi pentas untuk mereka mengasah bakat dan mengasah serta memupuk kerjasama antara ahli pasukan. Ianya turut bagus sebagai platform bertemu kenalan baharu di kalangan mereka yang mempunyai minat yang sama! Saya amat kagum dengan bakat yang ditonjolkan. Tepukan gemuruh kepada semua peserta pada hari ini dan tahniah kepada semua pemenang."

Bermula 9 hingga 18 Ogos 2019, eCurve telah menganjurkan Kolours of Korea Festival 2019, di mana peminat fanatik Korea boleh menikmati pelbagai barangan, makanan serta persembahan bertemakan Korea. Pengunjung turut menikmati pelbagai permainan tradisional Korea, barangan eksklusif serta makanan sepanjang kempen berlangsung.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai K-Heat Kpop Talent Show dan kempen Kolours of Korea Festival 2019 eCurve dengan menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di 03-7725 0277 atau layari www.ecurve.my atau laman Facebook eCurve di www.facebook.com/eCurveMall.

Monday, August 26, 2019

Beautea By SAFI 4 Seleksi Pencuci Wajah Terbaru Dari 100% Premium Tea

Monday, August 26, 2019 20
Beautea By SAFI Seleksi Pencuci Wajah Terbaru Dari 100% Premium Tea | Mencuci wajah dengan betul adalah antara langkah penting dalam penjagaan wajah. Tak kira apa jenis pencuci wajah yang penting kandungan bahan yang boleh mencuci tetapi mampu merawat wajah. Apa kata korang cuba Beautea by SAFI yang mengandungi 100% Premium tea.
Beautea By SAFI Seleksi Pencuci Wajah Terbaru Dari 100% Premium Tea
Beautea by SAFI mengeluarkan 4 jenis pencuci wajah dengan fungsi tertentu dan yang penting ia membantu menentang pencemaran, membersihkan pori-pori dari kotoran dan mengawal mengeluaran serum berlebihan. 
Beautea By SAFI Seleksi Pencuci Wajah Terbaru Dari 100% Premium Tea
  • Green Tea & Neem untuk kulit normal hingga kulit berminyak
  • Black Tea & Black Orchid untuk kulit sensitif
  • Apricot Tea untuk scrub muka
  • White Tea & Damask rose untuk kulit kering
Liez terjah ke Watson dan nak cuba 2 jenis pencuci Beautea by SAFI iaitu Green Tea & Neem dan juga Black Tea & Black Orchid. Both pencuci ni memang sesuai dengan keadaan kulit Liez. Jom Liez terangkan setiap satu kelebihan pencuci muka dari Beautea by SAFI. Lagi penting sebab variasi pencuci Beautea by Safi TIDAK mengandungi Paraben, SLS/SLES, Silicon dan bebas Alkohol. Selamat digunakan di setiap peringkat umur.
Beautea By SAFI 4 Seleksi Pencuci Wajah Terbaru Dari 100% Premium Tea

Beautea By SAFI 4 Seleksi Pencuci Wajah Terbaru Dari 100% Premium Tea

Beautea by SAFI Anti Acne Gel Cleanser - Green Tea & Neem
Adalah pencuci wajah jenis gel yang mudah digunakan. Liez dah mencubanya dah sangat suka akan tekstur dan juga baunya yang wangi. Dan selepas menggunakannya kulit rasa bersih dan tidak kering. Actually Beautea by SAFI Anti Acne Gel Cleanser - Green Tea & Neem ni sesuai untuk yang mengalami masalah jerawat dan kulit yang berminyak. 
Beautea By SAFI 4 Seleksi Pencuci Wajah Terbaru Dari 100% Premium Tea







Beautea by SAFI Detox Cream Cleanser - Black Tea & Black Orchid 
Sejenis krim pencuci wajah yang pada Liez tiada bau yang wangi tetapi kuasa membersihkan wajah memang terbaik. Bukan sahaja membersihkan kekotoran tapi ia juga mendetox kulit dan sangat sesuai untuk mempunyai kulit sensitif. Selain itu ia bagus untuk mengatasi dan melindungi kulit dari penuaan. Pencuci ini Liez guna selang 3 hari. Dan boleh nampak dan rasa perbezaan kulit Liez bersih dan lembut.

Beautea By SAFI 4 Seleksi Pencuci Wajah Terbaru Dari 100% Premium Tea
Beautea by SAFI Revitalising Face Scrub - Apricot Tea
Yang ini  sejenis pencuci scrub dari buah apricot. Ia mampu membuang sel kulit mati dengan mudah and membuatkan kulit korang berseri. Tak perlu risau jika kulit kusam kerana ia mampu mengingkirkan kotoran dan menyerlahkan kulit yang bersih dan segar.


Beautea By SAFI Seleksi Pencuci Wajah Terbaru Dari 100% Premium Tea

Beautea by SAFI Hydating Gel Cleanser- White Tea & Damask Rose
ia sejenis pencuci berasakan gel yang lembut. Sangat bagus untuk membersihkan liang yang tersumbat dan menyingkirkan kekotoran. Rumusan dari Teh Putih & Damask Rose yang kaya dengan antioksidan bukan sahaja tahap kelembapan kulit tetapi menghidrat kulit dan membantu mengecilkan pori-pori kulit.

Kalau korang tak ada masa untuk pergi beli di Watson, korang boleh je ke website http://bit.ly/2JTltHO

Untuk keterangan lanjut korang boleh ke: laman web www.safi.com untuk lebih informasi tentang produk ini ATAU

Website

Facebook

Instagram