Thursday, April 30, 2020

20 Resepi Kuih Muih Dan Pemanis Mulut Viral Untuk Berbuka Puasa

Thursday, April 30, 2020 0
20 Resepi Kuih Muih Dan Pemanis Mulut Viral Untuk Berbuka Puasa|  Salam Ramadhan korang. Bila masuk bulan ramadhan, kaum ibu mesti sibuk menyiapkan juadah berbuka untuk keluarga. Hari-hari ada sahaja menu-menu yang dicari untuk memenuhi selera sekeluarga kan? Selain dari juadah utama, yang menjadi tumpuan adalah juadah kuih muih atau pencuci mulut. Kalau tengok dalam FB, ada sahaja yang menunjukkan hidangan kuih muih yang dibuat. 
Bersesuai pula bila tahun ini kita meraikan ramdhan tanpa ada bazar ramadhan, jadi Liez nak share 20 Resepi Kuih Muih Dan Pemanis Mulut Viral Untuk Berbuka Puasa yang menjadi pilihan dibulan ramadhan ini.

20 Resepi Kuih Muih Viral Untuk Berbuka Puasa

1. Kuih Nona Manis 
 2. Kuih Kerbau Guling
3. Lempeng Kelapa Manis
4. Bubur Tepung Pulut
5. Masalodeh
6. Churros

7. Donut Gebu
8.  Kuih Seri Muka
9. Nekbak
10. Agar-Agar Bandung Cincau

11. Kek Karamel Pelangi
12. Corn Flakes Nutella
13. Apam Susu
14. Puding Roti dengan Sos Kastard
15. Bubur Butir Nangka

16. Roti Canai
17. Kuih Kaswi
18. Ketupat Sotong
19. Apam Balik
20. Puding Jagung
Korang boleh cuba 20 Resepi Kuih Muih  Dan Pemanis Mulut Viral Untuk Berbuka Puasa nanti dan yang pastinya korang akan berpuas hati sebab boleh dibuat dengan kuantiti yang banyak dan yang penting jimat. 

Selamat Mencuba!!!

Friday, April 17, 2020

8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular

Friday, April 17, 2020 9
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular | Siapa tak kenal Sheila Rusly kan? Liez suka sangat lakonan dia yang real dan menghayati watak. Seorang pelakon yang versatil kerana mampu membawa semua jenis watak yang diberikan. Kalau berlakon jadi jahat pun sangat menjadi. Tapi sekarang beliau dah kurang berlakon kerana lebih kepada mengarahkan drama bersama suami dan juga pengarah tersohor, Jinggo.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
Nama Sheila Rusly menjadi sebutan bila membuat satu rancangan masakan yang sangat popular bila tiba bulan ramadhan. Tidak lain dan tidak bukan rancangan " Ketuk-ketuk Ramadhan" yang menjadi tontonan umum paling tinggi sepanjang bulan ramadhan. Siapa sangka sudah 15 tahun rancangan masakan popular ini ditayangkan setiap kali ramadhan. Menariknya kerana setiap episod ada tetamu dari golongan artis-artist popular yang dijemput untuk masak bersama beliau.

Dan sejak itu Sheila Rusly menjadi tumpuan kerana suka berkongsi resepi-resepi dan istimewa dan sedap. Sehingga beliau menulis beberapa siri buku masakan yang memang sangat popular antaranya Ketuk-Ketuk Sheila Rusly dan 'Sentuhan Rasa Sheila Rusly'.

Sheila Rusly tidak lokek untuk menunjukkan resipi masakan yang sering dimasak untuk isi rumahnya dan video masakan juga sering diupload di youtube beliau. Liez suka dengan cara Sheila Rusly sebab masakannya kena dengan tekak melayu Liez. So kalau korang nak boleh cuba resipi-resipi berikut
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
1. Aglio Olio Ikan Dory

Bahan-bahan
1 pek Spaghetti (direbus dan ditos)
3 keping ikan dory (salut tepung dan goreng)
4 ulas bawang putih (cincang)
3 batang cili kering (potong kecil)
2 tangkai daun kari
1 kiub ikan bilis
1 biji lemon (ambil jus)
Cili Flakes
Daun Pasley
Garam
lada hitam

Cara penyediaan:
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cili kering dan daun kari.
2. Masukkan kiub pati ikan bilis dan jus lemon.
3. Tuang sedikit air spaghetti dan spaghetti, cili flakes, daun pasley. Gaul hingga sebati dan akhir sekali masukkan isi ikan dory. Perasakan dan hidangkan.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
2. Scampi Prawn Pasta

Bahan-bahan:
1 pek spaghetti (direbus dan tos)
400g udang
Seikat asparagus (potong saiz 3inci)
3 ulas bawang merah (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 kiub ayam
1/2 biji lemon ( ambil jus)
Butter
Cili flakes
Garam
Lada hitam

Cara penyediaan:
1. Panaskan butter dengan sedikit minyak Zaiton. Saute sebentar asparagus hingga masak.
2. Dalam kuali lain, panaskan 40g butter dan sedikit minyak zaiton, tumis bawang merah hingga lembut. Kemudian masukkan bawang putih. Tumis hingga hampir garing.
3. Masukkan kiub pati ayam, cili flakes dan udang.
4. Biar udang masak dan taburkan lada hitam, jus lemon dan sedikit air rebusan spaghetti.
5. Taburkan daun pasley cincang dan spaghetti. Masukkan asparagus yang disaute tadi dan perasakan dengan garam dan lada.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
3. Pasta Pesto Lockdown

Bahan-bahan meatball
300gm isi ayam
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
100gm serbuk roti
1 biji telur
garam
lada hitam
serbuk oregano, parsley

Bahan-bahan:
1 pek spaghetti ( rebus dan tos)
1 Biji terung panjang (potong jejari 2 inci)
2 biji cili api ( cincang)
1 tin sos pesto
1 kub pati ayam
garam

Cara penyediaan:
1. Gorengkan terung dengan sedikit minyak hingga keperangan. Alihkan.
1. Campurkan semua bahan untuk meatball dan buatkan bentuk bebola. Gorengkan hingga masak.
2. Dalam kuali lain, tumis bawang putih, cili api, sos pesto dan kiub pati ayam. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti dan persakan dengan garam.
3. Masukkan spaghetti, terung yang digoreng dan meatball tadi. Gaul hingga rata dan boleh dihidangkan.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
4. Spaghetti Telur Masin

Bahan-bahan:
1 pek spaghetti (direbus dan tos)
300g isi ayam (potong kecil)
4 sudu tepung tempura
2 sudu tepung beras
3 sudu serbuk kuning telur masin
3 tangkai daun kari
4 biji cili api (cincang)
4 ulas bawang putih (cincang)


Cara penyediaan:
1. Bancuh tepung tempura dan tepung beras untuk menggoreng isi ayam.  Celup ayam dalam bancuhan tepung dan gorengkan separuh masak.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kuning telur masin dan goreng hingga berbuih. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti.
4. Masukkan isi ayam dan spaghetti tadi, gaul hingga sebati. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
5. Mee Goreng Thai Aroi

Bahan-Bahan
2 Bungkus mee kuning
1 bungkus fish cake
200g udang
Daun kucai
Tauge
1 batang carrot (potong halus)
2 biji telur
sedikit dauh selasih
2 kiub pati ikan bilis
sos ikan
2 biji jus limau nipis.

Bahan untuk ditumbuk 
2 biji cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara penyediaan:
1. Goreng telur hancur dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan tumbuk tadi dengan kiub pati ikan bilis. 
3. Masukkan sedikit sos ikan, udang dan fish cake. Biarkan seketika. Masukkan jus limau nipis dan mee. Gaul rata.
4. Masukkan telur hancur, carrot, daun kucai dan tauge. Gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan daun selasih dan siap untuk dihidangkan.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
6. Mee Kering TomYam

Bahan-bahan
2 bungkus mee kering (celurdan tos)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
300g udang
2 sudu pes tomyam
1 kiub pati ikan bilis
1 bungkus fish cake/fish ball
daun ketumbar

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan pes tomyam dan gaul hingga naik bau. Masukkan kiub pati ikan bilis, fish cake dan mee kering tadi. Akhir sekali taburkan daun ketumbar. Hidangkan dan taburkan dengan telur goreng.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
7. Yee Mee Kicap Goreng

Bahan-Bahan:
3 ketul Yee mee
2 bawang putih (cincang)
200g Udang
200g Isi ayam
Siew pay choy (kerat kecil)
Carrot (hiris)
cendawan hitam
3 biji cili api
1 kiub maggi
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan

Cara penyediaan:
1. tumis bawang putih hingga garing. Masukkan isi ayam dan udang, goreng sebentar.
2. Masukkan kiub maggi, sos tiram, kicap pekat, minyak bijan, sedikit air dan cendawan hitam. Gaul hingga rata.
3. Kemudian masukkan sayuran dan cili api. Renehkan seketika.
4. Masukkan yee mee dan gaul sebati.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
8. Mee Kicap ayam

Bahan-bahan:
Yee mee/ mee kuning/ mee sanggul
2 ulas bawang putih
1 inchi halia (hiris nipis)
3 batang cili kering (potong size 2 inci)
300g isi ayam dan tulang (potong kecil)
1 kiub pati ayam maggi
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
Cendawan hitam
bancuhan tepung jagung.

Cara penyediaan;
1. Tuniskan bawang putih, halia dan cili kering hingga garing.
2. Kemudian masukkan ayam, kiub pati ayam maggi, kicap pekat, sos tiram dan air.
3. Kemudian cendawan hitam dan tepung jagung. Biarkan semua mendidih dan pekat.

Selamat mencuba!!! Semua resipi-resipi diatas Liez dapat dari Youtube Sheila Rusly https://www.youtube.com/channel/UCVW67nfON9IIsThefwTEOMg


Wednesday, April 8, 2020

VIT’S Mencari Golongan Warga Emas Untuk Hulurkan Bantuan Makanan Hadapi Covid-19

Wednesday, April 08, 2020 4
VIT’S Mencari Golongan Warga Emas Untuk Hulurkan Bantuan Makanan Hadapi Covid-19 | VIT Makanan Sdn Bhd, pengilang dan pengeluar makanan segera dan mee kering sejak 1975, telah menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menghulurkan sokongan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat terpinggir dalam mengharungi situasi Covid19 ini. Dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada 14 April 2020. Vits berjanji untuk meringankan beban petugas dan golongan sepanjang waktu PKP ini. 
VIT’S Mencari Golongan Warga Emas Untuk Hulurkan Bantuan Makanan Hadapi Covid-19
Bantuan makanan di agihkan pada petugas polis dan tentera di sekatan jalan raya
Sejak bermulanya PKp, Vits telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk kembali menyumbangkan kepada masyarakat yang memerlukan dan mereka yang sedang berjuang demi negara dalam situasi sukar ini. Vits sehingga kini telah menyumbang sejumlah 3000 lebih karton kepada petugas Hospital Kuala Lumpur, para petugas polis yang sedang menjalankan sekatan jalan, bomba, rumah pertubuhan, rumah kebajikan dan rumah orang tua yang kurang bernasib baik di beberapa lokasi. 

Noodlesman atau Mr YT Lai, Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd berkata, Covid19 adalah situasi yang paling mencabar pada beliau dan kita semua, terutamanya petugas barisan hadapan yang kekal bekerja tanpa mementingkan diri dalam situasi penuh risiko demi perjuangan memerangi Covid 19. Sebagai penghargaan serta sokongan kami terhadap usaha murni ini, kami ingin membantu menyediakan bantuan makanan secukupnya buat mereka. Kami komited untuk terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia pada waktu yang sukar ini.


Sebagai peneraju dalam industri makanan segera klasifikasi mee segera dan mee kering ini, kami amat mematuhi piawaian dalam memastikan makanan yang kami hasilkan melalui saringan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Makanan. Di mana kami amat menitik beratkan soal sientifikasi di mana setiap pekerja yang masih bekerja di bahagian logistik, pembungkusan, pengeluaran serta pejabat perlu melalui pemerikasaan suhu badan, pemakaian topeng muka dan sarung tangan, pengangkutan seperti van dan lori juga perlu di nyah kumankan setiap hari bagi memberi dan menghantar produk serta stok makanan yang bersih dan terjamin, tambah YT Lai lagi. 

Vit makanan juga ingin meneruskan niat murni ini dengan mencari warga emas yang berumur 60 tahun ke atas di seluruh Malaysia yang tinggal bersendirian tanpa anak yang bekerja untuk diberikan bantuan makanan. 


Bantuan makanan diagihkan kepada Rumah Orang-orang Tua Kuchai Lama

“kami percaya gologan ini seharusnya diberikan keutamaan dalam bantuan kerana mereka ini tidak mampu untuk keluar mencari makanan di saat sukar ini. Sekiranya anda mempunyai jiran, kenalan, kenalan sekampung boleh tampil kehadapan dan kami akan hantarkan bantuan makanan ini terus kepada mereka. Kami berharap agar dengan bantuan ini kami dapat membantu bersama-sama mengangani Covid19, kata beliau. 

Bantuan agihan makanan ke Balai Polis Rawang

Jom Kenali 25 Mommy Blogger Malaysia Yang Patut Korang Follow

Wednesday, April 08, 2020 7
Jom Kenali 25 Mommy Blogger Malaysia Yang Patut Korang Follow | Sejak Liez menjadi blogger, memang banyak contoh-contoh blogger hebat yang Liez suka baca penulisan mereka. Di awal pembabitan Liez menceburi menjadi blogger ni kalau tak salah tahun 2017 walaupun blog Liez dah wujud dari tahun 2010 sebenarnya. Tapi disebabkan seronok tengok ramai yang menjadi blogger, berkongsi cerita tak kira cerita mengenai gaya hidup, kekeluargaan dan sebagainya membuatkan kan Liez dan kembali aktif.

Sejak dari itu, Liez dah kenal ramai blogger terutama sekali mommy blogger bila banyak membaca penulisan mereka dan ada yang dapat berjumpa ketika menghadiri event . Alhamdulillah, Liez berjumpa ramai mommy blogger yang tidak sombong dan sporting, tidak loket berkongsi rezeki dan juga idea. Yang tak berjumpa bertentangan mata pun ramai tetapi tetap tidak sombong dan banyak berkongsi tips. Liez nak share 25 blogger yang korang mesti follow ye, antaranya:

Ni antara blogger terawal Liez kenal. Seorang yang pandai tentang blog, pakar dalam SEO dan Keywords ye. Kira dia idola Liez dan antara orang yang suka berkongsi rezeki dan ilmu. Wajib korang follow blog sis hawa ni sebab banyak info-info berguna dari cerita tentang anak-anak, rumah tangga dan masakan.


Blogger yang baru melahirkan anak dan sangat aktif menulis dalam blog. Bnayk berkongsi tentang kehamilan dan kelahiran. Syok baca info-info dari blog Azlina ni.
Blogger yang baru Liez kenal sejak join Biters. Ibu kepad dua orang cahaya mata yang suka berkongsi tentang anak-anak, kehamilan dan kekeluargaan. 


Blogger senior yang Liez kenal. Rasanya tak pernah bertentang mata tetapi banyak baca cerita-cerita dan review dalam blog. Peminat warna pink ye!!
Ibu kepada dua hero comel. Suka kongsikan tentang aktiviti anak-anak seperti memasak dan mengemas. Suka menulis dan suka ambil gambar cantik. 

Blogger famous yang tersenai dalam TOP 20 Malaysian Parenting 2018 dan tahun 2020. Memang power mommy blogger ni. Seorang agen insuran AIA yang top juga.
 Blogger muda yang ramah orangnya. Suka baca review dan cerita tentang percutian Fiza.
 Blogger suka cerita pasal masakan, berkongsi resepi. Juga kaki travel dan kaki makan.

Blogger berkerjaya yang mempunyai 4 orang anak yang aktif. Suka berkongsi cerita kekeluargaan, keibubapaan dan review produk. 
Akak blogger senior dari Johor yang aktif dalam dunai blogging ni. Suka baca tips dan homeschooling kak Eda. Kaki jalan dan kaki makan juga. Banyak review port makan yang best korang boleh usha dalam blog Kak Eda ni.


Ni blogger baru yang Liez kenal bila join Biters. Suka bercerita tentang anak-anak dan aktiviti yang boleh dibuat di rumah. Suka berkongsi tentang gaya hidup, kekeluargaan dan kecantikan.
Seorang mommy blogger yang juga bekerja sebagai freelance designer. Menetap di Pantai Timur dan suka jalan-jalan cari makan dengan keluarga tercinta.


Mommy blogger yang Liez pernah jumpa beberapa kali di event, Sangat ramah dan mudah mesra. Antara blogger terawal Liez kenal di alam blogging ni. Selain blog, Liez suka baca coloteh dia dekat FB.


Blogger baru yang Liez kenal. Berasal dari Sabah dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Suka membaca dan juga mencuba resipi makanan yang baru.
Blogger senior ni. Suka baca pasal traveloque dan seorang ibu kepada seorang anak lelaki yang makin meningkat dewasa. Suka juga layan FB dan IG duk membebel dalam tu hihihi

 Blogger senior yang dikenali dengan panggilan Bonde. Suka berkongsi tentang parenting, gaya hidup, drama, novel dan review. Antara bloggey yang banyak berkolaborasi dengan jenama besar.
Blogger yang suka berkongsi tentang parenting dan breastfeeding. Bnayk info tentang pembelajaran anak-anak dari rumah. Juga suka berkongsi tempat-tempat yang best untuk dilawati.

Fulltime blogger yang mempunyai 4 orang cahaya mata. Blog berbahasa english dan juga menjalankan bisnes makanan secara kecil-kecilan.
Blogger dari Penang yang petah bercakap. Tak pernah bersua hanya mengenali dari penulisan blog. Suka kongsi resipi dan hiasan dalam rumah. Suka tengok Alia tunjukkan gabar kediamannya yang cozy dan taman mini yang sangat subur tu.
Akak senior yang sangat ramah. Kali pertama berjumpa dah macam kenal lama tau. Suka jalan-jalan cari makan dan suka baca reviewnya. Selalu ditemani anak perempuan yang sangat sporting.


Blogger yang mempunyai 6 cahaya mata yang sudah dewasa. Suka memasak dan juga kaki jalan-jalan meneroka Malaysia. Banyak berkongsi tentang masakan, tempat-tempat menarik untuk dilawati dan info-info keagamaan.


Blogger yang kerap Liez jumpa bila ada event. Ramah dan juga mesra. Penulis blog sepenuh masa dan mempunyai seorang puteri yang petah dan pintar. Banyak bercerita tentang gaya hidup, kecantikkan, percutian dan makan-makan cari makan.
Blogger otai yang merupaka seorang guru dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Suka berkongsi tentang keagamaan, kekeluarga dan info-info am untuk dibaca. 
 
Blogger yang hebat dan suka bercerita tentang kekeluargaan dan info-info berguna. Seorang ex engineer yang menjadi suri rumah dan menjaga 3 orang anak yang makin membesar

Jangan lupa follow sahabat-sahabat blogger Liez yang hebat ni. Bayak info-info yang berbeza yang korang boleh dapatkan dan tak rugi kalau korang follow.