Berjaya Ubah Asyraf, Azizan Osman Diberi Penghargaan Oleh Datuk K

Berjaya Ubah Asyraf, Azizan Osman Diberi Penghargaan Oleh Datuk K | Datuk Wira Dr Azizan Osman baru-baru ini telah bertemu dengan Datuk Khalid Bin Mohamad Jiwa atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K. Mereka ada makan malam bersama pada majlis hari jadi Datuk K baru-baru ini.

Asyraf Khalid telah memaklumkan bahawa pada sambutan hari lahir bapanya isnin lalu, makan malam bersama Azizan Osman telah diadakan.

Azizan Osman Telah Merubah Jati Diri Dan Kehidupan Asyraf Khalid

Mentor keusahawanan nombor satu di Malaysia, Azizan Osman ini adalah merupakan mentor usahawan bagi Asyraf Khalid dalam perniagaannya bersama isterinya iaitu Tya Arifin. Mutyara, jenama perniagaan yang diusahakan oleh mereka telah meraih jualan berjuta-juta dalam masa yang singkat iaitu 3 tahun.

Bukan sahaja perniagaan yang dijalankan oleh mereka menjadi bertambah maju, tetapi ada beberapa perkara yang diperkatakan oleh Datuk K berkaitan anaknya.

Boleh dikatakan jati diri dan kehidupan Asyraf Khalid ini telah berubah disebabkan oleh Mentor Usahawan, Azizan Osman yang telah banyak membantu. Percaya atau tidak, perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa baru-baru ini pada majlis hari jadinya. Oh, patutlah Azizan Osman telah dijemput ke majlis hari jadi Datuk K!


Dalam satu video yang dimuat naik oleh Asyraf Khalid dalam Instagram miliknya baru-baru ini, jelas menunjukkan bahawa Datuk K telah merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Azizan Osman. Ianya adalah kerana Azizan Osman telah berjaya mengubah dan membimbing anaknya dalam kehidupan dan bisnes dalam masa yang sangat singkat.

Jom tonton Video ini:









Kehidupan Asyraf Dahulu Dan Sekarang


Dahulunya, anak lelaki Datuk K adalah seorang yang nakal dan selalu mengecewakan dirinya. Malahan, anak lelakinya tersebut juga sering merasakan bahawa dirinya sangat tidak berjaya. Alhamdulillah, akhirnya beliau telah berjaya membuktikan kepada ramai orang diluar sana termasuk Datuk K sendiri bahawa beliau juga mampu untuk berjaya.

Berikut adalah ucapan yang telah dilahirkan dalam video miliknya yang telah ditonton oleh 15,000 orang penonton di Instagram.

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.”

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,"

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.

Walaupun perubahan ini adalah baik untuk Datuk K dan semua pihak, anaknya tersebut telah menjelaskan bahawa beliau memahami perjalanan kerjayanya masih jauh. Namun kesyukuran yang besar ini patut dikongsikan oleh beliau kerana Datuk K untuk pertama kali meluahkan perasaan bangga terhadap anaknya itu di hadapan mentornya sendiri.

Azizan Osman Merupakan Mentor Yang Terbaik Dalam Memberi Nilai Dunia Akhirat Kepada Anak Datuk K, Asyraf Khalid


Azizan Osman telah dikatakan menjadi mentor yang terbaik kepada Asyraf Khalid kerana telah memberi nilai dan pengajaran bukan sekadar ilmu dunia, malahan juga berkongsi akan ilmu akhirat. Selain itu, Azizan Osman juga dikatakan telah membimbing Asyraf Khalid mengenai perniagaan, kepimpinan dan perhubungan sesama manusia serta mengingati akan seruan Sang Pencipta.

Kata anak didik Azizan Osman ini lagi, "Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.

Betul, seperti yang kita ketahui, Azizan Osman bukan sahaja melahirkan ramai jutawan berjaya, namun beliau juga berjaya mengubah sikap ahli titan Richworks ke arah yang lebih baik. Ahli titan Richworks gelaran kepada ahli yang merupakan usahawan yang dibimbing secara dekat dalam program Titanium Richworks.

Azizan Osman Dikagumi Serta Dicemburui Akan Sikapnya Oleh Datuk K



Siapa sangka, Datuk K sebenarnya telah melahirkan ucapan beliau yang turut mencemburui dan kagum akan kebolehan yang dimiliki oleh Azizan Osman dalam melahirkan ramai usahawan jutawan. Bapa mana yang tidak bangga apabila anaknya berjaya hasil didikan mentor yang murah dalam berkongsi ilmu, betul tak?


Datuk K dengan sendiri mengatakan bahawa beliau sememangnya tidak mampu untuk membuat apa yang dilakukan oleh Azizan Osman tersebut.

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelas Datuk K lagi.

Sementara itu, Datuk K turut menasihati kepada usahawan-usahawan yang berjaya agar tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan yang diidamkan oleh mereka.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.

Azizan Osman Akan Sentiasa Membantu Usahawan Yang Ingin Berjaya



Sebagai mentor usahawan nombor satu di Asia, Azizan Osman sememangnya tidak pernah mengecewakan para usahawan yang menuntut ilmu daripada beliau. Beliau pasti sentiasa ada untuk membantu mereka semua! Bagi para usahawan yang memerlukan bimbingan secara dekat, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program Titanium Richworks seperti mereka yang berjaya.

Namun, jika anda baru sahaja memulakan perniagaan, terdapat program permulaa
n yang boleh anda sertai secara percuma. Akhir kata, kalau nak berbisnes, buat sungguh-sungguh sehingga menjadi seorang jutawan. Tiada apa yang mustahil dan jangan pernah untuk membuang masa anda!


Post a Comment

1 Comments