Perginya CikDah, Mak Saudara Kesayangan Menemui Illahi | Dukacita dimaklumkan, CikDah, kakak kandung ayah Liez telah menghembuskan nafas terakhir pada 29 Jun 2022.
Satu kehilangan yang besar bagi Liez kerana arwah adalah antara mak saudara yang paling rapat dengan Liez dari kecil. Mana tidaknya, ayah Liez adik bongsu dan yang pertama berkahwin. Kira Liez dan adik-adik adalah satu-satunya anak saudara yang ada. Even ketika arwah nenek dan tok ada pun, memang Liez yang tatang seperti minyak yang penuh. Kalau Liez balik ke Kg Baru, mesti arwah nenek, arwah maktua niah, arwah Cikdah akan ajak Liez ke kedai majalah sebab arwah tahu Liez suka baca majalah Ujang waktu tu.
Allahuakbar, menitis air mata Liez bila menaip kenangan-kenangan Liez dengan arwah CikDah. Tak boleh digambarkan. Perginya arwah pun buat Liez rasa ralat kerana arwah meninggal seorang diri di rumah.
Kisahnya, Liez dapat panggilan dari mak jam 2 petang, dengan tenang bagitahu yang CikDah dah meninggal dunia. Liez memang terkejut sebab kami baru beberapa minggu yang lalu. Liez cuba untuk kawal perasaan sebab ada abang dan Najla di depan Liez. Tapi Liez menangis semahunya depan anak-anak.
Sehari sebelum itu, arwah ada menghubungi sepupu Liez (anak kakak tiri arwah) dan mengatakan yang dia demam. Tapi sepupu Liez tak dapat nak tolong sebab dia mengasuh anak-anak kecil. Dan pagi esoknya, sepupu Liez call arwah tetapi tak berjawab. Banyak kali call tetap tidak berjawab. Dia terus menghubungi anak arwah dan dia juga gagal menghubungi arwah. Akhirnya, sepupu Liez menghubungi ayah Liez dan memberitahu hal sebenar. Ayah Liez cuba call banyak kali pun, tidak berjawab.
Ayah Liez rasa tak sedap hati, langsung call adik bongsu Liez di Pulapol dan minta untuk menjengah CikDah di rumah. Setiba adik Liez disana, pagar pintu terkunci tetapi pintu kayu terbuka. Adik Liez cuba panggil berkali-kali tetapi tidak berjawab dan ternampak sebujur tubuh dia atas katil. Adik Liez minta bantuan jiran sebelah untuk membuka pintu pagar. Bila masuk ke dalam rumah, arwah sudah tidak bernafas. Luluh hati Liez mengenangkan arwah yang meninggal tanpa ada orang disisi. Hingga ke hari ini masih sakit dihati Liez bila mengenangkan. Arwah mempunyai anak lelaki tetapi dia bekerja di Johor.
Adik-adik Liez, keluarga terdekat dah diberitahu. Sementara itu adik Liez berurusan dengan polis, ketua kampung untuk menguruskan jenazah sementara menunggu anak arwah tiba dari Johor. Alhamdulillah perjalanan urusan arwah mudah. Hanya mengambil masa untuk tahu keputusan swab test sama ada arwah meninggal disebabkan Covid atau tidak.
Esok paginya setiba dari hospital, jenazah dibawa ke masjid Kg Baru untuk dimandikan dan di sembahyangkan. Selesai, jenazah dibawa ke tanah perkuburan Ampang untuk disemadikan.
Entahlah, Liez masih rasa ralat kerana arwah tidak menghubungi ayah Liez masa dia demam tu. Kalau tidak, Liez boleh pergi ke sana bawa arwah ke klinik. Seperti kata mak, memang dah tertulis ajalnya.
Liez tak dapat nak teruskan lagi..
Semoga arwah CikDah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Lieza sayang CikDah dunia akhirat dan akan sentiasa ingat CikDah dan yang lain di dalam doa Lieza.
#Coretan ini untuk simpanan kenangan Liez.
1 Comments
Salam takziah kak, Al-Fatihah buat arwah Cik Dah.
ReplyDelete