Monday, October 31, 2022

Maajun Nenda Resepi Asli Bidan Istana Untuk Kecantikan, Kesihatan Dalaman Dan Luaran Wanita

Monday, October 31, 2022 1
Maajun Nenda Resepi Asli Bidan Istana Untuk Kecantikan, Kesihatan Dalaman Dan Luaran Wanita | Wanita sekarang perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kerana kita dah terlalu banyak terdedah dengan penggunaan bahan yang mengandungi chemical tanpa kita sedar. Tidak kira daripada segi bahan kecantikan atau dari cara pemakanan kita. Sekarang makin mudah untuk mencari produk kecantikan yang mengandungi 100% bebas bahan chemical di pasaran.

Kalau dari segi pemakanan, suplemen adalah makanan tambah yang banyak di amalkan di kalangan kita. Tetapi tidak ramai yang tahu tentang maajun tradisional yang 100% dari bahan alami.

Liez belum pernah cuba maajun tapi Liez biasa amalkan jamu masa pantang bersalin ketiga-tiga anak Liez. liez lebih suka amalkan jamu tradisional dari jamu moden. Mungkin Liez ni orang yang tak kisah sangat dengan rasa pahit tu. Liez rasa teruja nak cuba Maajun Nenda yang tengah viral tu. Berita gembira bagi yang nak turunkan berat badan. Maajun Nenda boleh bantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Setiap pembelian Maajun Nenda akan diberikan booklet cara makan dan jadual proses penurunan berat badan. Mesti korang suka.

MAAJUN NENDA 100% HOMEMADE
Maajun Nenda adalah maajun 100% buatan tangan dan dibuat di rumah tanpa bantuan sebarang mesin. Maajun Nenda juga mengekalkan resepi asli bidan istana dari tahun 1928.
Maajun Nenda dihasilkan dari 44 jenis herba, rempah ratus, akar dan daun kayu terpilih antaranya:
  • Manjakani
  • Arabic Gum
  • Halia Bara
  • Jintan Manis
  • Jintan Putih
  • Kunyit Kering
  • Akar Serapat
  • Akar Sekecut
  • Jemuju
  • Cabai Pulas
  • Akar inai
  • Daun pecah periuk
  • Akar gajah beranak
  • Bawang putih
  • Daun senna maki
  • Minyak zaitun
  • Madu

Sebelum ni Liez ada nampak video di instagram, seoarang nenek yang masih kuat dalam proses memasak maajun di dalam periuk tembaga. Rupanya beliau adalah pengasas Maajun Nenda dan berusia 92 tahun. Masih kuat dan bertenaga ye. Korang boleh tengok sendiri.

Untuk pembelian boleh contact MyNenda atau beli di Shopee MyNenda

Ramai yang tahu kebaikan herba-herba, akar kayu dan daunan yang banyak digunakan dalam perubatan dan kecantikan. Tetapi ramai yang takut nak amalkan maajun atau jamu dizaman yang moden sekarang.


KEBAIKAN MENGAMALKAN MAAJUN NENDA
  • Membuang angin dalam badan dengan mudah
  • Mengecutkan Peranakan
  • Melawaskan perbuangan air besar tanpa sembelit
  • Mengenyangkan dan sesuai untuk yang sedang diet
  • Membentuk tubuh badan lebih ramping
  • Mengetatkan, menengang dan menganjalkan rahim
  • Menenagkan payudara
  • Badan jadi cergas dan ringan
  • Melancarkan perjalanan Haid
  • Mengeluarkan angin kotor dalam badan
  • Mengatasi masalah sengugut
  • Rawat masalah keputihan
  • Mengekalkan awet muda, kulit cantik dan bibir kemerahan
  • Hilangkan lenguh badan
  • Memperbanyakkan pengeluaran susu badan
  • Mempercepatkan proses pengecutan peranakan selepas bersalin
  • Tingkatkan nafsu/ghairah

CARA PENGAMBILAN MAAJUN NENDA
* Pastikan tangan kering untuk mengelakkan maajun berkulat kerana Maajun Nenda tiada bahan pengawet.
* Boleh di simpan di dalam peti sejuk jika tidak mahu diambil dalam jangka masa panjang.

Dimakan 30 minum sebelum sarapan pagi. Gentel maajun sebesar biji jagung dan kunyah. Boleh diambil sekali sehari atau 2 kali sehari.  Umtuk 2 kali sehari, makan 1 sebelum sarapan dan 1 sebelum makan malam.

Dalam satu botol Maajun Nenda ada 3 biji boba besar yang boleh dibahagiakan kepada 24 biji untuk 24 hari.


SIAPA YANG BOLEH MENGAMALKAN MAAJUN NENDA
  1. Maajun Nenda boleh diamalkan dari usia remaja, belum berkahwin yang mengalami masalah haid yang tidak teratur, senggugut dan keputihan.
  2. Tidak sesuai untuk ibu mengandung
  3. Ibu yang dalam pantang boleh amalkan selepas anak bebas jaundis
> Tidak sesuai untuk ibu mengandung dan harus berhenti makan maajun bila datang haid.
> Pesakit darah tinggi boleh ambil maajun ini sebesar biji jagung dan tidak jangan berlebihan. Ia akan membuatkan pengguna pening disebabkan ramuan herba sendiri.
> Pesakit yang dalam dalam rawatan seperti mengambil ubat darah tinggi, ubat kolestrol dan sebagainya perlu jarakkkan masa selama 3 jam antara ubat hospital dan Maajun Nenda.

Setiap pembelian Maajun Nenda di MyNenda akan diberikan secara PERCUMA Booklet 48 hari Kunyah Maajun, bekas bertutup kuning dan hadiah istimewa.

PENGALAMAN LIEZ SENDIRI MENGAMALKAN MAAJUN NENDA
Sebenarnya Liez suka makan jamu ni walaupun ramai tak suka sebab panas dan pahit. Tapi bagi Liez ia sangat bagus diamalkan sekali sekala selain mengamalkan suplemen moden.

Kali pertama cuba Maajun Nenda ni memang akan rasa rempahnya yang kuat tetapi makin lama kita amalkan, kita jadi biasa. Tapi jangan lupa ada rasa manis dari madu. Memang sedap korang kena cuba. Lepas mengamalkan selama seminggu, kesan paling ketara ialah masalah pembuangan air besar menjadi mudah. Kalau siapa tahu pasal masalah Liez dari kecil, hingga dapat buasir ketika mengandung, memang Liez bersyukur sangat. Tiada lagi kerisauan untuk membuang air besar. Badan pun jadi ringan dan mudah berpeluh walaupun melakukan kerja rumah sahaja. 

Yang nak dapatkan Maajun Nenda boleh dapatkan di Shopee MyNenda atau Whatsapp MyNenda

Selain Maajun Nenda, ada juga Maajun Ayahanda dibuat khas untuk kaum adam. Manfaat Maajun Ayahanda kepada lelaki yang ada masalah lemah nafsu syahwat, sakit-sakit badan dan membantu mengatasi masalah dengkur.

Korang boleh dapatkan banyak lagi info tentang Maajun Nneda di Instagram MyNenda


Friday, October 28, 2022

Rakyat Malaysia Lebih Suka Menggunakan E-Dompet Untuk Memudahkan Transaksi Digital

Friday, October 28, 2022 0
Rakyat Malaysia Lebih Suka Menggunakan E-Dompet Untuk Memudahkan Transaksi Digital | Menghantar dan menerima dana daripada e-dompet dan perbankan atas talian menjadi lebih mudah dengan fungsi Pindahan DuitNow ShopeePay

Idea untuk menuju ke arah negara tanpa tunai mungkin kelihatan mustahil pada suatu ketika. Namun begitu, dengan penggunaan e-dompet yang makin meluas dalam kehidupan harian kita, perkara yang mustahil kini adalah melalui seharian tanpa menggunakannya. Mengikut kiraan terakhir pada tahun 2022, terdapat lebih 40 operator berlesen e-dompet yang sekali gus membuka jalan kepada Malaysia untuk menjadi negara tanpa tunai.

Kaedah e-pembayaran telah diperkenalkan sebelum pandemik COVID-19 tetapi, pandemik tersebut adalah pencetus kepada penggunaan yang luar biasa dalam kaedah e-dompet di Malaysia. Kini, ketika negara pulih daripada pandemik, rakyat Malaysia terus menggunakan e-dompet sebagai cara yang mudah untuk berurus niaga secara digital.

Dengan persaingan e-dompet yang semakin kompetitif, pengguna dapat menikmati banyak insentif yang menarik seperti tawaran pulangan tunai, diskaun dan mata ganjaran, dan juga program mengagihan bantuan COVID-19 kerajaan melalui e-dompet. Di bawah program inisiatif kerajaan Malaysia, e-Belia 2021 dan e-Pemula 2022, RM150 dalam bentuk dana e-dompet telah diberikan kepada semua belia berumur 18 hingga 20 tahun serta mahasiswa sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) Malaysia.

Program ini ditawarkan melalui empat perkhidmatan e-dompet, termasuk ShopeePay, yang mempunyai lebih 1 juta rangkaian peniaga, di luar dan atas talian. Usahawan tempatan khususnya golongan belia yang ingin menceburi dunia perniagaan digalakkan untuk bermula menerima pembayaran tanpa tunai untuk membantu peralihan kepada ekonomi digital.

BUKAN SEKADAR UNTUK PEMBAYARAN
Wang tunai dan kad hampir tidak diperlukan kerana telefon pintar anda boleh melakukan semua yang anda perlukan dengan mudah – malah bukan sahaja pembayaran. Sekarang, e-dompet juga telah menjadi kaedah pilihan untuk menghantar dan menerima dana di kalangan rakan-rakan, keluarga, dan untuk tujuan e-dagang.

Dompet mudah alih yang diintegrasikan seperti ShopeePay menawarkan pengalaman membeli-belah yang lancar untuk pengguna seperti membuat pembayaran atas talian di Shopee, menambah nilai dompet mereka, pindahan dan pengeluaran dana serta membuat pembayaran di luar talian pada ribuan peniaga. Perlu menghantar wang kepada pasangan anda? Gunakan e-dompet anda. Membuat bayaran untuk buku yang anda beli daripada penjual atas talian?

Pindahkan dana dengan e-dompet anda. Anda juga boleh menggunakan e-dompet anda untuk menghadiahkan angpow atau duit raya kepada anak saudara yang tinggal di negeri lain.

Pada asasnya adalah kelebihan menggunakan e-dompet, seperti ShopeePay: mudah, masa nyata (real-time), fleksibel dan tepat, ia juga selamat kerana data dalam e-dompet adalah sulit dan memerlukan pengesahan pengguna sebelum sebarang transaksi boleh dilakukan.

BUAT PEMINDAHAN MASA NYATA (REAL-TIME) MELALUI SHOPEEPAY DENGAN PEMINDAHAN DUITNOW
E-dompet juga boleh dipautkan ke akaun bank tersendiri di mana, anda boleh menambah nilai e-dompet anda dengan dana daripada akaun tersebut. Jika anda seorang pengguna ShopeePay, pautan akaun bank kepada e-dompet mempunyai satu lagi kelebihan: Anda boleh membuat pemindahan wang dengan mudah daripada e-dompet ShopeePay dengan cara yang lebih ringkas dan mudah dengan ciri baharu Pemindahan DuitNow.

Dari September 2022, pengguna ShopeePay boleh menghantar atau menerima dana dalam masa nyata daripada e-dompet lain atau mana-mana platform perbankan atas talian dengan menggunakan ID DuitNow mereka. Ini bermakna, pengguna tidak perlu lagi menaip nombor akaun yang panjang. Dengan ShopeePay, pengguna hanya dibenarkan untuk mengaktifkan nombor telefon mereka sebagai ID DuitNow untuk perkhidmatan e-dompet Pemindahan DuitNow.

Perkhidmatan ini juga hanya tersedia untuk pengguna ShopeePay yang telah mengaktifkan akaun Premium mereka (dengan mengesahkan NRIC mereka). Transaksi Pemindahan DuitNow adalah percuma, dan anda boleh melakukan transaksi Pemindahan DuitNow tanpa had daripada e-dompet ShopeePay anda.

Langkah-langkah mudah untuk menggunakan perkhidmatan DuitNow:
  1. Klik ikon “Tetapan” atau “Settings” di laman ShopeePay di aplikasi.
  2. Klik DuitNow, tandakan setuju di terma & syarat (T&C), dan klik “Link DuitNow to ShopeePay”
  3. Dapatkan kod pengesahan melalui panggilan telefon ataupun SMS melalui WhatsApp
  4. Masukkan kod pengesahan untuk medaftarkan nombor telefon sebagai ID DuitNow untuk ShopeePay






ULASAN DARIPADA PENGGUNA SHOPEEPAY
Adakah ianya mudah untuk menggunakan ShopeePay dengan Pemindahan DuitNow? Berikut ialah ulasan daripada beberapa pengguna mengenainya:

Amirtharaj Bathmanaban, Selangor

“Saya dan rakan-rakan saya suka keluar untuk mencuba tempat makan baharu. Apabila tiba masa pembayaran, biasanya salah seorang akan membayar dahulu dan kami yang lain akan memindahkan bahagian kami ke e-dompet ShopeePay mereka menggunakan Pindahan DuitNow. Ianya pantas dan mudah kerana tidak perlu menggunakan aplikasi perbankan atas talian kami, masukkan nombor akaun, tunggu OTP dan kemudian menghantar jumlahnya. Dengan ShopeePay, anda hanya perlu klik pada butang Pindahan DuitNow, taip nombor telefon bimbit, jumlah untuk dipindahkan, pin ShopeePay anda dan anda sudah selesai! Wang itu juga dipindahkan serta-merta ke dalam akaun rakan saya!”

Lawrence Goh, Kuala Lumpur

“Sebelum ini, apabila seseorang meminta nombor akaun bank saya untuk memindahkan wang, saya perlu memastikan saya memberikan semua nombor yang betul berulang kali... tetapi, saya tetap pernah melakukan kesilapan sebelum ini, menjadikan keseluruhan proses agak susah dan mudah untuk berlaku kesilapan! Kini, dengan ShopeePay, saya boleh menghantar dan menerima dana menggunakan ID DuitNow saya, saya hanya perlu memberi mereka nombor telefon saya dan mereka boleh memindahkan jumlah tersebut ke akaun bank saya serta-merta. Sangat mudah dan cepat.”

Hindumaathy Athimoolam, Selangor

“Saya menggunakan e-dompet ShopeePay saya untuk membayar barangan di Shopee. Saya juga menghantar dan menerima dana dengan serta-merta apabila akaun bank saya dipautkan ke ShopeePay. Ianya sangat berguna kerana saya tidak perlu mengingati nombor akaun sendiri, dan oleh kerana saya menggunakan ShopeePay dengan kerap, ianya sangat mudah untuk menggunakan hanya satu e-dompet untuk semua perkara dan tidak perlu menggunakan beberapa e-dompet dan aplikasi perbankan atas talian pada masa yang sama. Dengan cara ini, saya boleh mengawal perbelanjaan saya.”


PROMOSI PINDAHAN DUITNOW!

Bermula dari 17 Oktober, tambah nilai minimum RM50 ke e-dompet ShopeePay melalui Pindahan DuitNow dan dapatkan Pulangan Tunai RM10 + Baucar Pulangan Coins 100%.

Untuk maklumat lanjut tentang fungsi Pemindahan DuitNow di ShopeePay, sila layari https://shopee.com.my/m/DuitNow-Transfer

Tentang ShopeePay
ShopeePay ialah dompet digital yang diintegrasikan dan menawarkan pengguna akses mudah kepada perkhidmatan pembayaran digital. Dilancarkan pada 2015, ShopeePay membolehkan pengalaman membeli-belah yang lancar dengan membolehkan pengguna membuat pembayaran atas talian di Shopee, menambah nilai dompet mereka, memindahkan dan mengeluarkan dana, serta membuat pembayaran luar talian dengan ribuan rakan penjual kami. ShopeePay memudahkan anda membeli-belah dan menjalankan perniagaan. Ia menyediakan pengguna dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta memberi ganjaran; lantas memperkasakan perniagaan dan membuka pintu ke arah peluang baharu.

ShopeePay adalah sebahagian daripadaSeaMoney, sebuah cabang perkhidmatan kewangan digital Sea Limited. Sebagai penyedia pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan terkemuka di Asia Tenggara, misi SeaMoney adalah untuk menambah baik kehidupan individu dan perniagaan di rantau ini dengan perkhidmatan kewangan melalui teknologi. Untuk maklumat lanjut tentang ShopeePay dan SeaMoney, sila layari https://www.seamoney.com.

[1] https://www.pwc.com/my/en/assets/blog/pwc-my-deals-strategy-banking-on-the-ewallet-in-malaysia.pdf

[2]https://www.theedgemarkets.com/article/ewallet-digital-payments-pivotal-malaysias-financial-services-industry

[3]https://www.mof.gov.my/portal/en/news/press-release/ebelia-rm300-million-e-wallet-credit-for-2-million-youths-and-full-time-students-opens-on-1-june-2021


Thursday, October 20, 2022

The Haven Resort Ipoh Mempersembahkan The Haven Musical Extravaganza Bekerjasama Dengan Selangor Symphony Orchestra

Thursday, October 20, 2022 0
Pengalaman yang imersif pasti akan didapati di persembahan muzik "Sensurround" yang merupakan persembahan yang pertama seumpamanya, dilengkapi oleh landskap unik akustik semula jadi dan teknologi The Haven Resort.


Pemenang Anugerah All Suite Resort, The Haven Resort Ipoh mempersembahkan The Haven Musical Extravaganza dengan kerjasama Selangor Symphony Orchestra yang akan diadakan selama tiga malam berturut-turut bermula pada 27 haribulan sehingga 29 haribulan Oktober 2022 bermula jam 8.00 malam. Kerjasama ini mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC). Ini memberi peluang untuk para tetamu resort dan juga peminat muzik menikmati malam muzikal, makanan dan pemandangan indah The Haven Resort Ipoh.

Tetamu boleh menikmati konsert ini sama ada di taman di tepi tasik, Amfiteater atau dari balkoni yang selesa di unit bilik mereka melalui pakej muzik istimewa yang telah disediakan. Ini adalah julung kali pengalaman 'Sensurround' dapat dinikmati dengan dengan kedudukan strategik pemuzik di sekitar resort, pinggir hutan dan di setiap aras ketiga-tiga blok.

Konsert istimewa ini dipersembahkan oleh konduktor Eugene Pook, mezzo-soprano Jiayao Sun, pemain biola antarabangsa Dr. Hyungi Kim dan penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi dari Malaysia. Selain itu ada persembahan dari The Sound of Music, Phantom of the Opera, dan Kitaro, serta karya Selangor Symphony Orchestra.

(Kiri-Kanan: Konductor SSO Eugene Pook, Pemain Biola Dr. Hyungi Kim, Mezzo-Soprano Jiayao Sun & Penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi).

Peter Chan, Ketua Pegawai Eksekutif The Haven All Suite Resort
Selepas berehat daripada pandemik, kami ingin sambung kembali industri pelancongan. Apakah lagi cara yang lebih baik kalau bukan menyediakan percutian hujung minggu ke The Haven Resort di Ipoh dengan persembahan muzikal ekstravaganza yang indah?

Tetamu yang menginap bersama kami akan diberikan pengalaman konsert musik yang unik dan pertama seumpamanya dengan alunan muzik dari pentas terapung di tasik yang dilengkapi dengan alam semula jadi hutan di sekelilingnya.

Diinspirasikan oleh Festival Muzik Tahunan Hutan Hujan Sarawak; kami percaya The Haven Musical Extravaganza berpotensi untuk menjadi acara tahunan yang paling menarik dan dijadikan tarikan penting untuk negeri Perak. Kami berharap pertunjukan muzikal ini akan menjadi pemangkin kepada banyak lagi acara yang akan mempromosikan Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian.

Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh
Setelah wabak ini beransur-ansur hilang, Ipoh dijadualkan terus menjadi perhatian serta pilihan percutian yang indah untuk para pelancong. Dengan kesan pandemik selama 2 ½ tahun, ia tidak melemahkan semangat The Haven untuk memulih serta memastikan kemajuan Bandaraya Ipoh lebih hebat lagi.
Sudah tiba masanya untuk The Haven memperkenalkan Muzikal Extravaganza di Ipoh. Usaha memperkenalkan muzikal ekstravaganza ini sememangnya kreatif dan dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri Perak yang sedang berikhtiar untuk mempromosi Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian Asia. Sokongan sektor swasta, terutamanya dalam usaha mereka untuk mempromosikan Ipoh sebagai destinasi pelancongan utama amat dihargai khususnya untuk pelancong tempatan dan asing.

Eugene Pook, Pengasas Selangor Symphony Orchestra.
SSO amat teruja untuk bekerjasama dengan The Haven Resort Ipoh dalam memberikan pengalaman deria baharu dalam muzik. Siri ini menghimpunkan orang ramai daripada semua latar belakang untuk menikmati muzik bertaraf dunia di dalam suasana yang paling indah, di salah satu bandar bersejarah Malaysia.

The Haven Resort juga merupakan penyokong pelbagai inisiatif yang diketuai oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak. Dengan itu, The Haven Resort telah iktiraf kepentingan menyokong industri pelancongan Perak dan peningkatan ekonomi tempatan dengan usaha-usaha mereka untuk menarik pengunjung dari seluruh Asia. Majlis Bandaraya Ipoh di bawah pimpinan Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud juga telah mula mempromosikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Batu Kapur, Muzik & Kesenian di Asia.

The Haven Musical Extravaganza ini adalah merupakan permula kepada persembahan-persembahan lain yang akan datang untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri perak terutama bandar Ipoh. Acara ini akan diserikan dengan kehadiran Puan Nurmalis bt Musa, CEO Tourism Perak, juga akan menghadiri acara tersebut.

Pakej muzikal ini bermula dari RM390++/seorang* dan boleh dibeli melalui laman web di https://www.thehavenresorts.com/musical-extravaganza, nombor telefon WhatsApp +6019-759-8285, atau hubungi Jabatan Acara, Cik Yee Lai Kuan dengan telefon bimbit/ WhatsApp +6012-570-5498.

Semua harga pakej yang tersedia termasuk penginapan di suite yang serba lengkap, dan sarapan yang mewah. Para tetamu The Haven Resort Ipoh boleh memilih untuk menambah makan malam bufet antarabangsa untuk melengkapkan pengalaman mereka dengan harga RM75.00 bersih.

Sila layari https://www.thehavenresorts.com/ untuk maklumat lanjut.

About The Haven Resort Ipoh
The Haven is an award-winning and unique resort-style hotel situated on the edge of a virgin forest, with an ever-flowing lake and a 280-million-year-old limestone outcrop 15 minutes from the city centre of Ipoh, Malaysia. The luxurious resort consists of 150 suites with lavish facilities, including a clubhouse, helipad, 600m jogging track and specially designed seahorse-shaped 5-section swimming pool. A place with everything for everyone, The Haven is a sanctuary for those looking to escape the hustle and bustle of city life with activities that cater to families, couples, outdoor enthusiasts, foodies and more.

This unique development is the brainchild of Peter Chan and Amy Lau of Superboom Projects Sdn Bhd and The Haven Group of Companies. Boasting over 20 years of experience in property development and operations, they are committed to excellence and building and maintaining relationships.

With its one-of-a-kind location, specially curated offerings and future expansion plans, The Haven aims to champion Perak and Malaysian tourism and boost the local economy by attracting tourists from all over the globe.

About Selangor Symphony Orchestra
The Selangor Symphony Orchestra (SSO) is a professional orchestra based in Selangor. The orchestra serves as a platform for Malaysia’s accomplished professional classical musicians, showcasing the accumulated growth of the Malaysian classical music scene. At each concert, the SSO gathers the most accomplished musicians in Malaysia, forming the majority of around 60 musicians to be involved in its music-making, thereby helping the local music scene to flourish.

The annual season calendar of the SSO consists of full orchestra concerts, chamber music series, and education and outreach projects. The SSO aims to perform the core orchestral repertoires with all music carefully selected to serve and inspire audiences from all walks of life, the goal being to reach out to as many music enthusiasts as possible.

The SSO was founded in 2015 by Malaysian conductor Eugene Pook, the Music Director & Conductor. On Saturday, 21st November 2015, the orchestra's successful inaugural concert was held at Auditorium Jubli Perak, SUK Negeri Selangor, featuring renowned violin soloist Zhang Le.


BIO

Mr Peter Chan, Chief Executive Officer
Mr. Peter Chan is the Chief Executive Officer of Haven Sdn Bhd and Superboom Sdn Bhd projects, the holding company of the Haven Group of Companies.

His career began with the development and management of Permai Lake View Apartments, which later brought success to The Haven Group of Companies and completed the construction of its flagship on the shores of The Haven lakeside. The residence has received a lot of publicity and has become a guarantee of quality and affordable prices for a five-star resort. Under his leadership, the Group has also been awarded national, regional and international awards including the Minister’s Award, Brand of the Year, Property Man of the Year (CEO), Asia’s Best Resort Residences, Best Resort and Hotel Project. Peter graduated from the University of Singapore and holds a Bachelor of Business degree (with honours) and an Advanced Management Program at INSEAD, University in France.

Eugene Pook, Founder, Selangor Symphony Orchestra
Currently Music Director & Conductor of the Selangor Symphony Orchestra, Eugene Pook has made guest conducting appearances with professional orchestras such as the Malaysian Philharmonic Orchestra, Shanghai Symphony Orchestra, Henan Symphony Orchestra, Xiamen Philharmonic Orchestra, Hong Kong Chamber Orchestra, Lithuanian State Symphony Orchestra, Pleven Philharmonic, and others.

Eugene currently also holds position of Founder and Executive Director of the Ipoh Music Festival, Co-Founder and Music Director of PSPA International Ensemble, and has formerly held position as Founder, Music Director & Conductor of the Kinta Valley Wind Orchestra, and Co-Director of the Encounter Training Ensemble of the Malaysian Philharmonic Orchestra.

Eugene Pook’s selfless contribution to the music industry has benefited youths and communities of all races and backgrounds in his beloved country Malaysia and around the world; in 2012, he was awarded the 10 Outstanding Young Malaysians Award for his cultural contributions and achievements in Malaysia.

Eugene believes in giving back to the society and has performed in charity concerts to raise funds for the Alzheimer Disease Foundation Malaysia (2009, 2014), Jeffrey Cheah Foundation (2016, 2015, 2013, 2011), Dementia Society Ipoh (2017), National Stroke Association Malaysia (2018), Make-A-Wish-Malaysia (2016 & 2019), Assunta Palliative Care Center in Petaling Jaya (2014), Perak Palliative Care Society (2014).

In addition to conducting, Eugene Pook is also a professional clarinet performer and instructor. His clarinet recitals have been much sought after and performed at prestigious venues such as the Carnegie Hall in New York City, the Malaysia Embassy (Washington DC, USA), and the European Union Embassy (Washington DC, USA). His clarinet mentors include Harold Gomez, Jane Carl, and Kenneth Grant. Eugene was a winner of the Concerto Competition of at the University of Missouri-Kansas City (USA) where he performed Copland's Clarinet Concerto with the University's orchestra, and has performed with the American Wind Symphony Orchestra, Eastman Wind Ensemble, Kansas City Philharmonic, Northland Symphony Orchestra, and others.

Eugene Pook studied at the Royal Conservatory of Music (Canada), University of Missouri – Kansas City (U.S.A), and the Eastman School of Music (U.S.A). Eugene was born in Ipoh, Malaysia, and is currently on Board of Trustee of Alzheimer Disease Foundation Malaysia.

Ms. Jiayao Sun, Mezzo-Soprano

Jiayao Sun earned her Bachelor of Music degree in Voice at Yong Siew Toh Conservatory of Music, where she studied with Professor Alan Bennett. She was awarded a full scholarship to study full time at the National University of Singapore for four years.

In 2018, Jiayao earned her Master of Music in Opera Performance from the Sydney Conservatorium of Music, under the tutelage of Dr Maree Ryan. During her studies at the University of Sydney, she was awarded Patricia Lucas Music Achievement Scholarship, Helen Myers Scholarship and Sydney Conservatorium of Music Scholarship.

Jiayao is currently pursuing a doctorate degree in education at the University College Fairview in Malaysia. She is one of the vocal faculty members in Dominus Arts at the Fairview.

In addition to her appearances as a mezzo-soprano, Jiayao performed roles, including Dorabella (Mozart, Cosi fan tutte), Summer, Mystery, Autumn and Don the attendants (Purcell, The Fairy Queen), Diana (Cavalli, La Calisto), Sorceress (Purcell, Dido and Aeneas). In 2017, she performed in the Third Lady (Mozart, Die Zauberflöte) at the Opera Australia and the Sydney Conservatorium of Music.

Jiayao has won numerous competitions and awards, including the Vocal Special Awards of Judy Reid Vocal Aggregate, winner in the Operatic Aria / German Lieder / Secret Song section and third prize winner in the Art Song / Lieder section from the 2019 Latrobe Valley Eisteddfod Competitions. She was the winner of the 2019 Warrnambool Eisteddfod Aria Competition and was named runner-up at 2019 Boroondara Eisteddfod Aria Competition. In 2020, she was the winner of the Boroondara Eisteddfod Competition, in the Lieder section. Third prize winner in the Art Song section of the 2019 Diamond Valley Vocal Eisteddfod.

Dr Hyung Yi Kim, Violinist
Violinist Hyungi Kim is a distinguished soloist and chamber musician, performing over 50 concerts every year, ranging from Baroque music to Romantic virtuosic pieces to newly composed music. She started playing the violin at the age of 7 and made a debut at 13, playing Lalo's Symphonie Espagnole with Prime Philharmonic Orchestra. She continued her studies at Seoul National University (BM) and Eastman School of Music (MM, DMA) with Oleh Krysa, who was a pupil of the legendary Russian violinist David Oistrakh.

As a highly accomplished soloist and chamber musician, Hyungi Kim has been invited and to perform at Naantali Music Festival (Finland), Kronberg Festival (Germany), Beethoven Festival (Poland), Ufa and Sakhalin (Russia), New York, Tennessee, Colorado and New Mexico Tour Concert (USA), Shanghai Summer Music Festival MISA, Harbin Music Festival (China), Seoul Arts Center Orchestra Festival, Kumho Young Artist Concert, and Young Artist Festival (Korea). She also gave recitals, playing a complete cycle of Bach's 6 Sonatas and Partitas, as well as complete Sonatas by Beethoven and Brahms.

Hyungi Kim has also performed with international orchestras including the Greece Symphony, Moldova Teleradio, Martinu Czech Filharmonie Bohuslav, Romania Craiova Philharmonic Orchestra, Shanghai Baroque Chamber, Seoul Philharmonic and Korean Chamber Orchestra. In 2009, she was tremendously acclaimed when she played Bartók's Second Violin Concerto performed with the Seoul Philharmonic Orchestra at the Korean Orchestra Festival in Seoul Arts Center.

She has released three classical CDs, one of which was complete Sonatas and Partitas for solo violin by Bach. Hyungi Kim held faculty positions at Seoul National University and Yonsei University. She is currently the concertmaster at United Philharmonic Orchestra and also is a member of the Korean Chamber Orchestra, KCO String Quartet and Mirus Trio. She plays a violin constructed by Carlo Antonio Testore of Milan c. 1760.

Asyraf Farhan Adi Zairi, Singer
Asyraf Farhan was the male lead singer for the song "1 Malaysia". Previously, he was an International Goodwill Ambassador appointed by the former DYMM Sultanah of Pahang Sultanah Hajjah Kalsom.

Asyraf Farhan has participated in many events across the country called 1Malaysia and 1M4U programmed by the former Prime Minister of Malaysia. He has been invited in TV3's "I Can See Your Voice Malaysia (season 4)", Astro's Karaoke Superstar, and he has been involved in many TV shows in Malaysia. He is also a freelance vocal coach and works for one of the best travel agencies in Malacca called Ukhwah Harmoni Travel and Tour Sdn Bhd.


Monday, October 17, 2022

Majlis Tayangan Gala dan Sidang Media Pelancaran Drama Bersiri "Sayap Bagimu" Sempena Ulangtahun AEON Ke- 38

Monday, October 17, 2022 0
Majlis Tayangan Gala dan Sidang Media Pelancaran Drama Bersiri Sayap Bagimu Sempena Ulangtahun AEON Ke- 38 |  Liez sangat teruja bila AEON CO. (M) BHD. (AEON) telah mengadakan Tayangan Gala dan Sidang Media pelancaran drama berjudul "Sayap Bagimu" di TGV AEON AU2, Kuala Lumpur. AEON ingin melebarkan sayapnya untuk mendekatkan diri dan menggiatkan lagi penglibatan bersama pelanggan setia mereka dan untuk rakyat Malaysia.

Majlis penuh gemilang tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON dan juga beberapa barisan artis yang membintangi drama tersebut. Antaranya Alif Satar, Siti Nordiana, Dato' Sri Eizlan Yusof, Vince Chong dan Aznie Azmi. 

Majlis tayangan gala ini juga diadakan bersempena sambutan ulang tahun AEON yang ke-38 membawa tema “Sayap Bagimu”, iaitu satu interpretasi kesungguhan AEON untuk memberikan perkidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan inklusiviti serta kelestarian ekosistemnya. 

Menurut Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON
Sebagai sebuah syarikat yang amat mementingkan keutamaan pelanggan, kami sentiasa mahu menjadikan pasar raya kami bukan sahaja tempat untuk membeli belah, malah mampu menjadi organisasi yang sentiasa proaktif dan inovatif. Penglibatan AEON di dalam industri pembikinan drama ini merupakan satu yang baharu untuk kami namun AEON yakin pendekatan ini mampu memberikan impak positif dalam memperkasakan operasi syarikat dan untuk terus merapatkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggan

Drama ini juga adalah tanda penghargaan dan terima kasih AEON terhadap kesetian yang tidak berbelah bahagi oleh pelanggan, rakan niaga dan kesemua pemegang taruh yang telah menjadikan AEON sebagai jenama runcitan pilihan dan tempat membeli belah dan lokasi santai bersama keluarga. 

Kami di AEON amat bersyukur dengan setiap kejayaan yang dikecapi oleh syarikat yang disokong oleh kesetiaan pelanggan selama 38 tahun. Kejayaan syarikat yang juga didukung kuat Kerajaan membolehkan kami untuk terus memacu setiap usaha kami ke hadapan

Selain itu, tajuk drama “Sayap Bagimu” ini juga diambil daripada inisiaitf AEON untuk kelestarian negara, di mana aspirasi Sayap Bagimu ialah untuk menyokong antara satu sama lain untuk mengembangkan sayap dan terus bergerak ke hadapan 2 bersama. Drama Sayap Bagimu berkisar tentang cabaran, tekanan dan sokongan yang dihadapi di tempat kerja demi memajukan nama syarikat. Ia mampu memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengembangkan sayap potensi yang ada pada diri masing-masing untuk mengejar impian.

Drama ini akan mula ditayangkan di laman Youtube AEON Malaysia bermula 13 Oktober 2022. 

Inisiatif Sayap Bagimu selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). Antaranya ialah Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG 3) iaitu memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan bagi setiap lapisan umur serta Pembangunan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik (SDG 8) yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi berterusan, inklusif dan mampan, guna tenaga penuh dan produktif serta kerja yang bersesuaian untuk semua. 

Turut menyertai program ini ialah rakan-rakan niaga AEON dan para penaja seperti AmBank Malaysia, TGV Cinemas, Focus Point, Gintell, OSIM, Poh Kong, Tomei Gold & Jewellery, PANDORA Jewellery, Hype Energy Drink, Mahnaz Food, Samsung Malaysia Electronic, Mamee-Double Decker, Shogun Japan, Yeo Hiap Seng, BB Diapers dan Uncle Zam Rice. 

Mengenai AEON Runcit 
AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness, 42 DAISO dan 4 Komai-so di seluruh negara. 

Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara. AEON BiG (M) SDN. BHD. mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BiG" di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat. Pengambilalihan AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean. 

AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON. 

Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:


Friday, October 7, 2022

AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI AEON Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear)

Friday, October 07, 2022 1
AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear)  Pameran perkahwinan “Permaisuri Sehari” untuk mendapatkan busana pengantin dengan lebih mudah dan mampu milik

AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI AEON Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear)

Menjadi kebiasaan bila menjengah ke hujung tahun, ramai pasangan melangsungkan perkahwinan. Dan bila majlis telah dirancang, bermulalah misi mencari busana pengantin. Menyedari peningkatan permintaan dari ramai pelanggan sempena musim perkahwinan ini, AEON CO. (M) BHD. (AEON) melancarkan koleksi busana pengantin yang bertemakan “Permaisuri Sehari”. 

AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI AEON Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear)

AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI AEON Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear)

AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI AEON Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear)

Majlis pelancaran yang berlangsung di AEON Mall Alpha Angle, Wangsa Maju buat pertama kalinya memperkenalkan koleksi busana pengantin RTW (Ready-to-Wear) di bawah label PUTERI. Koleksi ini bukan sahaja untuk bakal pengantin tetapi ada juga untuk bridesmaid dengan harga mampu-milik dan tersedia dalam pelbagai saiz. 

AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI AEON Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear)

AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI AEON Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear)

Koleksi PUTERI busana pengantin ini boleh mengunjungi lapan (8) AEON terpilih yang menawarkan koleksi busana pengantin ini iaitu di AEON Taman Maluri, Alpha Angle, Bandar Utama, MidValley, Shah Alam, Kota Bharu, Kuching dan Nilai.

Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Pemasaran dan Dagangan AEON Malaysia

AEON memang faham cabaran untuk merancang perbelanjaan perkahwinan jadi bila tibanya peluang untuk membantu mengurangkan stress, label PUTERI terus mengambil inisiatif untuk memperkenalkan koleksi busana yang mesra-bajet, moden dan dengan 15 pilihan yang boleh terus dipakai serta tersedia dalam semua saiz.


AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI AEON Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear)

Pelancaran koleksi bermula dengan pameran perkahwinan sejak 26 September lalu. Selain busana pengantin PUTERI AEON RTW (Ready-to-Wear), pameran perkahwinan “Permaisuri Sehari” turut disertai oleh Shashas Designer, Ghadeez KL, Ikhwan Designer, Nana Bridal dan Jess Wedding. Pameran ini membantu memperkenalkan pemilik busana pengantin tempatan dan membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia, khususnya pelanggan AEON untuk mendapatkan pelbagai pakej perkahwinan dan busana pengantin.

AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI AEON Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear)

Kesemua jenama lain yang turut hadir juga memperlihatkan koleksi busana mereka dalam satu pertunjukan fesyen yang turut diperagakan oleh Aini Sophie, pemenang Miss Malaysia Kebaya 2018/2019 dan Ikon Wanita Melayu 2019

AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI AEON Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear)

Lebih menarik lagi, tarian tradisional Melayu, Cina dan India oleh Dirgahayu Seni dari Melaka juga dipertontonkan sebagai tradisi tempatan memeriahkan lagi majlis.

AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI AEON Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear)

AEON Malaysia juga mengadakan Peraduan “Permaisuri Sehari”, sebuah kempen media sosial yang menjemput bakal pengantin untuk memenangi sepasang busana perkahwinan di samping menggalak kesedaran dan keterujaan terhadap koleksi baharu ini.

Melalui peraduan ini, tiga (3) pemenang iaitu; Nursyuhaidah Mohd Razib dari Keramat, Nurul Natasha Jamaludin dari Ampang dan Rosnazira Jamil dari Penang telah dipilih untuk menangi busana pengantin dari PUTERI, berserta sesi persiapan mekap dan rambut atau hijab oleh jurudandan perkahwinan terkenal Shaari Amin, selain membawa pulang baucar tunai AEON bernilai RM500.

Untuk menyertai, peserta hanya perlu kongsikan video mereka berdurasi 60 saat dengan menyatakan impian “Permaisuri Sehari” mereka secara kreatif. Peserta perlu memuat naik video mereka pada “Reels” di akaun Instagram atau di akaun TikTok dengan menanda tag @aeonmalaysia berserta tanda pagar kempen.

Kami pasti ramai yang mempunyai impian perkahwinan tersendiri dan melalui kempen ini, sedikit sebanyak kami dapat merealisasikan impian mereka 

Mengenai AEON Runcit
AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness, 42 DAISO dan 4 Komaiso di seluruh negara. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara. AEON BiG (M) SDN. BHD. mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BiG" di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat. Pengambilalihan AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean.

AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON.

Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: