Thursday, August 30, 2018

RESEPI KACANG POOL ALA HAJI TERKENAL DI LARKIN

Thursday, August 30, 2018 8


RESEPI KACANG POOL ALA HAJI TERKENAL DI LARKIN | kalau pasal makan yang rare atau jarang ada di KL ni memang Liez suka sangat nak cuba makan. Dan Liez pula jenis tak tak kisah kalau makanan tu pelik pun Liez akan cuba. Lagi kalau tengok kawan-kawan asyik update je diaorang makan itu ini. Antara makanan yang Liez belum pernah makan ialah Kacang Pool.



Kawan-kawan yang stay di Johor mesti dan selalu makan kacang pool yang viral dipanggil Kacang pool haji di Larkin. Tengok ramai yang review kata sedap dan sedap lah! hihihi Liez pulabilakalapula nak keLarkin hanya semata-mata nak makan kacang pool kan so Liez google resepi kacang pool dan jumparesepi dari blogger masakan favourite Liez Chef Mat Gebu. Apa lagi, Liez pun beli semua barang dan sedia untuk masak.

Kacang Parang Yeo's

BAHAN-BAHANNYA 

1 tin kacang pool, toskan dan ramas hingga hancur
1 tin kecil baked beans
200 gram daging lembu kisar
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar ketumbar serbuk
1 kiub daging (optional)
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
(*dikisar halus)

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Roti paun atau roti perancis atau roti biasa pun boleh
Telur, di goreng mata kerbau
Bawang besar, didadu
Cili hijau, dihiris
Cili merah, dihiris
Tomato, dididadu
Limau kasturi secukupnya
Minyak sapi cair

CARA MEMBUATNYA 
  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan ketumbar serbuk, kacau rata, kalau pekat tambah sedikit air. Kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak sapi, tumis pes rempah tadi hingga harum dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masak hingga daging berubah warna. Masukkan air dan kiub daging (jika guna). Bila mendidih, masukkan kacang pool dan baked beans. Kacau rata.
  3. Masak hingga pekat sedikit, tambah garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api (bila sejuk kacang pool akan jadi pekat, jadi anda boleh tambah sedikit air panas jika nak sedikit cair). 
  4. Untuk menghidang, cedok secukupnya kacang pool ke dalam mangkuk sesuai, letak sekeping telur mata kerbau, tabur bawang besar, tomato, hirisan cili merah/hijau dan curahkan sedikit minyak sapi cair atasnya. Perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti bakar....

SELAMAT MENCUBA !!!!!

Monday, August 20, 2018

DOA ARAFAH UNTUK KITA BERDOA SEBANYAK MUNGKIN

Monday, August 20, 2018 3

Berdoalah pada hari ini kerana ia merupakan hari yang terbaik untuk berdoa. “Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Di Arafah masuk waktu Zohor pada tarikh 9 Zulhijjah 1439H hingga ke sebelum Maghrib pada tarikh 10 Zulhijjah 1439H itu dikira waktu ARAFAH. (Perubahan hari dikira slps Maghrib) Waktu paling mustajab berdoa. Tarikh di Malaysia adalah pd 20.08.2018 (Isnin) kira-kira pada jam 5.30 petang hingga  11 malam waktu Malaysia. 

Amalan terbaik pada hari #wukuf di #Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT. Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Hadis diriwayatkan oleh Malik).

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,


 لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير 

(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).” 
(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).

Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menun…

Di Arafah masuk waktu Zohor pada tarikh 9 Zulhijjah 1439H hingga ke sebelum Maghrib pada tarikh 10 Zulhijjah 1439H itu dikira waktu ARAFAH. (Perubahan hari dikira slps Maghrib)

Marisama-sama kita berdoa semahunyakepada ALLAH SWT.

MAJLIS PERLANCARAN APLIKASI CANNIS GABUNGKAN E-DAGANG 7 DALAM 1

Monday, August 20, 2018 18

MAJLIS PERLANCARAN APLIKASI CANNIS GABUNGKAN E-DAGANG 7 DALAM 1 | pada hari Sabtu yang lalu telah berlangsungnya persidangan pelancaran global Aplikasi Cannis di Pusat Konvensyen dan Pameran Setia City (SCCC). Kalau korang nak tahu aplikasi Cannis ini mengabungkan asas harian seperti makanan, minuman, hiburan, pakaian  dan merangsang model perniagaan dan memacu gelombang baru APP. Kira aplikasi yang korang boleh cari apa sahaja dengan mudah.

Cannis yang beribu pejabat di Kuala Lumpur juga mempunyai beberapa pejabat di Taipei, Guangzhou, Hong Kong, Pulau Pinang dan kumpulan pasukan teknikal di Hangzhou telah menjadikan aplikasi ini antara yang berjaya tahun 2018.




Pengerusi Cannis Group adalah Puteri Mahkota Duli Yang Maha Mulia, kekanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj, yang telah membantu beratus-ratus syarikat terkenal dengan pengalaman latihan korporat yang sangat berpengalaman dan juga Naib Pengerusi, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat dan Ketua Pegawai Eksekutif ialah Datuk Dr. Azman Chin.

Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat , Naib Pengerusi Cannis Group
" Pertumbuhan pesat pengguna media sosial China, kadar penembusan telah meningkat dengan ketara, dan kebangkitan blokchain telah membatalkan industri semasa dan operasi sosial. Blockchain, kebijaksanaan dan Internet adalah antara tiga teknologi teratas yang China perlu perkukuhkan. Siaran langsung telah memulakan rangkaian sosialnya pada 2016. Skala siaran langsung dalam talian China hampir 58 bilion yuan. Analisa domestik China menjangka industri siaran langsung akan melebihi 100 bilion yuan pada 2018. Hari ini siaran langsung menjadi fenomena sosial, dan produk komersial juga"

Cannis adalah platform merintis perancangan program, teknologi produk, promosi operasi dan visualisasi data. Ia juga mempunyai hampir 100 jurutera profesional dan pasukannya mempunyai keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat. Bermula bulan Mac tahun ini, Cannis telah menarik minat syarikat-syarikat teknologi termasuk Internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih, dan perkongsian data yang besar untuk menjadi rakan kongsi Google, dan meningkatkan kebolehbacaan APP Cannis, dan keselamatan sistem
Datuk Dr. Azman Chin, Ketua Pegawai Eksekutif Cannis Group
"Cannis adalah platform penyokong peminat dan pengikut pertama di dunia. Pada masa kini tidak perlu memuat turun berbilang aplikasi, selagi anda mempunyai Cannis, anda boleh memenuhi semua keperluan peminat. Cannis APP menggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih, termasuk siaran langsung dalam talian, e-dagang langsung, permainan dalam talian, video pendek, social media, belanja diskaun dan pembayaran digital. Ia akan mengumpul lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam dan boleh digunakan di 140 negara di seluruh dunia, terutama di Asia Tenggara "

“you think it, we build it”

Aplikasi Cannis boleh korang install melalui Google Playstore dan bagi pengguna Apple aplikasi Cannis akan muncul tidak lamananti.


Website :  
www.cannis.app

Facebook :  
www.facebook.com/CannisApp

Instagram :  
www.instagram.com/CannisApp

Tuesday, August 14, 2018

KELAS MAKEUP SERENDAH RM59 APBEAUTY.CO

Tuesday, August 14, 2018 14

KELAS MAKEUP SERENDAH RM59 APBEAUTY.CO | perempuan mana yang tak suka cantikkan? walaupun sekadar hanya menempek bedak dan pakai lipstik itu pun dan kira bersiap. Jarang tengok kaum hawa keluar rumah kalau tak bermake up kan?? Liez pula akan bersiap make up bila hendak menghadiri event atau kenduri, memang time ni all out la hihihi. Tapi dalam banyak-banyak bab make up ni memang Liez akan gagal bila melukis kening. Selalu failed sebab tak sama kanan dan kiri. Rupanya nak lukis kening pun kena tahu teknik yang betul tau. So Liez pun godek- godek IG dan jumpa satu kelas make up yang boleh bantu amatur seperti Liez ni.
Kelas makeup serendah RM59 Apbeauty.co
Jangan terkejut kelas makeup yang Liez sebutkan ini hanya RM59 sahaja!! Betul ~ hanya RM59 sahaja. Mana nak dapatkan kelas basic belajar makeup semurah ini. Tapi di Apbeauty.co semua itu memang berbaloi. Liez tanpa berlengah terus mendaftarkan diri dengan niat nak belajar sikit ilmu makeup untuk diri sendiri je hihihi. Dan yang penting dekat dengan rumah Liez iaitu di Sentul Village.
Kelas makeup serendah RM59 Apbeauty.co
Setiba di kelas memang Liez teruja tapi pada masa yang sama segan jugak sebab yang join kelas makeup ni kebanyakkan gadia-gadis muda tapi jangan tak percaya ada jugak akak-akak yang berusia join kelas Apstore.my ni. Apa yang perlu banyak hanyalah...diri sendiri je. Barangan untuk makeup juga disediakan pihak Apbeauty.co termasuk nota.
Kelas makeup serendah RM59 Apbeauty.co
Di kelas makeup Apbeauty.co korang akan diberi info tentang penjagaan wajah dari pengunaan skin care, krim pelembap, melukis kening, pemilihan bedak asas dan banyak lagi yang berkaitan. Kira korang boleh tanya apa-apa soalan berkaitan dengan tenaga pengajar bertauliah ye bukan calang-calang tau.
Dengan makeup artist dan juga pengajar Cik Aimi
Selain itu, Apbeauty.co juga ada menjual barangan solekan jenama tempatan yang popular seperti Bellaz, Okaya, Obsesse cosmetic, Ash Perfect Serum dan banyak lagi. 
Kelas makeup serendah RM59 Apbeauty.co
Lepas habis kelas, korang akan diberikan sijil penyertaan. uisshhh memang bangga la sebab  berjaya makeup muka sendiri dengan confident. Dan serius Liez sangat sebab akhirnya dah tahu cara lukis kening dengan betul . Korang yang nak booking kelas makeup murah boleh hubungi

Facebook: 

Wednesday, August 8, 2018

5 CARA PENYIMPANAN DAGING YANG BETUL

Wednesday, August 08, 2018 5

5 CARA PENYIMPANAN DAGING YANG BETUL | Assalamualaikum dan selamat pagi. Uissshhh lama kan Liez tak update blog. Seperti biasa rutin harian agak sibuk. Laptop pun lama tak on tu. Ini Liez update menggunakan hp sesambil tidurkan anak teruna Liez.

Memandangkan Hari Raya Haji tidak lama lagi dan pasti banyak diantara kita yang akan mendapat daging korban kan? Jadi hari inI Liez nak kongsikan 5 cara penyimpanan daging korban yang betul. Nampak macam remeh tapi sebenarnya cara-cara dibawah sangat berguna tau. Tapi cara-cara i i boleh jugak untuk daging ayam atau makanan yang hendak disejukbekukan.

1. JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DI SIMPAN
Sebelum disimpan, daging korban tidak perlu dibasuh terlebih dahulu. Sebabnya, jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakkan kualiti daging. Cara yang sepatutnya, cuci daging tersebut bila masa ingin dimasak.

2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI BANYAK KE DALAM FREEZER
Jika dapat daging dalam kuantiti yang banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Tetapi cara yang betul adalah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik atau bekas makan dalam portion yang kecil. Jika hendak masak, ambil satu plastik/bekas , biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM FREEZER.
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam chiller sekurang-kurangnya 4 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam freezer. Ini untuk memastikan daging tadi tahan lebih lama kerana perubahan suhu secara mengejut (terus masuk ke freezer)

4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS
Ini yang Liez selalu tengok orang buat dan Liez pernah buat suatu masa dahulu. Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dalam daging beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di dalam air suhu bilik (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah ais daging cair, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

5. ELAK MENYIMPAN DI DALAM PLASTIK HITAM
Jangan simpan daging /makanan dalam plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil dari bahan kitar semula/recycle. Ia mengandungi kanfungan Karsinogen yang dapat menyebabkan sel kanker. Sangat digalakkan menyimpan daging/makanan menggunakan plastik lutsinar atau Zip-lock bag.

Wednesday, August 1, 2018

MESTI CUBA MENU BARU BLUEBERRY CHEESECAKELAVA CAKE DARI DOMINO'S

Wednesday, August 01, 2018 1

MESTI CUBA MENU BARU BLUEBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE DARI DOMINO'S | siapa yang suka makan sesuatu yang manis selepas makan? High 5!! Liez pun suka makan dessert lepas makan something savoury terutama lepas makan ikan. Memang habit Liez. Bila sebut benda manis ni Liez nak korang try menu terbaru dari Domino's yang sedap dan manis iaitu Bluberry cheesecake lava cake.

Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura
“Rakyat Malaysia rata-rata meminati manisan pencuci mulut. Hasil kajian kami menunjukkan lebih 10% daripada jumlah jualan adalah termasuk manisan! Dengan pelancaran manisan baharu ini, kami menjangka angka tersebut akan meningkat lebih tinggi. Tawaran manisan terbaru kami ini juga akan menambah kelebihan daya saingan kami dalam pasaran dan menyokong usaha kami untuk menembusi bahagian pasaran yang lebih besar. Kami teruja untuk merangkumkan kek ini dalam menu tetap kami dan kami gembira menjadi Restoran Perkhidmatan Segera (QSR) yang pertama menawarkan Blueberry Cheesecake Lava Cake. Kedudukan kami sebagai syarikat piza tidak menghadkan kreativiti kami kepada piza atau sajian utama sahaja dan kami harap pelanggan kami akan seronok menikmatinya, terutama sekali pada musim Raya. Menyusuli kejayaan manisan kami, khususnya Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake yang menjadi kegemaran ramai, hari ini kami mempersembahkan satu lagi manisan yang lazat untuk pilihan pelanggan kami.”
Linda Hassan, Pengurus Besar, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura
“Seperti piza kami, manisan pencuci mulut kami dicipta dengan penuh kasih sayang dan ketelitian, kesungguhan dan keprihatinan. Kami komited untuk menawarkan makanan dan perkhidmatan berkualiti, dengan hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dan bermutu untuk manisan ini, termasuk keju krim yang lazat dari New Zealand dan beri biru dari Perancis. Bahan-bahan bermutu tinggi ini menambah kelazatan kek lava kami. Satu lagi cabaran dalam menyediakan kek ini ialah cara untuk mengekalkan imbangan teksturnya.”

Blueberry cheesecake lava cake Domino's ini dihasilkan dengan penuh penelitian untuk memastikan tekstur kek lava ini dibakar dan fokus penting pada leburan ditengah kek ini agar mengalir sempurna. Bagi Liez yang sukakan sesuatu yang lembut dan manis, Blueberry cheesecake lave cake ini adalah pilihan tepat dan yang penting sedap. Dengan rasa masam dari buah blueberry dan cheese memang sangat menepati selera.

Selain Blueberry cheesecake lava cake, korang boleh juga mencuba Chocolate Lava cake adan Peanut butter Lava cake dengan harga RM7.10/satu. Kalau nak lebih berbaloi korang boleh dapatkan dengan pembelian set Buddy Combo atau set Super Combo
 Buddy Combo @ RM 42.90 (GST zero) 
1 x regular pizza
1 x Garlic Twisted Bread
1 x Blueberry cheesecake lava cake
1 x stuffed cheddar bites
2 x can soft drink
ATAU

Super Combo @ RM 59.50 (GST zero) 
2 x regular pizza
1 x Garlic Twisted Bread
1 x Blueberry cheesecake lava cake
1 x Chocolate lava cake OR Peanut butter chocolate lava cake
1 x 1.5L soft drink

Korang jangan lepaskan pelaung untuk dapatkan combo tebaik dari Domino's di semua outlet berhampiran atau boleh je tempah secara online di www.dominos.com.my atau hubungi 1300-888-333.

TOK ABAH SENTIASA DI HATI, AL-FATIHAH

Wednesday, August 01, 2018 2

TOK ABAH SENTIASA DI HATI | masih Liez berbelah bahagi untuk menitipkan coretan perginya Tok Abah yang Liez sayangi. Sempena hari Pahlawan ini, Liez titipkan juga tulisan ini semoga menjadi kenangan. Tok Abah Liez telah menghembuskan nafas terakhir pada 23 Julai yang lalu di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin. Pemergian Tok Abah sangat memberi kesan pada kami sekeluarga.

Tok Abah adalah bapa kepada mak Liez. Dan kami sangat rapat dengan keluarga mak berbanding keluarga ayah. Banyak masa kami habiskan bersama. Liez masih ingat lagi kenangan diwaktu Liez masih kanak-kanak lagi banyak menghabiskan masa dengan keluarga mak.

Saat Liez membaca Whatsapp dari mak Liez dalam group keluarga sudah mengalir air mata ini. Sedih yang teramat dan tak dapat nak Liez rungkaikan kerana Liez tidak berada dengan Tok Abah disaat akhir nyawanya. Tapi Liez bersyukur Allah SWT telah mentakdirkan Liez dapat bersama Tok Abah dan mencium dahi Tok Abah sehari sebelumnya. 

Sudah lama Tok Abah terlantar sakit. Sakit pedih derita tidak terungkap hanya arwah dan Allah SWT yang tahu. Melihat keadaan Tok Abah yang makin uzur dan tidak berdaya dari hari ke hari meruntun hati Liez. Akhirnya pergi mengadap Sang Pencipta dihari yang mulia hari isnin..

Berehatlah Tok Abah. Kami anak cucu cicit akan mendoakan Tok Abah. Tok Abah akan tetap dalam doa dan ingatan kami selalu. Sesungguhnya kami sangat merinduimu..