Friday, August 14, 2020

Baby Carrie Produk Terbaru Dihasilkan 100% Organik Untuk Bayi Baru Lahir

Friday, August 14, 2020 19

Baby Carrie Produk Terbaru Dihasilkan 100% Organik Untuk Bayi Baru Lahir | Assalamualaikum korang. Masa Liez buat persiapan untuk bersalin, Liez dah prepare barangan keperluan bayi yang diperlukan. Memandangkan pakaian bayi kepunyaan anak pertama Liez masih elok, jadi Liez tak kisah untuk digunakan untuk Baby Najla. Cuma Liez pentingkan barangan penjagaan diri seperti sabun mandi, syampu, lotion dan juga minyak bayi. Memang dari anak pertama lagi Liez akan belikan produk organik kerana kulit bayi sangat sensitif dan lembut. Sebelum ni Liez beli dari jenama luar negara tetapi kali ni Liez dapatkan rangkaian produk organik terbaru iaitu Baby Carrie.


Rangkaian Produk Baby Carrie yang terbaru ini dihasilkan untuk keperluan bayi baru lahir. Produk yang sangat sesuai untuk bayi baru lahir kerana bayi mempunyai kulit yang sensitif dan lembut. Produk Baby Carrie ini mengandungi 100% bahan organik dari aktif tumbuh-tumbuhan semulajadi.


Baby Carrie Produk Terbaru Dihasilkan 100% Organik Untuk Bayi Baru Lahir 

BABY CARRIE HEAD TO TOE GENTLE WASH

Menjadi pilihan Liez untuk mandian Najla kerana ia boleh digunakan sebagai sabun mandian dan juga syampu. Kiranya 2 dalam satu, tidak perlu produk berasingan dah. Formulasinya mengandungi susu badam organik dan susu gandum yang sesuai untuk kulit bayi. Selain berbau wangi, ia juga sangat lembut pada kulit bayi. Produk yang bukan sahaja membersihkan tetapi membantu melembapkan dan mencegah dari kerosakan sel kulit.


BABY CARRIE BABY BATH

Sabun mandian yang mengandungi susu oat organik dan susu badam sama membantu membersihkan kulit vayi yang sensitif selain melembapkan, melembutkan dan melindungi kulit. Ia juga menganjalkan kulit bayi kerana mengandungi Vitamin A & E selain sebagai antioksidan.

Untuk Baby Carrie Baby Bath, anak-anak Liez memang suka. Dengan bauan wangi dan segar, memang menjadi kegemaran mereka. Lembut pada kulit dan mudah dicuci.

BABY CARRIE BABY OIL NOURISHING

Diperbuat dari minyak badam dan minyak gandum yang menyerap cepat pada kulit. Selain minyak ini melindungi kulit dan mengekalkan kelembapan kulit bayi. Minyak bayi yang pelbagai guna seperti untuk kepala atau rambut, kulit dan juga digunakan untuk urutan pada bayi.


Minyak bayi ini Liez sapukan pada bahagian kepala Najla untuk mengurangkan kerengsaan akibat kepala dicukur. Bila disapu, kulit kepala menjadi lembut selain membantu mengurangkan masalah kulit kepala berkuping. Liez juga sapukan pada belakang telinga Najla untuk membuang kotoran atau daki. Najla juga suka diurut jadi Liez gunakan minyak bayi ini sebagai minyak urutan.


BABY CARRIE LOTION

Lotion yang dihasilkan dengan susu oat organik dan susu badam yang sangat bagus untuk kulit bayi. Ia melembapkan kulit bayi selama 48 jam dan tidak berminyak. Mengandungi Gliserin yang membantu menghidratkan selain membantu menenangkan kulit bayi.


Liez sapukan lotion pada pergelangan tangan lutut dan siku Najla. Selain itu bauan yang lembut seakan menenangkan Najla. Liez pun suka baunya dan gunakan untuk melembutkan bahagian siku Liez.


Liez berpuas hati dengan produk Baby Carrie kerana ia sangat sesuai untuk Baby Najla dan juga produk Carrie Junior adalah produk yang Liez gunakan untuk ketiga-tiga anak Liez dari mereka kecil lagi. Selain itu, produk Carrie Junior juga telah berada dipasaran lebih dari 20 tahun dan kekal kerana mereka menjadi pilihan ibu bapa.

Korang boleh dapatkan produk Baby Carrie dengan melawati social media Carrie Malaysia seperti dibawah

Wednesday, August 12, 2020

TAHAN Sport Hijab PTT Outdoor Untuk Keselesaan Ketika Bersukan Atau Beriadah

Wednesday, August 12, 2020 19
TAHAN Sport Hijab PTT Outdoor Untuk Keselesaan Ketika Bersukan Atau Beriadah | Assalamualaikum korang. Habis je pantang bulan lepas, Liez dah nekad nak maintainkan berat badan sekarang ni. Bukan senang nak turunkan berat badan ye, so bila dah turun banyak masa dalam pantang ni kena jaga makan dan juga senaman selalu. Bila sebut pasal bersenam, kena siap sediakan pakaian, tudung dan juga kasut yang sesuai. 


Dalam mencari tudung yang sesuai dipakai untuk bersenam, Liez ternampak satu tudung yang sangat menarik hati. Terus Liez terjah websitenya untuk mendapatkan info selebihnya. Baca review-review pemakainya pun semua kata best, so Liez pun nak juga cuba. Tudung yang Liez maksudkan ialah Tahan Instant Hijab dari PTT Outdoor

Keistimewaan TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor.

Pertama kali Liez pakai Tahan instant Sport Hijab terus jatuh cinta. Mana tidaknya, tudungnya memang selesa dan yang penting tidak panas. Rupanya materialnya memang terbaik dan sesuai dipakai untuk aktiviti luar seperti berjogging, beriadah dan juga berenang. Apa istimewanya???

Menggunakan fabrik yang:-

  • direka untuk cepat kering dan ringan
  • dibuat dari 90% Polyester dan 10% Spandex
  • selesa dipakai kerana mempunyai grip di muka
  • anti kedut yang sesuai untuk dibawa travel
  • sesuai dipakai untuk aktiviti lasak dan riadah
  • tak kira untuk aktiviti luar dan dalam
  • sesuai dipakai muslimah tidak kira usia

TAHAN Instant Sport Hijab Design direka:

  • satu-satunya tudung yang ringan dan sesuai untuk aktiviti luar
  • sangat selesa dan mudah dipakai
  • menggunakan fabrik berkualiti tinggi
  • melambangkan gaya hidup sihat
  • membolehkan penyerapan peluh yang baik
  • mempunyai pengaliran haba yang baik untuk pemakaian yang lama
  • memudahkan pergerakan kepala, bahu dan anggota badan
  • direka untuk mengelak dari rambut terdedah ketika melakukan aktiviti
  • sesuai dipakai d semua keadaan cuaca dan semua peringkat usia
  • direka dengan rekaan yang mudah untuk kegunaan seharian
  • rekaan yang sporty dan mudah dipakai
  • mengelakkan dari penggunaan pin dan cepat dipakai

Yang lagi best tentang Tahan Instant Sport Hijab ialah ia menutup bahagian dada dan belakang atau menutup aurat. Bab tu Liez memang cerewet sikit sebab bukan senang nak cari tudung sukan yang bukan sahaja selesa tapi memenuhi kehendak Liez tau. Kira Liez tidak salah dalam memilih tudung sukan dari PTT Outdoor ni.

Pilihan warna TAHAN Instant Sport Hijab




Ukuran TAHAN Instant Sport Hijab


Bagi korang yang aktif dan selalu melakukan aktiviti luar seperti bersenam atau beriadah, memang Liez galakkan untuk dapatka Tahan Instant Sport Hijab dari PTT Outdoor. Tudung sukan yang selesa, ringan dan yang lagi penting menutup aurat.

Boleh dapatkan tudung sukan viral ini di  >>>  https://www.pttoutdoor.com/shop/tahan-instant-sports-hijab/ dan gunakan kod "LIEZ" untuk diskaun sebanyak 10%. Untuk mengetahui lebih tentang tudung Tahan Sport Hijab atau produk-produk lain boleh lawati


Thursday, August 6, 2020

Pengalaman Cucuk Insulin Ketika Mengandung. Kawal Glukos Untuk Elak Komplikasi Pada Ibu Dan Kandungan

Thursday, August 06, 2020 11
Pengalaman Cucuk Insulin Ketika Mengandung. Kawal Glukos Untuk Elak Komplikasi Pada Ibu Dan Kandungan | Assalamualaikum korang. Bila baca tajuk pun dah tahu kenapa perlu cucuk insulin ketika mengandung. Dan itulah yang dilalui oleh Liez untuk kandungan anak ke 3 ni. Satu pengalaman yang tidak akan Liez lupakan dan sangat berharga dalam perjalanan kehamilan Liez.
Bulan Disember yang lepas, selepas Liez membuat ujian kehamilan di rumah dan di klinik terus Liez set tarikh untuk buka buku pink di KK Selayang Baru. Seingat Liez waktu itu Liez dah mengandung 15 minggu. Bila nak buka buku pink, antara soalan yang ditanya adalah tentang status kesihatan atau tahap kesihatan. Disebabkan Liez mempunyai sejarah keluarga belah ayah memang ada kencing manis, terus nurse set tarikh untuk minum air gula. Bab minum air gula yang tak best ni sebabnya faham-faham je lah. Tapi alhamdulillah Liez jenis yang boleh je telan air gula tu tanpa muntah atau loya.

Lepas minum air gula, petang tu Liez dapat panggilan dari nurse. Nurse inform yang bacaan gula Liez tinggi iaitu 15. Terus la dapat arahan untuk buat BSP keesokan harinya. Bab BSP pula, jenuh nak berulang alik ke klinik untuk ambik darah 4 kali sehari. Tapi apa nak buat, memang kena hadap. Dan selepas 4 kali ambil darah tu, memang bacaan gula agak tinggi. Dan Liez kena jumpa doktor di KK untuk tindakan selanjutnya. Keesokan harinya pula, bila jumpa doktor terus diberi surat untuk check in hospital pada hari itu juga. Sebabnya mungkin Liez ada kencing manis sebelum mengandung dan juga boleh membahayakan kandungan jika tidak dirawat dengan segera.

Petang tu juga, Encik suami bawa Liez ke hospital Selayang. Dalam hati dah sedih sebab tak tahu berapa hari nak kena stay dekat hospital dan tinggalkan suami dan anak-anak lagi. Bila jumpa nurse di kaunter, agak lega sikit sebab katil memang penuh jadi Liez diminta untuk datang esok pagi. Gembira la sebab tak masuk wad lagi dan sempat ajak encik suami layan movie dekat Melawati Mall malam tu. 

Esoknya, bila serah diri ke hospital dapat pulak bilik katil satu. Bosan betul la tak ada geng sembang tapi nasib encik suami datang setiap hari untuk menemani. 
Selama 4 hari di wad, glukos dalam darah Liez di monitor sebanyak 8 kali sehari ye. Uishhh memang sakit semua jari ni sebab perlukan darah untuk buat test. Selepas diberi makan Metformin 500mg, 2 kali sehari masih bacaan glukos tinggi. So doktor decide untuk bagi insulin pada Liez. Allahuakbar, dalam hati berdoa tak nak kena cucuk insulin tapi apakan daya terpaksa juga. Lagipun kalau bacaan gula tinggi boleh membahayakan kandungan sebenarnya.


Kali pertama cucuk insulin, nurse yang buatkan dan dicucuk pada perut. Mulanya Liez risau juga sebab nak cucuk insulin pada perut ye. Tapi nurse dah bagitahu, jarum insulin memang halus dan tak rasa sakit pun. Even jarum tu tak kena pada kandungan pun. Sebenarnya insulin boleh dicucuk sama ada di perut atau di peha tapi nurse yang pertama kali cucuk tu dah bagitahu better cucuk di perut.

Bila discharge, terus dapat 2 batang pen untuk cucuk insulin untuk kegunaan selama Liez mengandung. Boleh bayangkan tak yang Liez kena cucuk insulin 4 kali sehari. Jadi bermula episod menjadi 'doktor insulin' selama 23 minggu. 
Bukan sahaja kena cucuk insulin tapi pemakanan perlu dijaga, diet diabetes yang Liez amalkan. Liez terpaksa beli Glucometer untuk check bacaan gula seminggu dua kali. Bacaan glukos harus dicatit pada buku catatan yang diberikan.

Yang tak best lagi, Liez kena datang check up di hospital sebulan sekali dan 2 minggu sekali di KK. Tapi yang seronoknya mengandung kali ni, berat badan tak naik tapi turun je. Mulanya Liez risau takut itu petanda tak baik pada kandungan. Liez bertanya pada doktor dan doktor bagitahu itu normal bagi ibu yang makan ubat kencing manis atau cucuk insulin, jadi tak perlu risau. Yang tak best, setiap kali nak makan, kena cucuk insulin 30 minit sebelum makan. Dan insulin tu memang menjadi peneman Liez kemana sahaja Liez pergi. 

Dan bila kandungan mencecah 29 minggu, Liez dah mula risau tentang nak bersalin pula. Sebabnya banyak yang Liez baca katanya bila cucuk insulin mesti bersalin secara caesarean. Apa lagi Liez tanya la doktor tiap kali datang untuk pemeriksaan. Tiap kali datang jumpa doktor, Liez akan dapatkan jawapan tentang bersalin tu dan Liez lega bila doktor kata tak semestinya. Cuma Liez kena bersalin pada minggu ke 38 untuk elak baby terlalu besar.

Itulah pengalaman berharga hidup Liez untuk kandungan ke 3 ni. Next entry nanti Liez cerita pula tentang pengalaman bersalin ye.

Sunday, August 2, 2020

JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some

Sunday, August 02, 2020 1
JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some | Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang tak lama lagi, JACK 'n JIIL Cream-O berbesar hati untuk bersama-sama memeriahkan sambutan kali ini dengan menzahirkan penghargaan kepada wira dan wirawati negara yang "Ekstra O-Some", siapa lagi kalau bukan pejuang barisan hadapan kita.

JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some
JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some

Sebagai pembuka tirai kepada sambutan ini, JACK 'n JIIL Cream-O telah mengaturkan satu kejutan istimewa untuk barisan penunggang penghantaran yang jasanya tidak ternilai bagi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 100 penunggang foodpanda telah diberikan kejutan bila tiba di lokasi masing-masing dimana makanan yang ditempah adalah khas untuk mereka. Lebih manis lagi, setiap penunggang penghantaran ini juga turut menerima kit terima kasih Cream-O 'Ekstra O-Some' yang mengandungi beberapa paket Cream-O yang lazat serta satu set fon kepala bluetooth untuk memudahkan penghantaran mereka agar lebih selamat dan cekap.

JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some

JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some

Sambutan mengenang jasa Cream-O 'Ekstra O-Some' akan sampai kemuncaknya pada hari Malaysia dengan satu video penghargaan yang dihasilkan melalui kerjasama dengan penyanyi dan pencipta lagu terkemuka Ismail Izzani. Di sepanjang bulan Ogos, JACK 'n JILL Cream-O menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyampaikan penghargaan kepada barisan petugas hadapan dengan menghantar gambar diri kreatif bersama nota terima kasih dalam apa jua bahasa. 63 karya yang terpilih akan disenarai pendek dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan yang akan disiarkan pada 16 September 2020 nanti. Kesemua penyertaan yang terpilih akan menerima cenderahati edisi terhad beserta jemputan eksklusif untuk bertemu Ismail Izzani secara dalam talian.

 "Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sememangnya hebat sekali melihat seluruh rakyat Malaysia menonjolkan semangat kekitaan yang begitu utuh di saat kita mengharungi salah satu cabaran terbesar dalam hidup kita. Pejuang barisan hadapan kita telah memainkan peranan yang sangat penting dan sebagai sebuah syarikat yang telah menjadi sebahagian daripada fabrik Malaysia selama bertahun-tahun, kami diilhamkan oleh dedikasi, pengorbanan dan perkhidmatan mereka. Kempen Cream-O 'Ekstra O-Some' adalah cara kita menzahirkan penghargaan kepada pejuang barisan hadapan kita yang bukan sahaja telah mengabdikan diri, malah pada masa yang sama juga telah mendorong semua rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk sama-sama meraikan semangat kesepakatan, kasih sayang dan perkongsian. Kami berharap orang ramai akan turut serta bersama  Cream-O untuk mengenang jasa wira-wirawati negara bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini." Emanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia dan Singapura.

JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some
JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some

Biskut Sandwic Cream-O adalah pilihan terbaik untuk 'Menjadikan Kehidupan Seharian Anda O-Some' (Make Everyday O-Some). Pelbagai biskut sandwic yang padat dengan pelbagai perisa krim yang kaya dan enak, setiap gigitan biskut sandwic Cream-O memberikan rasa hebat dan sekaligus menjadikan hari anda lebih meriah. Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pelanggan-pelanggan di seluruh negara akan menikmati tambahan 15% biskut percuma dalam setiap pek Cream-O 132g dan Cream-O Tart 120g.

Sertai JACK 'n JILL Cream-O dan Zahirkan Penghargaan Anda Kepada Pejuang Barisan Hadapan

JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some

Rebutlah peluang untuk karya anda dipilih dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan khas kami dan menangi sessi pertemuan secara dalam talian eksklusif bersama artis Ismail Izzani, serta memorabilia bertandatangan:

Langkah 1
Beli JACK 'n JILL Cream-O atau Magic bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit. Tarikh pembelian sah hendaklah diantara 1 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Langkah 2
Whatsapp resit, <nama>, <no MyKad>, dan gambar anda dengan mesej penghargaan kepada 'frontliners'.

Langkah 3
Jawab soalan dan hantar ke 011-55001878 : "Pek Promosi Cream-O Percuma 15% terdapat dalam 4 variasi - Ya/Tidak?"


Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/creamomalaysia