Teruja Untuk Mencuba Althea Make Up Box Yang Terbaru
Teruja Untuk Mencuba Althea Make Up Box Yang Terbaru | Sapa tak teruja kalau dapat sekotak barangan solekan kan? Liez memang dari dulu kaki mengumpul barang-barang solekan tapi makeup jarang sangat. Melainkan kalau ada event atau majlis yang perlu kita merapikan diri untuk nampak menarik. Bila dapat je sekotak barangan yang best memang meronta-ronta la nak cuba walaupun Liez tak pandai makeup pun.
Kalau Liez sebut Althea mesti dah tahukan dari post-post Liez yang sebelum ini. Memang Althea terkenal kerana memperkenalkan jenama-jenama penjagaan kulit dan barangan solekan dari negara Korea. Kali ini Althea mengeluarkan set solekan yang wajib korang dapatkan. Baca tentang >> Althea Sunaway Set

ALTHEA MAKEUP BOX
Teruja bila buka kotak Althea kali ini kerana ada beberapa barang yang dikeluarkan sendiri oleh Althea. Ada 5 barang yang semuanya best dan sesuai untuk yang nak belajar solekan.
1. SKIN RELIEF SPOT GEL (15ML)
Antara yang bagus dan perlu ada dalam koleksi barang solekan korang. Skin relief spot gel ini membantu solekan wajah korang jadi lebih sempurna tanpa ada tanda-tanda jerawat pada wajah dan membantu merawat jerawat dengan cepat dan berkesan.
Tree tree oil - mempunyai sifat antibakteria untuk merawat jerawat
Centella asiatica extract - meredakan kemerahan dan menguatkan kulit
Pine leaf extract - kaya antioksidan untuk membaiki dan menenangkan kerengsaan.
Hanya sapukan secara nipis pada kulit yang yang berjerawat atau kemerahan. Biarkan seketika sehingga kering dan solekan boleh dibuat.

2. FLAWLESS CREAMY CONCEALER (6G)
Ini wajib ada untuk solekan lebih sempurna. Menutup kegelapan pada sekitar mata, dan cela dengan bedak asas memang tidak mencukupi. Kandungan dengan formula yang melembapkan kulit, berkrim dan tahan lebih lamamemang produk terbaik Liez pernah cuba tau! Ada 4 warna yangsesuai untuk semua tona warna kulit asia, #01 Vanilla, #02 Ginger, #03 Honey dan #04 Mocha.
Aquaxyl - berasal dari pokok bir yang menghalang kelembapan hilang dari kulit dan mengelak dari dehidrasi. Sapukan pada kulit bawah mata atau pada kulit yang ada cela. Kemudian ratankan dengan tangan atau dengan sponge.

Dapatkan >> FLAWLESS CREAMY CONCEALER <<
3. EYE PALETTE SUNRISE & MOONRISE BCL X ALTHEA
Ini adalah palet solekan mata pertama dari Althea yang cantik dan menarik hati Liez. Ada 8 warna yang menawan dan mewah sangat sesuai untuk yang sukakan solekan gaya elegen dan juga solekan ringan. Tekstur yang sangat pigmentasi, senang untuk diblend an warna kekal lama. Serius Liez seronok untuk gunakan walaupun Liez rasa ia agak terang untuk Liez. ahak~
Lebih menarik lagi ia adalah kolaborasi Althea dengan artis terkemuka Indonesia, Bunga Cinta Lestari. Beliau juga adalah ikon fesyen dan kecantikan yang sesuai dengan kolaborasi ini.
Lebih menarik lagi ia adalah kolaborasi Althea dengan artis terkemuka Indonesia, Bunga Cinta Lestari. Beliau juga adalah ikon fesyen dan kecantikan yang sesuai dengan kolaborasi ini.
Dapatkan >> EYE PALETTE SUNRISE & MOONRISE BCL X ALTHEA <<
4. SPOTLIGHT EYE GLITTER (4.5ML)
Ada 2 warna giltter, #01 Gold Light dan #02 Pink Light yang sesuai untuk di suai pakai dengan warna solekan mata. Boleh digunakan sebagai eyeliner atau disapukan pada kelopak mata untuk menaikkan seri solekan mata dengan kilauan menggoda.
Dapatkan >> SPOTLIGHT EYE GLITTER <<
5. WATERCOLOR CREAM TINT (4.5ML)
Koleksi pemerah bibir dengan 4 warna yang menarik dari Althea iniakan membuatkan korang jatuh hati pada sapuan pertama tau! Walaupun Liez bukan lah peminat warna-warna terang macam ini tapi tetap warnanya sangat cantik. #01 Plum cream, #02 Strawberry cream, #03 Peach cream dan # 04 Marron cream.
Setiap warna sangat pigmentasi dan dilengkapi kilauan menawan. Althea watercolor cream tint mengandungi Asid Hyaluronik dan Squalene untuk melembapkan bibir dan mengelakkan bibir kering dari mengelupas. Sangat sesuai untuk yang mengalami bibir cepat kering tambahan lagi dengan cuaca panas macam ni memang cepat bibir mengelupas.
Dapatkan >> WATERCOLOR CREAM TINT <<
Semua set dalam kotak Althea kali ini memang sesuai sangat untuk yang baru nak belajar solekan. Semuanya berkualiti dan yang penting mudah digunakan.
Website
Facebook
Instagram