Wednesday, January 27, 2021

Pengalaman Bersalin Di Musim Covid-19

Wednesday, January 27, 2021 5

Pengalaman Bersalin Di Musim Covid-19 | Assalamualaikum. Pejam celik baby Najla dah pun berusia 8 bulan hari ini. Sekejap sangat rasanya kan? Rasa macam baru lagi bersalinkan seketul Najla tu. Dan pengalaman bersalin yang ke tiga ini berlainan dan penuh liku-likunya. Dari dapat tahu mengandung, pengalaman cucuk insulin ketika mengandung, bersalin dan berpantang memang meninggalkan kenangan yang tak akan Liez lupakan. Emosi di waktu itu pun bercampur baur dan tidak stabil. Mana tidaknya, sesiapa yang bersalin di tahun 2020 ni memang akan melalui pengalaman yang menyedihkan. 

Pengalaman Bersalin Di Musim Covid-19

Sejak di umumkan PKP pada 18 March 2020, Liez tidak mengalami sebarang kesukaran ketika kehamilan kecuali berdepan dengan anak-anak yang belajar dari rumah, bermain menjerit je la. Belum lagi bab kena masak setiap hari tetapi Liez diberikan kelonggaran la sesekali tapau je makanan dari luar. Bab check-up tu seperti biasa la kena juga pergi ke klinik dan hospital setiap bulan. ehhhh... banyak pulak intronya kan, jom Liez ceritakan sedikit tentang pengalaman bersalin di musim covid-19.

26 Mei 2020

Hari ini hari raya Aidilfitri ke 3. Hari dimana Liez perlu serah diri untuk bersalin pada esok harinya di Hospital Selayang. Jam 9, pagi Liez dan Encik Suami dah bersiap sedia untuk ke hospital. Sebelum pergi, Liez salam Ayah Mak mohon kemaafan doa dipermudahkan, cium peluk anak-anak. Dalam hati dah sayu, sedih tau sebab nak tinggalkan keluarga dan akan bermalam tanpa mereka.

Setiba di hospital, nurse suruh encik suami daftar terlebih dahulu dan Liez boleh naik ke atas. Bila Liez dah daftar di kaunter, Liez perlu tukar baju dan tunggu untuk pemeriksaan. Masa Liez sampai, dah ada 6 orang yang sedang menunggu untuk dapatkan katil. Liez dengar nurse cakap yang katil memang penuh, kena tunggu ada pesakit discharge baru boleh masuk.

Macam biasa bila jumpa doktor, kena baring di katil untuk check dengupan jantung bayi dan selepas itu check bukaan. Bab ni memang tahan nafas je lah. Bila doktor seluk, tiada bukaan lagi. Jadinya Liez perlu tunggu untuk di masukkan ke dalam wad terlebih dahulu. Encik suami masih di bawah dan Liez sempat pesan untuk belikan makan tengahari. 

Dan untuk pengetahuan korang, waktu tu memang encik suami atau sesiapa sahaja tidak boleh menemani atau tunggu isteri. Encik suami dapat naik sebab nak hantar makanan dan resit pembayaran sahaja. Sedih kan? Sampai kan surat akuan  yang sepatutnya suami yang tandatangan, nurse minta Liez Whatsapp suami dan bagitahu Liez akan tandatangan on behalf.

Hari yang dilalui rasa sangat panjang. Tanpa ada suami yang menemani dan hanya ada jiran sewad pengubat boring dan sunyi. Tiada siapa yang boleh datang melawat even suami. Tapi dapatlah 2 kali encik suami naik sekejap atas kebenaran mak guard untuk hantar barang itu pun tak sampai 10 minit. Maka bermula nurse datang melawat untuk ambil result tekanan darah, glukos dan jantung baby. 

27 Mei 2020

Jam 5 pagi, Liez dah tersedar dan bersiap nak mandi. Sempat solat subuh dan sarapan sedikit sebelum doktor datang untuk check bukaan dan induce. Jam 9 pagi, doktor dan nurse sudah mula melawat dari katil ke katil dan Liez sudah bersedia untuk dimasukkan ubat induce. Kali ini, Liez merasa lah ubat induce dimasukkan dari bawah. Memang seram sebab sama sakitnya macam nak check bukaan. Selepas ubat dimasukkan, Liez kena baring selama sejam untuk ubat induce menjalankan fungsinya. Tapi dalam 45 minit, Liez dah terasa perut Liez makin tak selesa dan mula rasa ada contraction. Liez inform pada nurse dan CTG mula dipasang pada perut Liez untuk monitor jantung baby.

Pengalaman Bersalin Di Musim Covid-19

30 minit berlalu dan doktor datang untuk tengok chart dengupan jantung baby dan check bukaan. Alhamdulillah, sudah ada bukaan 3cm dan contraction makin terasa. Nurse dah suruh Liez Whatsapp encik suami bagitahu akan ke labour room (LB). Sementara tunggu katil di LB kosong, Liez diminta tukar baju dan tunggu nurse sampai. Tak lama selepas itu, 2 orang nurse sampai dan Liez dibawa ke LB dengan wheelchair.

Waktu ini, contraction makin kerap dan debaran semakin terasa. Mana tidaknya, Liez akan bersalin tanpa encik suami dan suasana di LB terasa menyeramkan. Boleh dengar ibu-ibu lain menjerit sedang bertarung nyawa untuk bersalin. Liez pula, sedang terbaring di katil sambil layan contraction yang makin lama makin sakit menyengat pinggang. Bila datang sakitnya, Liez mula mengeliat ke kanan ke kiri. Subhanallah !! memang sakit contraction dengan induce sangat menyakitkan. Rasanya 3 kali Liez menjerit panggil nurse untuk datang check bukaan. tapi malangnya bukaan masih belum mengizinkan Liez untuk meneran.

Akhirnya, Liez mula rasa nak berak dan tandanya Liez boleh la nak meneran. Tapi bila Liez menjerit panggil nurse, nurse datang dan check bukaan baru 8cm. Liez bagitahu yang Liez memang dah rasa nak meneran terus nurse bagitahu yang dia akan bantu untuk bukaan. Bila tiba masanya, 4 kali Liez meneran dan akhirnya lahirlah si kecil Najla pada jam 2.14 petang dan terus baby diletak di atas dada Liez untuk skin-to-skin. Fuh!!! sudah boleh bernafas dengan lancar sebab dah selamat bersalin tapi masih menanti untuk nurse keluarkan uri dan jahitan. Berapa jahitan? Memang nurse tak akan bagitahu. Sakit di jahit tu rasanya lebih sakit dari sakit contraction, redha je lah.

Sempat dengan Najla selama 45 minit sebelum Najla dibawa dan bermalam di NICU untuk 1 malam. Disebabkan Liez pregnant dengan menggunakan insulin, jadi doktor perlu monitor Najla. Hampir pukul 4 petang baru Liez ditolak ke wad semula tapi waktu tu Liez dah lapar sesangat. Mana tidaknya, sarapan pagi pun Liez hanya makan biskut dan air masak sahaja. Nasib tak Hypo! Liez bagitahu nurse dan dapatlah tapau nasi dan air.

28 Mei 2020

Alhamdulillah, bangun pagi nurse datang check glukos dan tekanan darah semua kembali pada normal. Liez dah bersiap mandi dan sarapan sebelum menunggu encik suami datang untuk melawat Najla di NICU. Sementara tu sempat juga nurse dan doktor datang check dan Liez dibenarkan balik tetapi kena tunggu keputusan baby dulu. 

Masa doktor baby datang jumpa Liez, dia terangkan yang baby ok kecuali jantung Najla ada lubang kecil dipanggil VSD (ventrical septal defect). Bila Liez dengar je doktor bagitahu macam tu, dalam hati ni tak tahu nak cakap. Tapi doktor bagitahu, VSD ini boleh tertutup sendiri dan tidak perlukan rawatan. Lega dengar dan Liez berdoa yang Najla akan dapat sembuh sepenuhnya. Doktor siap inform, akan ada temujanji untuk check semula jantung Najla selepas 2 bulan. 

Pengalaman Bersalin Di Musim Covid-19

Di NICU, ibu dibenarkan datang untuk menyusukan bayi pada bila-bila masa tetapi untuk bapa pulak hanya dibenarkan dari jam 12 tengahari hingga 4 petang sahaja. Sebelum masuk ke NICU, kena isi segala informasi, ukur suhu badan dan dapatkan surat kebenaran untuk melawat setiap hari. Tengahari tu Liez dan encik suami datang melawat Najla dan kondisi Najla ok. Kena masuk bergilir dan sempat encik suami tengok Najla sekejap sebelum Liez masuk untuk meyusukan. Sambil menyusukan, nurse datang tengok cara baby melekap untuk penyusuan dengan betul atau tidak. Alhamdulillah, Najla pandai menyusu walaupun jenuh paksa dia bangun dari tidur. Nurse pun bagitahu, Najla dah boleh keluar dan tunggu urusan surat discharge dan temujanji disiapkan.

Syukur alhamdulillah sebab dapat discharge cepat sebab dah rasa bosan dan rindu orang-orang dekat rumah. Liez inform encik suami dan dia uruskan segala bil yang dinyatakan. Masa encik suami dengar penerangan nurse pasal temujanji untuk jantung Najla ketika urusan discharge, dia terkejut. Actually Liez tak bagitahu dia pun sebab taknak dia risau. Tapi sempat Liez bisik dan bagitahu hal sebenarnya.

Itulah pengalaman bersalin ketika musim Covid-19 tahun 2020. Pengalaman yang Liez akan ingat sampai bila-bila dan sentiasa di fikiran. Selain ia satu pengalaman yang sukar tapi Liez seronok kerana Liez dapat kawan baru dan tahu cerita-cerita mengandung dan bersalin kawan-kawan sewad. Macam-macam peel dan situasi yang Liez dengar, nampak dan rasa.

Next entry, Liez akan cerita tentang jaundic Najla pula ye.

Raikan Tahun Baru bersama SHOPEE 2.2 JUALAN TAHUN BARU CINA

Wednesday, January 27, 2021 0
Raikan Tahun Baru bersama SHOPEE 2.2 JUALAN TAHUN BARU CINA | Perayaan Tahun Baru Cina (CNY) tahun ini mungkin agak berbeza, tetapi Shopee dan Duta Jenamanya ANIU menjemput anda untuk meraikan “A Niu Year” bersama mereka sempena 2.2 Jualan Tahun Baru Cina yang sedang berlangsung hingga 13 Februari.

Raikan Tahun Baru bersama SHOPEE 2.2 JUALAN TAHUN BARU CINA 

Jualan pada tahun ini amat menarik dengan tawaran berharga hanya 8 sen, baucar pulangan tunai Syiling Shopee sebanyak 88% setiap hari, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 dan pelbagai hiburan yang akan membawa keseronokan ketika anda membeli-belah dengan selamat dari rumah. Inilah perkara-perkara yang anda perlu ketahui mengenai Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina:

Raikan Tahun Baru bersama SHOPEE 2.2 JUALAN TAHUN BARU CINA 

Group Buy: Kerjasama merupakan aspek penting bagi ciri ini kerana anda boleh membeli barangan terpilih dengan potongan harga yang lebih hebat, tetapi hanya jika membeli secara berkumpulan. Diadakan setiap hari, Group Buy membolehkan anda memulakan kumpulan anda sendiri bersama rakan-rakan dan ahli keluarga atau menyertai kumpulan yang sedia ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah. Pada 2 Februari, nantikan Royal Bird's Nest, CNY 100 Plus, Coca-Cola, Signature Market Lucky Blessings CNY Gift Box dan banyak lagi. Kumpulkan geng anda agar tidak terlepas tawaran yang menakjubkan ini.

Raikan Tahun Baru bersama SHOPEE 2.2 JUALAN TAHUN BARU CINA 

Kotak Bertuah Shopee: Nikmati hiburan setiap hari dengan rancangan permainan secara langsung yang memberi ganjaran kepada penonton bertuah dengan hadiah wang tunai bernilai RM0.88, RM8.88, RM88.88, RM888 dan hadiah utama sebanyak RM8,888. Dapatkan kod unik dari portal dalam aplikasi Kotak Bertuah Shopee di laman utama Shopee untuk menyertai permainan ini sebelum menonton Shopee Live pada jam 10 malam. Sesi tambahan pula akan diadakan pada 2 Februari pada jam 1 tengah hari.

YES Kasi Up, Belanja & Menang!: Kerjasama antara Shopee dan YTL Communications untuk inisiatif YES Kasi UP ini menawarkan peluang kepada pengguna untuk memenangi YES Altitude 3 atau Samsung S20 dengan data YES 10GB percuma. Dengan perbelanjaan minimum RM28 dari sekarang hingga 12 Februari, anda dapat menuntut Tiket Emas untuk berpeluang memenangi hadiah ini. Tontoni Shopee Live pada jam 8 malam setiap hari untuk menyaksikan jika anda merupakan penonton bertuah kami! YES lah!

Raikan Tahun Baru bersama SHOPEE 2.2 JUALAN TAHUN BARU CINA 

Hadiah Shopee:
Perlu rehat seketika daripada membeli-belah? Ingin mengumpul lebih banyak syiling untuk berjimat ketika berbelanja di Shopee? Anda boleh bermain Shopee Farm, Shopee Bubble, Shopee Candy, Spin & Win dan banyak lagi untuk memenangi sebahagian daripada Syiling Shopee berjumlah sebanyak 18,888,888.

Ho Chiak: Selesai membeli sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, atau ikan di Shopee, namun anda tidak ingin memasak? Pilihlah daripada baucar-baucar makanan yang anda boleh dapatkan di Shopee ini dan tebus dari restoran untuk dibawa pulang ke rumah untuk dinikmati bersama keluarga:

Coca-Cola membawakan SO HUAT DEALS dari RM1.88 di Kenny Rogers, Marrybrown, Dunkin Donuts, Oldtown, Texas Chicken dan banyak lagi.

Raikan tahun baru bersama Fortune Treasure Pot oleh Din Tai Fung, Smoked Salmon Yu Sang, Fortune Reunion Bundle deals dan Baucar Hadiah RM50. Bayar dengan Kad Kredit HSBC untuk mendapatkan potongan harga hingga RM118 untuk produk terpilih.

Beli baucar Nando's Chicken Platter for 4 dan jimat RM32.50 bagi pesanan dibawa pulang yang seterusnya.

Jadilah yang pertama untuk mencuba minuman eksklusif Tahun Baru Cina The Coffee Bean & Tea Leaf x Shopee - Cafe Jaffa Orange Chocolate dan Jaffa Orange Chocolate Cold Brew Latte. Berharga RM18.50, dapatkannya pada hanya RM13.80 dari sekarang hingga 13 Februari. Pada 27 & 30 Januari serta 1, 2 & 8 Februari, dapatkannya pada harga RM8.80 sahaja.

Jadilah antara yang terawal untuk mencuba perisa sundae eksklusif CNY FamilyMart apabila anda membeli baucar di Shopee pada hanya RM2.28 pada 2 dan 8 Februari (RM3.88 di FamilyMart). Penebusan bermula dari 3 Februari di mana-mana cawangan FamilyMart. Sementara stok masih ada.

Raikan Tahun Baru bersama SHOPEE 2.2 JUALAN TAHUN BARU CINA 

Tawaran Barangan Elektronik:
Ingin menaik taraf gajet, peralatan elektronik atau perkakas dapur anda? Antara tawaran hebat yang tidak patut dilepaskan pada 2 Februari, jam 12 tengah malam bagi barangan elektronik semasa musim perayaan Tahun Baru Cina ini termasuklah:

Apple iPhone 12 pada RM3,781.00 [Harga pasaran yang disyorkan (RRP): RM3,899.00]

Nintendo Switch Neon / Grey V2 Console pada RM1,289.00 [RRP: RM1,599.00]

Tefal Easy Fry Precision Digital 4.2L EY40 pada RM499.00 [RRP RM999.00]

Diskaun hingga 80%: Nikmati penjimatan yang lebih besar bagi barangan kegemaran anda dengan potongan harga hingga 80% apabila anda membeli-belah dari L'Oreal, P&G, Enfagrow, Pediasure, Friso, Her Jewellery, Tefal, Unilever, Photobook, Dr Cardin, Somebymi, Vinda, Skechers, Nestlé, Philips, realme, Nam Heong, Black Whale dan banyak lagi.

Gayakan rambut anda selepas PKP 2.0 ini dengan Schwarzkopf Professional yang menawarkan potongan harga hingga 50% untuk rawatan rambut serta potongan, pembersihan dan pengeringan rambut di salun rambut yang mengambil bahagian termasuk A Cut Above, Monsoon-id dan banyak lagi. Promosi ini berlangsung hingga 13 Februari, dengan tempoh penebusan dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2021.

Jangan lupa untuk menambah nilai ShopeePay anda untuk pembayaran yang lebih pantas dan lancar pada 2 Februari. Bukan itu sahaja, anda berpeluang memenangi hingga 22,222 Syiling Shopee dalam Cabutan Bertuah 2.2 ShopeePay bagi setiap tambah nilai minimum RM50 dalam dompet ShopeePay

anda.

Kini tiba masanya untuk anda berhibur dengan keriangan Tahun Baru Cina daripada Shopee dan ANIU melalui lagu popularnya, “对面的女孩看过来” (Buat gadis di sana, pandanglah ke sini) - https://www.youtube.com/watch?v=kroC69fi5vw&ab_channel=SHOPEEMalaysia

Layari https://shopee.com.my/m/chinese-new-year-sale untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina!

Sunday, January 24, 2021

Masuk Kindergarten Di usia 5 Tahun, Niyaz Buat Hal Di Hari Pertama Persekolahan

Sunday, January 24, 2021 4

Masuk Kindergarten 5 Tahun, Niyaz Buat Hal Di Hari Pertama Persekolahan | Assalamualaikum korang. Tak terlewat kot untuk Liez ucapkan selamat tahun baru 2021. Tiada azam baru seperti tahun-tahun sebelumnya cuma Liez berdoa semoga Covid19 beransur pergi. Hmmmm, tak boleh nak harapkan yang lain cuma nak jalani hidup seperti biasa. Bila sebut pasal tahun baru, tak sah kalau kita tak tengok momen anak-anak yang baru pertama kali ke sekolah. Tahun ini, kami hantar Niyaz ke kindergarten 5 tahun seperti kami hantar Qaseh dulu.

Masuk Kindergarten 5 Tahun, Niyaz Buat Hal Di Hari Pertama Persekolahan 

Memang kami rancanag untuk masukkan anak-anak ke sekolah seawal 5 tahun untuk mendedahkan mereka dengan kawan-kawan, pendidikan awal dan guru-guru. Alhamdulillah, kerajaan benarkan taska dan tadika dibuka. Dan rezeki kami kindergarten tu terletak di paras G bangunan kondo kami sahaja. Kerisauan nak hantar Niyaz tu tetap ada tapi since bilangan pelajar dan kanak-kanak tidak ramai. SOP pun ketat ye.

Ok, berbalik pada Niyaz pula. Kami kerap bagitahu Niyaz yang dia kan bersekolah dan dia akan cakap taknak! Dia tak nak pergi sekolah guy, fuhh!! Liez ni pujuk la cakap sekolah best dan ramai kawan-kawan, boleh main toys segala. Turut pujuk sekali ialah encik suami dan Qaseh. Sehinggalah bulan lepas, Liez bawa dia ke sekolah untuk berjumpa dengan cikgu Ayu. Sebenarnya nak ambil borang, nak tahu SOP dan yuran pendaftaran. Sambil Liez berbincang, Niyaz sempat la bermain dengan permainan di situ. Terus dia naik syok dan bagitahu dia nak sekolah.Haaaa... acah dengan toys je terus hilang taknak tu hihihi..

2 hari sebelum sekolah bermula, cikgu dah suruh datang ambik uniform dan juga baju sukan. Bila dapat je baju, Niyaz excited habis. Suruh try pakai baju dan last sekali taknak dibuka pula. Katanya nak pakai sampai malam dan tak sabar nak ke sekolah.

Sepatutnya, dah boleh hantar Niyaz pada 11 Januari tetapi disebabkan PM akan menyampaikan perutusan khas mengenai isu Covid-19 jadinya kemasukan ditunda ke 12 Januari 2021.

12 Januari 2021 (Selasa)

Hari yang dinanti telah tiba. Awal pagi Niyaz dah dikejutkan dan dimandikan. Seronok dan ceria riak wajahnya. Liez, encik suami dan Qaseh sama excited nak hantar Niyaz ke sekolah. Bag sekolah dan botol air pun dah disiapkan. Jam 8 pagi turunlah kami ke kindergarten untuk menghantar Niyaz.

Masuk Kindergarten 5 Tahun, Niyaz Buat Hal Di Hari Pertama Persekolahan 

Sepanjang perjalanan nak turun tu, dia happy je. Liez pula asyik suruh dia berhenti untuk bergambar. Mama dia pun excited jugak ye. Sampai depan pintu kindergarten, masih lagi boleh bergambar. Bila cikgu panggil nama dan minta untuk check suhu, Niyaz dah mula merengek suruh Liez masuk sekali. Liez pujuk dia, dan tenangkan dia dari luar. Dia masih lagi panggil Liez, berdiri depan pintu. Liez pun tunggu dalam 15 minit dan bila nampak dia dah tenang, duduk di kerusi Liez pun bagitahu dia yang Liez nak balik dulu. Dia pun cakap ok walaupun muka tu sedih je.

Masuk Kindergarten 5 Tahun, Niyaz Buat Hal Di Hari Pertama Persekolahan 

Liez pun berlalu pergi tetapi ke cafe di clubhouse untuk sarapan pagi. Sambil tunggu roti canai sampai, Qaseh sempat usha ke arah kindergarten tu. Terus Qaseh berlari dan bagitahu, Niyaz tengah menangis depan pintu sekolah. Liez pun pergi la intai-intai nak sahkan kejadian tu, NAH!!! dia boleh berguling-guling panggil mama depan tu. Ya ampun lah anak oiiiiiii.

Lama juga tengok dia meraung depan pintu tu, adalah dalam 10 minit. Hati Liez dah sayu dan kesian dekat Niyaz. Duk intai la tengok dia menangis tu sampaikan guard pun tegur. Boleh pula Liez lupa nak record moment dia berguling depan pintu tu, aduhaiiii! Boleh buat kenangan. Tapi selepas 15 minit, suara dia dah tak kedengaran. Dalam hati berdoa sangat yang dia ok. 

Yang Qaseh, terus sedih sebab adik dia meraung menangis. Sampai minta babanya pergi tengok adaik dekat sekolah. Aduhai kakak. Hati tisu pulak. Kalau bergaduh memang tak ingat pun.

Masuk Kindergarten 5 Tahun, Niyaz Buat Hal Di Hari Pertama Persekolahan 

Bila balik dari sekolah, Liez peluk dia dan bertanya khabar. Saja risik-risik kalau dia nak cakap pasal dia menangis tu.

Liez: Ok ke dekat sekolah tu?
Niyaz: Abang ok.
Liez: Mama dengar ada budak menangis?
Niyaz: Ada budak kecik tu menangis panggil ayah dia. (Buat gaya baby menangis)
Liez: Mesti dia sedih tu. Takpe lah nanti dia ok la tu.
Niyaz: Tapi dia nangis panggil ayah dia.
Liez: Mama dengar, ada budak yang menangis panggil Mama?
Niyaz: Abang (sambil angkat tangan dan senyum malu)

Terus kami gelak terbahak-bahak. Amboi... konon cerita kawan tu menangis macam baby tapi dia tu meraung tak ingat dunia. Cehhhhhh.... konon nak tutup kes dia meraung depan pintu pagar la tu. Aduhai Niyaz.

Hari Kedua

Tapi dari rumah lagi dia dah merengek tak nak pergi sekolah. Katanya sekolah macam penjara (gril pintu tu) hahahaha. Tapi Liez pujuk dan umpan dia dengan bagi bekal roti coklat Gardenia. Sampai sekolah ok tapi bila kami hilang dari pandangan mata, terus meraung. Liez tak tunggu dah dan minta cikgu update. Cikgu kata kejap je dia menangis. Alhamdulillah.

Hari Ketiga

Masih cakap taknak ke sekolah. Tapi excited pakai baju sekolah, minta bawa bekal. Liez sediakan nugget, masak guna Air Fryer je. Cumanya, hari ketiga dia dah tak menangis dah. Balik rumah pun happy siap tunjuk hasil aktiviti di sekolah. Fuhhh.. lega mama. Kalau tidak, memang tak tenang Liez dekat rumah. 

Masuk Kindergarten 5 Tahun, Niyaz Buat Hal Di Hari Pertama Persekolahan

Itulah kisahnya Niyaz boleh buat hal di hari pertama persekolahan. Niyaz memang terlebih manja berbanding dengan Qaseh. Qaseh memang relax je sejak dari kindergarten dan ke sekolah rendah. Dia pandai bawa diri dan berdikari. 

Pengalaman kan bila masuk sekolah ni. Semua orang ada pengalaman tersendiri tapi pengalaman Liez boleh tahan juga. Mak Liez kata, Liez pergi sendiri sebab masa tu tadika dekat bawah kuarter je. Mak Liez bagi Liez turun lif dan mak usha dari tingkat 7. Relax je Liez hahahha..


Saturday, January 23, 2021

Tonton Online Drama Melastik Ke Hatimu Episod 01 hingga Episod 13 (Full Episod)

Saturday, January 23, 2021 2

Tonton Online Drama Melastik Ke Hatimu Episod 01 hingga Episod 13 (Full Episod) | Drama terbaru di slot Lestari TV3 yang menggantikan drama ' Hadiah Dari Tuhan' sebanyak 13 episod yang disiarkan setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam bermula 21 Januari 2021.

Kisah mengenai seorang gadis dengan personaliti gangster yang memiliki teman lelaki seorang posmen. Hubungan mereka ditentang oleh ibu Haura yang mahukan dia menikahi seorang yang kaya.

Kredit : Instagram Drama Sangat

Drama komedi romantik arahan Sutradara Azmi Hatta daripada produksi Orangetree Production Sdn Bhd yang diadaptasi dari novel 'Melastik Ke Hatimu' karya Aqma Dee.

Kredit: Google

Pelakon / Watak

Andi Bernadee (Ziyyad), Janna Nick (Haura), Norman Hakim (Jeffry), Puteri Sarah (Fatin), Azrel Ismail, Ahmad Ezzerin Loy, Nonis, Datuk Jalaluddin Hassan, Wani Kayrie, Ridzuan Hashim, Azizah Mahzan dan ramai lagi.

Sinopsis

Kisah mengenai Haura (Janna Nick) dengan personaliti gangster yang memiliki teman lelaki seorang posmen. Hubungan mereka ditentang oleh ibu Haura yang mahukan dia menikahi seorang yang kaya. Akhirnya, Haura terpaksa berkahwin dengan Ziyyad (Andi Bernadee) yang merupakan seorang penyelia kilang tempat kakaknya (Puteri Sarah) bekerja.

Kerana Haura masih mencintai Naim, dia berusaha memcari jalan untuk buat Ziyyad menceraikannya. Ziyyad pula, dalam diam mencintai Haura dan berusaha mengambil hati Haura. Akhirnya, Haura jatuh hati dan mereka bahagia.

Namun, malang menimpa keluarga Ziyyad yang diisytiharkan muflis. Masalah makin meruncing bila terbongkar satu rahsia yang selama ini diselindungi. Dan ibu Haura mendesak Ziyyad untuk menceraikan Haura. Bagimanakah hubungan Ziyyad dan Haura seterusnya?


Thursday, January 7, 2021

Jom Makan Menu Terbaik Malaysia, Memang Best!

Thursday, January 07, 2021 10

Jom Makan Menu Terbaik Malaysia, Memang Best! | Assalamualaikum korang. Selamat tahun baru 2021. Cuti-cuti sebelum anak-anak masuk sekolah, mesti ramai yang merancang untuk bercuti, habiskan masa di kampung atau pun jalan-jalan cari makan kan? Bab makan memang Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan dari pelbagai kaum yang boleh di nikmati bersama. Dan nak cari semua jenis makanan ni pun mudah, boleh kata di setiap negeri boleh dapatkan pelbagai jenis makanan dari semua etnik di negara kita.

Sebagai seorang yang suka jalan-jalan dan mencari makan, Liez memang teruja kalau pergi ke sesuatu tempat dan tahu ada menu yang sedap atau viral. Sedia maklum disebabkan Covid-19, Liez batalkan percutian yang dirancang. Frust juga sebab trip kali ni nak jalan-jalan cari makan viral sebenarnya. Tetapi Liez tak risau sebab sekarang boleh order food viral dengan menggunakan khidmat Foodpanda. Jom makan menu terbaik Malaysia, memang best!! Liez akan sharekan 5 menu yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.

#1 Nasi Lemak

Ini adalah menu yang menjadi pilihan seluruh rakyat Malaysia. Nasi lemak adalah sejenis makanan berasaskan nasi yang dimasak dengan santan. Aroma dan rasanya yang berlemak digandingkan dengan sambal yang pedas, potongan timun, telur rebus atau telur goreng mata kerbau dan kacang tanah goreng.

Pic: Google

Kalau dulu nasi lemak dimasak dan dimakan oleh kaum melayu tetapi kini nasi lemak telah menjadi pilihan pelbagai bangsa terutama kaum cina, india dan banak lagi. Nasi lemak juga yang dahulunya menjadi salah satu menu untuk sarapan dan kini menjadi pilihan tidak kira untuk makan tengahari, makan malam ataupun supper.

Di Kuala Lumpur, terdapat banyak gerai yang menjual nasi lemak yang viral seperti Nasi Lemak Wanjo, Nasi Lemak Antarabangsa, Nasi Lemak Tanglin dan banyak lagi.

#2 Roti Canai

Pilihan hidangan terkenal bila berkunjung ke kedai mamak dan merupakan hidangan asal kaum india. Roti canai yang dihasilkan dari campuran tepung, majerin dan air ini dimasak di atas kuali rata dan dibiar masak sehingga garing. Dihidangkan bersama dengan kuah kari, kuah dhal dan sambal.

Pic: Google

Roti canai juga diolah menjadi pelbagai jenis roti seperti roti telur, roti boom, roti susu, roti tidu dan pelbagai lagi. Roti canai menjadi menu pilihan rakyat Malaysia dan juga pilihan pelancong yang ddatang melawat negara kita.

#3 Nasi Ayam Hainan

Menu istimewa kaum cina yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia tidak kira dimana sahaja. Hidangan nasi yang cukup lengkap dan memiliki rasa yang sedap. Anak-anak Liez suka makan nasi ayam hainan ni sebab nasinya berperisa dan dihidangkan dengan ayam yang distim atau di goreng garing. Selain itu, ia dihidangkan dengan sayuran seperti timun, tomato dan salad dan dimakan dengan sos cili dan kuah kicap yang menyempurnakan rasa.

Pic: Google

Nasi ayam Hainam banyak di jual di medan selera dan pusat penjaja dan popular dijual di dalam bangunan pusat membeli belah. Antara nasi ayam hainan popular ialah Ee Ji Ban Melaka, The Chicken Rice Shop, Nasi Ayam Hainan Taman Melawati dan banyak lagi.

#4 Satay

Kegemaran rakyat Malaysia! Liez pun suka. Anak-anak jangan cakap la berenut suka satay. Satay adalah makanan dari daging tidak kira ayam atau daging, hati atau perut yang telah diperap dengan rempah dan dibakar di atas arang. Fuhh!!! sedap dimakan dengan sos kacang yang pedas manis.

Pic: Google

Dihidangkan sekali dengan hirisan timun, bawang dan juga nasi impit. Banyak kedai yang menjual satay dan menjadi viral untuk dicuba antaranya Satay Kajang, Satay Melaka dan banyak.


#5 Nasi Kandar

Sinonim dengan makanan yang popular negeri Pulau Pinang. Tetapi, korang boleh dapat juga nasi kandar yang sedap dan terangkat di banyak lokasi seluruh negara. Nasi kandar yang sedap adalah terletak pada campuran pelbagai jenis kari dan kuah. Kalau nak sebut tentang kari, ada kari ayam, kambing, ikan, sotong ketam dan macam-macam lagi. Ditambah pula dengan himpunan lauk pauk seperti ayam goreng berempah, udang salut tepung, bendi rebus, kobis goreng dan macam-macam lagi. Kalau nak disenaraikan memang berjela guys!!

Pic: Google

Ramai juga yang jatuh cinta dengan nasi kandar selepas kali pertama menikmatinya. Kalau nak cari lokasi nasi kandar yang terbaik, korang boleh je google. Confirm jumpa!!


Nak Order Food, Ingat FoodPanda

Semua menu-menu yang Liez bagitahu diatas tu adalah yang popular dikalangan rakyat Malaysia tidak kira umur dan bangsa. Belum lagi diambil kira pelancong-pelancong yang mula jatuh hati dengan makanan tempatan kita. Bila dah viral, memang berpusu-pusa orang pergi dan beratur panjang. Korang tak perlu gusar, sebabnya FoodPanda kan ada! Buat tempahan melalui aplikasi, bayar secara online dan makanan akan sampai depan pintu rumah atau pejabat korang. Mudah kan?!