Saturday, July 27, 2019

Asyik Menggaru, Badan Niyaz Penuh Bintik Merah Akibat Gegata

Saturday, July 27, 2019 3
Asyik Menggaru, Badan Niyaz Penuh Bintik Merah Akibat Gegata | Assalamualaikum korang. Mesti korang tahu pasal Gegata kan? Liez tak pernah lagi kena Gegata tetapi baru-baru ini Niyaz disyaki kena Gegata. Uisshhhh kesian tengok dia tergaru-garu kegatalan. Liez taktahu punca kenapadia kena gegata sebab ini kali pertama anak Liez kena.

Apa tu Gegata?
Gegata atau bahasa biasa orang cakap kelopak garam ialah sejenis alahan kulit atau jangkitan. Ia tercetus bila sistem imun dalam badan dirangsang dan mengeluarkan kimia Histamine. Ini la rupanya punca naik gatal-gatal merah tu. 
Asyik Menggaru, Badan Niyaz Penuh Bintik Merah Akibat Gegata
Antara punca-punca gegata ni ialah alergik terhadap makanan, bulu haiwan, ubat-ubatan atau debunga. Ada juga disebabkan jenis kain atau boleh juga disebabkan penerimaa darah (blood transfusion). Seorang penghidap Thyroid dan pesakit SLE/ Arthritis juga berisiko kerap terkena gegata.
Asyik Menggaru, Badan Niyaz Penuh Bintik Merah Akibat Gegata
Dalam kes Niyaz, Liez tak pasti apa puncanya. Cuma kami suspek mungkin panas dalam badan disebabkan durian. Bab ni boleh jadi jugak sebabnya Niyaz memang hantu durian. Bayangkan dia boleh makan 7 ulas durian. Rasanya banyak kali dia makan durian minggu tu. Even dia habiskan durian Toknek. Uishhh~ parah betul budak ni

Bila nampak badan Niyaz naik gatal Liez terus sapu Mopiko sebab ingatkan kena gigitan nyamuk tapi bila tengok dia menggaru dan naik sekelompok bintik-bintik merah terus Liez google cara nak hilangkan gegata. Sebenarnya, gegata akan hilang sendiri tanpa rawatan. Tapi bila tengok dia asyik tergaru-garu tak berhenti, hati ibu mana boleh tahan tengok. Salah satu cara rawatan hanya dengan menyapukan Calamine. Memang satu badan Niyaz sapu Calamine. Alhamdulillah selepas hari ke 3, Niyaz dah tak menggaru. Lega sangat.
Asyik Menggaru, Badan Niyaz Penuh Bintik Merah Akibat Gegata
Asyik Menggaru, Badan Niyaz Penuh Bintik Merah Akibat Gegata
Asyik Menggaru, Badan Niyaz Penuh Bintik Merah Akibat Gegata
Bagi yang alami gegata dalam jangka masa yang panjang better korang pergi hospital untuk dapatkan rawatan atau buat ujian darah. Bukan apa, kadang-kadang kita tak tahu ada sebab lain punca kepada sesuatu penyakit ni.

Ni antara sebab kenapa Liez tak aktif sangat Media sosial sebab duk fokus je dengan Niyaz. Dia dengan tak selesa dan bising tiap kali sapu Calamine satu badan. Sibuk nak suruh lap.

Nak tahu lebih lagi tentang Gegata >> Gegata - bukan disebabkan ludah jin TAPI.......

Wednesday, July 24, 2019

Resepi Perapan Kambing Black Pepper Penuhi Selera Anak-Anak

Wednesday, July 24, 2019 4
Resepi Perapan Kambing Black Pepper Penuhi Selera Anak-Anak | Alhamdulillah kalau bab makan, anak-anak Liez tidak memilih, semua main bedal makan. Kalau tengok diaorang makan memang kita jadi berselera pulak. Diaorang ni banyak makanan kegemaran dan salah satunya kambing. Teringat masa bulan raya baru-baru ni, memang menu kambing golek je bila menghadiri rumah terbuka. Dan anak-anak Liez paling happy sebab boleh makan banyak.. aishhhhh~anak-anak kan..
Resepi Perapan Kambing Black Pepper Penuhi Selera Anak-Anak
Awal bulan lepas, masa shopping barang-barang dapur di Rosyam Mart terus Encik Suami sambar isi kambing untuk menu anak-anak nanti.Selalunya Liezbeli yang siap diperap di Giant atau Aeon tapi kali ni sebab nak anak-anak puas makan so kita beli dan buat sendiri. Resepi perapan Liez usha dalam google dan Liez dapat satu resepi mudah.
Resepi Perapan Kambing Black Pepper Penuhi Selera Anak-Anak
Resepi Perapan Kambing Black Pepper Penuhi Selera Anak-Anak

Bahan-Bahan
4 keping kambing
2 sudu sos tiram
3 sudu sos lada hitam
2 sudu kicap
2 sudu serbuk lada hitam
2 sudu daun rosemary kering
garam dan gula ikut citarasa.

1. Campurkan semua bahan tadi dalam bekas dan gaul hingga sebati.
2. Masukkan kepingan daging kambing dan salutkan satu persatu dengan bahan yang disatukan tadi.
3. Boleh simpan kepingan daging tadi dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
4. Boleh digrill selepas 24 jam.



#TIPS
- lebih lama diperap lebih bagus
- sukatan bahan boleh dilebihkan ikut selera masing-masing

Resepi: Majalah Saji

Friday, July 19, 2019

Fast & Furious: Next-day Delivery for Electronics Purchases on Shopee

Friday, July 19, 2019 2
Fast & Furious: Next-day Delivery for Electronics Purchases on Shopee | Shopee Mart which comes with a next-day delivery guarantee via its Shopee24 Express Delivery service, not only features groceries, health and beauty products, but also irresistible electronics deals that you will not want to miss! Popular models of mobile phones, accessories, computer peripherals, home appliances such as the Xiaomi Mi 9 SE, Morgan Rice Cooker and more are available at attractive prices and all with a 100% authenticity guarantee.

Enjoy additional perks such as a 15-day hassle free return policy, free shipping, 0% Shopee installment plan and also earn Shopee Coins (a Shopee currency) along the way. With Shopee Guarantee, shoppers can have peace of mind when shopping on the platform as Shopee holds the money from all purchases in escrow and only releases the payment to sellers after buyers have confirmed receipt of product. Should the user feel that there are any problems or dissatisfaction with regards to their products, they can request for a refund from our friendly customer service crew.
Fast & Furious: Next-day Delivery for Electronics Purchases on Shopee
Put in your order by 2pm (excluding Sunday and public holidays) to ensure that you receive your products the next day or your next shipment will be on Shopee. Presently available for users within Klang Valley, Shopee24 serves to answer the call of consumers for speedy fulfillment when shopping online.

For further savings from now till 21 July 2019, apply the code SMLEMA5 to receive a RM5 rebate with a minimum spend of RM100. Don’t miss out on the limited-time only special electronics deals available on Shopee Mart:
Fast & Furious: Next-day Delivery for Electronics Purchases on Shopee

Products
Discounted Price (RM)
Retail Price (RM)
202.60
350.00
82.10
111.00
56.70
99.00
68.50
135.00
138
399
285
319
629
849
739
999
480
499
1249
1299
About Shopee
 Shopee is the leading e-commerce platform in Southeast Asia and Taiwan. It is a platform tailored for the region, providing customers with an easy, secure and fast online shopping experience through strong payment and logistical support. Shopee aims to continually enhance its platform and become the region’s e-commerce destination of choice.

Shopee has a wide selection of product categories ranging from consumer electronics to home & living, health & beauty, baby & toys, fashion and fitness equipment.

Shopee, a Sea company, was first launched in Singapore in 2015, and has since expanded its reach to Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam and the Philippines. Sea is a leader in digital entertainment, e-commerce and digital financial services across Greater Southeast Asia. Sea's mission is to better the lives of consumers and small businesses with technology, and is listed on the NYSE under the symbol SE.

Thursday, July 18, 2019

Tak Perlu Alat Pembersih Udara, 6 Jenis Pokok Hiasan Bantu Bersihkan Udara Di Dalam Rumah

Thursday, July 18, 2019 8
Tak Perlu Alat Pembersih Udara, 6 Jenis Pokok Hiasan Bantu Bersihkan Udara Di Dalam Rumah | Assalamualaikum korang. Perasan kan, sejak kebelakangan ini menjadi viral tentang pokok hiasan rumah yang menjadi kegilaan suri rumah. Liez pun sebenarnya suka juga tapi banyak yang suka pokok tiruan sebagai hiasan. Kalau tengok bermacam jenis pokok dan size yang boleh didapati dengan mudah di kedai hiasan rumah. Tapi apa kata selain beli pokok tiruan, korang cuba tanam pokok hidup yang bukan sahaja cantik tetapi membantu menyegarkan dan membersihkan udara dalam rumah. Betul jugak kan? Bagi yang tak mampu beli mesin pembersih udara mungkin dengan cara ini membantu. Liez nak share beberapa jenis pokok yang boleh korang tanam di dalam rumah.



 6 Jenis Pokok Hiasan Bantu Bersihkan Udara Di Dalam Rumah

Pokok Lidah Buaya @ Aloe Vera - Antara pokok yang banyak di tanam kerana ia mudah dijaga dan cepat membiak. Rumah mak Liez pun ada pokok lidah buaya. Sebenarnya pokok lidah buaya ini sangat bagus untuk meningkatkan kadar oksigen di dalam rumah kerana ia menyerap Karbon Diokside dan Karbon Monoxide. Dan yang lebih hebat lagi, satu pokok lidah buaya boleh menggantikan 9 pembersih udara. WOW !!!
Image result for aloe vera plant
Gambar: https://www.amazon.com
Pokok Fig @ Ficus - Pokok renek yang tidak memerlukan pencahayaan yang banyak dan mudah untuk dijaga dan sangat berkesan membersihkan udara. Tetapi AWAS!!! daun nya mungkin beracun jadi berhati-hati jika korang ada anak kecik atau haiwan peliharaan di rumah.
Image result for ficus plant
Gambar: https://www.homedepot.com
Pokok Ivy - haaa ini antara pokok yang banyak ditanam di luar atau di dalam rumah. Even Liez ada menenamnya di pejabat dan dirumah. Senang nak jaga dan cepat membiak.  Walaupun nampak kecil tetapi pokok Ivy ini boleh menyerap 60 % toksin dalam udara dalam masa 6 jam. Hebat jugak ni~
Related image
Gambar: https://www.economist.com
Pokok Labah @ Spider plant - Pokok menakjubkankerana ia mampu melakukan proses Fotosintesis dibawah cahaya matahari yang minimal. Ia sangat bagus menyerap Karbon Monoxide, Formaldehyde, Gasolin dan Styrene dengan cepat.
Image result for spider plant
Gambar: https://www.plantsguru.com
Pokok Lidah Jin @ Snake plant - pokok yang patut ditanam di rumah terutama di dalam bilik tidur kerana ia membekalkan oksigen yang baik di waktu malam.
Sansevieria - Snake Plant - This striking plant has spiky, variegated green leaves, growing tall, making a dramatic presence.  Moderately bright light, protect from direct sun in the summer. Moderately moist soil is preferred. Water thoroughly after soil is dry to touch. Drain excess water in saucer at base of pot to prevent root rot. Do not over water.
Gambar: https://allendaleflowers.com
Pokok Lily @ Peace Lilies - ia menghilangkan toksin di udara selain formaldehyde Formaldehyde yang juga dikenali sebagai Trichloroethylene (bahan chemical dari kilang)
Gambar: https://www.greenandvibrant.com
Bila fikir balik, better tanam pokok hidup macam ni dalam rumah terutama yang ada anak-anak kecil dan orang orang tua. Sebabnya membantu pengudaraan selain dapat menyegarkan rumah. Mata pun sedap memandang bila tengok hijau-hijau je.

Saturday, July 13, 2019

Pengalaman Pertama Qaseh Potong Rambut

Saturday, July 13, 2019 10

Pengalaman Pertama Qaseh Potong Rambut | Assalamualaikum korang. Agak lama tak cerita pasal anak-anak ni. Actually nak juga menulis tentang anak-anak dalam blog ni tapi Liez rasa tak yakin pulak. Ada ke yang nak baca? Itu yang bermain difikiran Liez. Tapi hari ni nak story pengalaman Qaseh kena potong rambut. 

Sebenarnya Liez tak pernah potong rambut Qaseh kecuali cukur rambutnya selepas 7 hari di lahirkan. Itupun mak Liez yang cukurkan. Actually sayang nak potong rambut Qaseh sebab kira dah 6 tahun la simpan bagi panjang. Niat dihati Liez nak biar bagi panjang macam Mak Ndak Liez, sampai dah bercucu pun rambut masih panjang paras pinggang. Tapi dugaan juga nak bagi anak-anak kecil ni berambut panjang. Satunya, diaorang belum pandai nak uruskan sendiri. Kedua, bila dah mula bersekolah agak susah nak rambut sentiasa kemas. Confirm!!! serabai je. Tu masalahnya. Yang Qaseh ni, dia malas nak sikat rambut tu. So makin kusut la rambut tu bila dah lama tak sikat. Dan satu lagi mudah bila nak shampoo dan keringkan rambut.

  Pengalaman Pertama Qaseh Potong Rambut

Liez tanya Encik Suami tentang plan nak potong rambut anak dara dia dan nasib dia setuju. Even Qaseh pun cakap ok bila kata nak potong rambut. Terus bawa dia potong rambut di Setiawangsa. Lepas potong rambut, terus hantar gambar pada Encik Suami dan Whatsapp family in law. Nasib tak ada drama sedih ke atau kejadian tak di ingini berlaku~ hahahah Liez siap edit troll lagi gambar Qaseh ni.. hihihi

Pengalaman Pertama Qaseh Potong Rambut

Friday, July 12, 2019

Lazada Malaysia Rakan Niaga eCommerce Pertama Untuk S-26® Organic PROGRESS®

Friday, July 12, 2019 24
Lazada Malaysia Rakan Niaga eCommerce Pertama Untuk S-26® Organic PROGRESS® | Pada 5 Julai yang lalu, Liez telah dijemput untuk menghadiri majlis di mana Lazada Malaysia dan Wyeth Nutrion telah mengumumkan kerjasama untuk penjualan online eksklusif S-26® Organic PROGRESS® yang merupakan susu organic yang juga rakan niaga eCommerce pertama. Ini juga sejajar dengan kempen Lazada Malaysia's annual mid-year Big Baby fair yang akan bermula 12 hingga 16 Julai ini secara eksklusif di LazMall.

Lazada Malaysia Rakan Niaga eCommerce Pertama Untuk S-26® Organic PROGRESS®
Leo Chow, Chief Executive Office of Lazada Malaysia
"Lazada komited untuk keselamatan, kualiti dan pelbagai jenis produk untuk setiap keperluan kanak-kanak. Kami bekerjasama dengan syarikat secara langsung untuk melindungi pelanggan melalui program Jaminan Formula Susu kami. Ini melibatkan jaminan produk yang sahih dan menyimpan produk-produk ini di bawah keadaan yang terjamin, dipantau di kemudahan kami untuk memberi keyakinan kepada. Kami dengan senang hati bekerjasama dengan jenama terkenal Wyeth Nutrisi sebagai pilihan platform eCommerce, dan ini mencerminkan kedudukan Lazada di pasaran sebagai destinasi gaya hidup yang dipercayai "

Wyeth Nutrition adalah jenama syarikat pemakanan kanak-kanak utama pertama yang menawarkan susu organik dalam Malaysia, yang boleh didapati secara eksklusif dalam talian secara eksklusif * di LazMall. S-26® Organic PROGRESS® dibuat menggunakan bahan tenusu dari 100% susu organik yang diimport, yang dirumuskan oleh Wyeth Nutrition, sebuah syarikat yang mempunyai lebih dari 100 tahun kepakaran dalam sains pemakanan. Ia mengandungi 11 nutrien utama termasuk DHA, AA, Oligofruktosa dan organik yang disahkan NASAA dengan meterai IFOAM. Susu yang digunakan berasal dari Ladang organik di Eropah & New Zealand, dari lembu tenusu yang diberi makanan organik yang diperakui.
Lazada Malaysia Rakan Niaga eCommerce Pertama Untuk S-26® Organic PROGRESS®
Kenny Wong, Business Executive Officer of Wyeth Nutrition
"Sebagai jenama syarikat pemakanan kanak-kanak yang pertama yang menawarkan susu organik yang tumbuh di Malaysia, Wyeth Nutrition berharap dapat mengembangkan lagi rangkaian susu organik selaras dengan trend semasa. S-26® Organic PROGRESS® dibuat dengan bahan tenusu ** dari 100% susu organik, yang berasal dari Eropah dan New Zealand. S-26® Organic PROGRESS® yang memaparkan Nutrilearn SystemTM mengandungi campuran nutrien yang dirumuskan secara saintifik yang menyediakan pemakanan yang sesuai untuk menyokong pelbagai dimensi pembangunan yang menyokong pembelajaran kanak-kanak. Sebagai jenama yang mematuhi piawaian tertinggi, perkongsian ini dengan Lazada membantu menyediakan ibu negara di seluruh negara dengan akses kepada produk susu organik kami di mana sahaja mereka berada."

Pelancaran S-26® Organic PROGRESS® di LazMall menjelang pameran tahunan Bayi Besar Lazada pertengahan tahun yang akan berlangsung dari 12 - 16 Julai 2019. Pembeli boleh penjimatan yang besar sehingga 80%, tawaran hanya RM 1 dan lebih daripada baucar berjumlah RM80,000 untuk produk seperti lampin, susu, kereta bayi, aksesori makan kanak-kanak dan banyak lagi
            
Lazada Malaysia Rakan Niaga eCommerce Pertama Untuk S-26® Organic PROGRESS®
Jimat bila membeli S-26® Organic PROGRESS® pada 4 Julai 2019
- potongan 50% dengan pembelian S-26® Organic PROGRESS®. Terhad 2 tin setiap pelanggan. Selagi stok masih ada.
- Beli 1 tin S-26® Organic PROGRESS® dan dapat PERCUMA ubat gigi Buds™ children’s. Selagi stok masih ada.
Lazada Malaysia Rakan Niaga eCommerce Pertama Untuk S-26® Organic PROGRESS®
Melalui Program Jaminan Formula Lazada Susu, para pelanggan dapat yakin tentang:
Keandalan Jenama - Semua produk formula susu yang dilindungi di bawah Jaminan Formula Lazada Susu dapat dikesan kembali kepada pengilangnya dengan keboleh percayaan 100%.
Kesegaran Produk - Semua produk formula susu yang dilindungi di bawah Jaminan Formula Lazada Susu mempunyai jangka habis tempoh enam bulan sekurang-kurangnya.
Pengendalian - Semua produk formula susu yang dilindungi di bawah Jaminan Formula
Lazada Susu disimpan dan ditangani mengikut piawaian yang ketat. Produk yang dijamin
dihantar kepada pelanggan seperti yang diiklankan.

Untuk keteranganlebih lanjut, silalayari S-26 GOLD® PROGRESS® Flagship Store di Lazada Malaysia.

Thursday, July 11, 2019

Serikan Diri Di Aidilfitri Dengan Garnier - Berjaya Kumpul RM15,000 Untuk Memperkasakan Wanita Menerusi TechFoodGood

Thursday, July 11, 2019 5
Serikan Diri Di Aidilfitri Dengan Garnier - Berjaya Kumpul RM15,000 Untuk  Memperkasakan Wanita Menerusi TechFoodGood | Garnier Malaysia membawakan makna sempena hari raya kali ini dengan kempen Serikan Diri Di Aidilfitri Dengan Garnier dengan kerjasama rakan peruncit MYDIN untuk membantu memperkasakan wanita.

Serikan Diri Di Aidilfitri Dengan Garnier - Berjaya Kumpul RM15,000 Untuk  Memperkasakan Wanita Menerusi TechFoodGood
Dengan kerjasama TechFoodGood dibawah program Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA) yang mewujudkan komuniti mikro di Malaysia untuk memudahkan pembelajaran kemahiran baru nak juga mengkatkan pendapatan menerusi bantuan teknologi. Ia berjaya membantu 500 ahli sejak ia ditubuhkan tahun 2019. 

Gambar: www.umifuzy.com
Garnier Malaysia juga mengumumkan kolaborasi dengan MYDIN untuk bersama-sama memberikan manfaat kepada TechForGood dan membantu masyarakat terutama untuk para wanita dimajlis penutupan

Gambar: www.umifuzy.com
Ian Cheng, Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia 
"Kami tidak melihat tanggungjawab sosial kami sebagai terpisah daripada aktiviti perniagaan - kami menggabungkan kedua-duanya secara lancar di bawah strategi kemapanan kami.  Sebagai program yang membantu masyarakat dengan meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka, visi TechForGood adalah selaras dengan komitmen kami, iaitu membantu komuniti setempat yang memerlukan"

"Sepanjang kempen Serikan Diri Di Aidilfitri yang berlangsung pada bulan Ramdhan yang lalu,sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh para wanita di bawah program ini telah diberikan secara percuma kepada pembeli. Dan kami berbesar hati mengumumkan telah berjaya mengumpulkan RM15,000 dengan kerjasama MYDIN untuk TechForGood dalam memajukan program dan membantu lebih ramai ahlinya " 

Deborah Melissa Bottreau, Presiden GEMA
"Untuk kerjasama Garnier Malaysia dengan TechForGood, kami telah meningkatkan kemahiran 50 ahli wanita program yang mempunyai minat atau latar belakang dalam menjahit.  Melalui pembelajaran digital dan bengkel, mereka dapat meningkatkan kemahiran menjahit yang diperlukan untuk membuat beg dan beg galas yang boleh diguna semula, pada masa yang sama mendapat pendapatan tambahan.  Kami sangat bersyukur diatas sokongan Garnier Malaysia, dan kami yakin ini akan mewujudkan momentum bagi syarikat-syarikat lain untuk menyertai kami dalam membawa perubahan kepada komuniti mikro lain di seluruh negara" 
Gambar: www.umifuzy.com
Sempena dengan kempen ini, ia mendapat sokongan beberapa artis popular seperti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz yang juga akan uncul dalam drama mini bersiri di TV3 yang bertajuk Serikan Hatimu. Drama bersiri yang mendapat tajaan dari Garnier ini akan ditayangkan di TV3 dalam Youtube.
Serikan Diri Di Aidilfitri Dengan Garnier - Berjaya Kumpul RM15,000 Untuk  Memperkasakan Wanita Menerusi TechFoodGood
Nak tahu lebihlanjut tentang kempen ini dan mengetahui lebih lanjut tentang produk Garnier, korang boleh layari https://www.facebook.com/GarnierMalaysia

Tuesday, July 9, 2019

Resepi Sup Kimchi Dan Tofu Menu Baru Pikat Selera Anak-Anak

Tuesday, July 09, 2019 12
Resepi Sup Kimchi Dan Tofu Menu Baru Pikat Selera Anak-Anak | Sebut je pasal kimchi, mesti ramai yang suka makan kan? Liez pun suka kimchi since MIL Liez asyik bercerita pasal makanan korea yang terkenal tu. Jangan tak tahu, MIL bukan saja suka makanan korea tapi minat dengan drama-drama Korea juga. Sampai Liez terjebak sama dengan minatnya. Actualy Liez dan MIL ni minat sangat bab-bab memasak, kira share interest yang sama. Even kadang-kadang MIL call Liez tanya resepi ~ hahaha padahal Liez bukan tahu sangat memasak.
Resepi Sup Kimchi Dan Tofu Menu Baru Pikat Selera Anak-Anak 
Kali pertama Liez masak menggunakan Kimchi dan anak-anak pun tumpang suka rupanya. Selama Liez makan kimchi memang tak pernah nak offer pada anak-anak sebab kimchi agak pedas dan rasanya agak berasid. Agak diaorang tak kan suka tapi Liez salah. Diaorang layan makan je. So Liez ada geng la yang makan kimchi dalam rumah ni.

Siapa tak tahu kimchi kan? Kalau nak tahu ia adalah super food yang bagus untuk tubuh badan kita.Bukan sahaja banyak khasiat tapi boleh menurunkan berat badan. Haaaa~ mana yang nak kurus tu boleh amalkan makan kimchi k ! 

Nak dapatkan kimchi pun mudah sebab dah ada dijual di pasaraya. Tapi Liez memang beli kimchi halal buatan anak Malaysia Ommason HQ. kebetulan ada agent yang tinggal di kondo tempat Liez tinggal. Memang senang nak dapatkan stock makanan korea. Nak tahu apa lagi makanan yang di jual, korang usha je link tu.

Kimchi bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi tapi macam-macam menu boleh dimasak dengan kimchi. Liez nak share dengan korang satu resepi sup yang menggunakan kimchi sebagai bahan utama. Mudah dan yang penting sedap guys!!! 


SUP KIMCHI DENGAN TOFU

Bahan- Bahan
5 sudu besar kimchi (asingkan air kimchi)
1 biji bawang holand (dihiris)
2 keping tofu lembut
300g daging (dihiris)
1 batang leek (dihiris)
1 sudu besar minyak bijan
garam

Optional
serbuk cili
tauhu kering

Cara memasak
1. Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang holland hingga lembut.
2. Masukkan kimchi. kacau selama 5 minit dan masukkan air.Biarkan menggelegak.\
3. Masukkan air kimchi dan daging. Biarkan hingga daging masak dan masukkan tofu.
4. Kemudian garam, minyak bijan dan hirisan batang leek.
5. Siap untuk dihidangkan.

TIPS!
* kalau nak pedas boleh tambah serbuk cili atau Gochujang
* selain daging boleh letak ayam ke, sosej ke, udang ke ikut selera masing-masing
* jangan biarkan tofu masak terlalu lama, nanti hancur



Wednesday, July 3, 2019

Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix - Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem

Wednesday, July 03, 2019 4
Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix - Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem | Peminat K-Drama pasti teruja dengan pelancaran produk terkini daripada Domino’s Pizza, Saranghae-ny Stix yang serba baharu! Sebagai sebahagian daripada kempen ‘So Spicy, So Drama’, Domino’s Pizza menganjurkan malam yang tidak dapat dilupakan dengan menjamu semua tetamu jemputannya dengan Saranghae-ny Stix, bersama Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang memang pedas. Sejajar dengan matlamat jenama untuk terus menambat hati peminat Korea, tetamu dihiburkan dengan hari pertama tayangan filem seram ‘0.0MHz’ yang mendebarkan, selepas mereka menjamu selera dengan produk lazat terkini Domino’s.
Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix - Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem
Saranghae-ny Stix Domino’s dihidangkan secara eksklusif kepada para tetamu sebelum tayangan filem. Dibakar di dalam ketuhar sehingga perang keemasan, pencuci mulut lazat ini penuh berperisa dengan titisan mentega madu dan sos karamel masin. Sajian ini pasti menambat selera dan membuatkan anda nak lagi! Manisan menyelerakan ini dilancarkan sebagai sajian sampingan kepada Piza Ssamjeang pedas yang baru-baru ini kembali masuk menu untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang menggemari makanan pedas. 
Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix - Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem
Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix - Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem
Majlis khas ini dihadiri oleh lebih seratus tetamu, termasuk pelanggan setia Domino’s yang telah memberikan sokongan padu kepada Domino’s selama ini. Oleh itu, majlis ini merupakan cara Domino’s menunjukkan penghargaan kepada mereka. Wakil media dan juga influencer media sosial turut hadir untuk memeriahkan majlis ini. Langkah memperkenalkan Saranghae-ny Stix di MBO The Starling sebelum tayangan filem Korea seram penuh drama ini mencerminkan komitmen Domino’s untuk terus membawakan pengalaman yang unik lagi menarik kepada semua. 
Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix - Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem
Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix - Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem
Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Sejajar dengan janji kami, ‘It’s All About You’, kami memberikan komitmen penuh untuk mencipta produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan kami. Justeru, kami sukacita untuk memperkenalkan Saranghae-ny Stix serba baharu sebagai sajian unik kepada pelanggan, lebih-lebih lagi ia menjadi pelengkap kepada Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang kini kembali untuk memenuhi rindu peminat. Diilhamkan oleh minat rakyat Malaysia yang gemar menjamu selera, Piza Ssamjeang terbukti sangat laris tahun lepas, dan kami teruja untuk membawakannya kembali tahun ini, bersama Saranghae-ny Stix yang lazat. Kami yakin bahawa pengguna kami, terutamanya peminat Korea pasti teruja dengan manisan terbaru ini yang merupakan gandingan sempurna kepada Piza Ssamjeang kegemaran mereka!”

Piza Ssamjeang boleh didapati dalam tiga pilihan, iaitu Piza Daging Ssamjeang, Piza Ayam Ssamjeang dan Piza Tuna Ssamjeang. Rahsia kepada produk lazat Domino’s ialah sos pedas Korea yang dicipta khas oleh Domino’s sebagai dasar bagi Ssamjeang Pizza. Sos Ssamjeang unik menampilkan adunan menarik rasa manis dan pedas yang pasti menghangatkan selera anda.

“Sebagai sebahagian daripada kempen ‘So Spicy, So Drama’, kami menganjurkan malam K-Drama untuk para pelanggan utama, peminat piza, wakil media dan influencer media sosial. Langkah menganjurkan tayangan filem ‘0.0MHz’ merupakan cara unik kami memperkenalkan Saranghae-ny Stix sambil memberikan sentuhan aksi K-Drama yang menarik. Dalam segala yang kami lakukan, kami berusaha untuk memastikan bahawa pengguna dan tetamu kami menikmati pengalaman yang sukar dilupakan bersama produk lazat dan berkualiti pada nilai hebat.”
Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix - Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem
Rebutlah peluang untuk menikmati tawaran nilai hebat dalam kempen ‘So Spicy, So Drama’, dengan promosi seperti Ssamjeang Buddy Combo yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix, 1 Ayam Haseyo dan 2 tin minuman ringan pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM25.60. Pelanggan juga boleh membeli Ssamjeang Super Combo, yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Piza Saiz Biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix, 1 Ayam Haseyo dan 1 botol minuman ringan pada harga hanya RM54.90, dan menjimatkan RM37.60.

Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix - Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem
Untuk nilai yang lebih hebat, pesan 2 Pizza Deals dan nikmati Piza Ssamjeang dengan keju tambahan. Tawaran ini boleh dinikmati pada harga RM35.90 untuk dua Piza saiz biasa (Regular), RM56.90 untuk dua Piza saiz besar (Large) dan RM77.90 untuk dua Piza ekstra besar (Xtra Large). Di samping itu, Piza Ssamjeang saiz peribadi (Personal) boleh dipesan menerusi tawaran Super Tuesday pada setiap Selasa dari harga serendah RM3.90 untuk pesanan bawa pulang dalam talian dan RM4.90 untuk pesanan menerusi kaunter. Piza Ssamjeang juga sebahagian daripada tawaran hebat setiap hari yang bermula daripada harga serendah RM5.00 untuk setiap piza peribadi, tertakluk kepada terma dan syarat.

Saranghae-ny Stix baharu dibakar segar di dalam ketuhar dan dihidangkan panas-panas setiap hari di cawangan Domino’s Pizza di seluruh negara dan boleh didapati untuk tempoh terhad sahaja, pada harga pengenalan hanya RM7.90. Rebut tawaran mulai 17 Jun, kunjungi cawangan kami, buat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my, atau menerusi telefon 1300-888-333. 

Ambil kesempatan ini untuk berkongsi gambar dan video detik pedas lagi manis bersama Saranghae-ny Stix dan Piza Ssamjeang Domino’s di media sosial dan tag kami seperti berikut @dominosMY, #dominosMy, #DominosSsamjeang, #SoSpicySoDrama and #ItsAllAboutYou! Untuk maklumat lanjut tentang Saranghae-ny Stix, Piza Ssamjeang dan juga promosi lain yang sedang dianjurkan oleh Domino’s Pizza Malaysia, sila kunjungi  http://www.dominos.com.my/.

Mengenai Domino’s Pizza 
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 240 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.

Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit. 

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Platform pesanan dalam talian Domino’s Pizza Malaysia juga diberi penarafan #1 untuk kelajuan perkhidmatan dalam taliannya dalam industri QSR.

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.

Pelanggan boleh menghubungi Domino’s melalui telefon 1-300-888-333 atau kunjungi laman webnya di www.dominos.com.my untuk membuat pesanan mereka. Untuk maklumat terkini, sila ikuti laman Facebook Domino’s Pizza Malaysia di https://www.facebook.com/DominosMY/ atau Instagram di https://www.instagram.com/dominosmy/.